Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, June 29, 2011

stress yg tidak dapat di bendung lagi..

macam tak percaya je...
aku kemas dapur..pagi pagi buta.. 4 pagi kemas uhuhu
aku cuci pinggan2 kotor dalam sink..
aku basuh kain buruk then sidai di tempat nya..
basuh guna tgn... wahh satu pencapaian hebat. selalunya aku masuk je
dalam washer machion banyak2 kain buruk sekali gus...

aku lap meja dapur.
aku susun balik segala perkakas2 dapur sperti sedia kala...
garam tmpt garam. gula tempat gula. kicap tempat kicap..
budu tempat budu opp budu dia la... kami sume tak makan budu..
aku susun pinggan mangkuk by set..
aku tak suka guna pinggan lain lain set..
aku tak tahu laaa.
tp aku mmg jenis camni.. xsuke pinggan campur aduk.
suka 1 set .....
yg lain set aku asing kan. nak kena simpan dalam kabinet balik.
tak pun letak luar je dalam stor...

sampah aku dah satukan..
beras tinggal sikit aku dah tuang dalam bekas nya bagi penuh balik..
dapur aku dah lap.
meja makan dah lap..
segala barang2 atas meja makan aku da susun elok elok.
kain lap kaki aku dah bentang kan elok2...
minyak..kicap.. sume dah berada di tempatnya..
bawang n limau yg tak elok aku dah buang.
saki baki pun nak simpan.pastu dah busuk.
aku gak lah kena buang....
hakkktuihh.

sudu garfu aku dah masuk kan dalam bekas dia.
senduk sesama senduk.
sudip sesama sudip..
wahhhhhhh..
baru beberapa hari...
dah pening kepala otak aku tenguk dapur tak terurus....

KENAPA AKU KEMAS ???


1 . aku tak nak tegur sepah2 itu..sebab nanti dia ingat aku tak suka family dia datang pulak.aku tak nak sesiapa salah faham.. tetamu tu kan rezeki.... so aku bukan lah jaat sangat.

2 . kang bila aku tegur.... dia cakap aku pun sama pemalas plak..
mmg aku mengaku.. aku mmg pemalas..tp aku tak suka buat sepah.. secara tak langsung. bila aku tak buat sepah.buat apa nak kemas kan?.. hahahah ~ ~ kata kata seorang pemalas tegar !

3. Biar aku kemas.supaya dia nampak.. macam mana rupa dapur ni secara asal nya..
well dulu time ada arwah tok cak n arwah tok.dapur ni sangat2 bersih oke.. cuma aku je tak reti menjaga..
tapi still kemas. cuma tak bersih macam dulu laaa....

4. SEBAB PC AKU ADA KAT DAPUR. so sepenuh hari aku akan berada di dapur untuk online...
nak tenguk TV dah tentu tentu tak boleh.. sbb ada tetamu... so bila nak online. aku tenguk dapur macam ni.
MOOD aku jatuh merundum. nak buat apa pon bersemak je mata aku memandang....

5. Aku tidur rumah Sue.. esok nya aku follow Ain keluar.. kemudian aku pergi rumah Sue lagi. lepas tu pagi pagi buta aku dah keluar rumah kak mel .. senja2 balik aku terus tidur.. bangun je still sama. tak berubah pun keadaan dapur. makin selerak lagi ada lah.. . so why not aku yg kemas... tak akan aku nak keluar keluar je.. nanti orang ingat aku ni tak suka ada tetamu pulak....

oke cukup lah point point yg di berikan..
sila jangan salah faham..
aku suka je tetamu datang rumah.
aku sangat suka orang datang rumah aku...
aku tak biadap sangat dengan orang..
aku kemas rumah sebab aku tak suka rumah bersepah.
dari dulu lagi aku bukan jenis suka buat sepah dan sampah..
aku suka menda tu tersusun kemas..
 even ada habuk ke apa ke ADA AKU KESAH. BUKAN aku
yang buat habuk tu hahahahaha

AKU MEMANG PEMALAS.
TAPI AKU TAK SUKA BUAT SEPAH!
SEBAB TU AKU TAK SUKA KEMAS RUMAH....
FAHAM?????

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir