Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, March 14, 2013

comparisons

Assalammualaikum ..

Hai..
Aku masih di ofis lagi...saat ini jam 4.01am
MOOD nak berbelog di pagi hari ini semakin menipis.
Tapi memikirkan nanti aku akan bercuti 4hari sehingga hari Ahad.
Aku gagah kan jua untuk singgah sebentar..

Mengisi entry yang dah lama terkarang dalam hati dan fikiran..

COMPARISONS. hmm

MAK.. mak,,
suka betul compare compare kan orang..
Jahat orang tu.. baik orang ini.. baik orang tu .. jahat orang ini.. Sering dia comparekan.
Padahal secara umumnya memang tak boleh nak di banding bandingkan..
Sebab semua tu berbeza.. Lain lah kriteria yang sama kumpulan yang sama.
Tapi ini memang totally berbeza.. TAPI still perlu nak di comparekan..

Dan aku sangat lah tak suka situation ini..

Contohnya..
Si A ni tersangat lah rajin masa di zaman kanak2nya.. Tapi bila dewasa.. dia terlalu menyusahkan
sehingga ke infiniti... tersangat menyusahkan. membebankan. dan macam macam,..

Si B pulak masih muda.. dan agak malas.. sering kena bebal. kena suruh baru buat..
bila ketuk baru jalan. kena tegur itu ini. kena suruh itu ini. malas bukan main.

Mak akan compare kan..

" Hey B.. si A dulu masa umur macam kau .. Tak da lah dia malas macam ni . Ada gak dia tolong
Aku buat apa apa yang patut... "

Dan aku ?? AKU pun.. agak kurang ajar kot.. ke dah memang kurang ajar .. ENTAH LAH..
Terus menyuarakan pendapat yang dah lama terpendam. tak tahu lah ini versi kurang ajar ke apa..


" Mak tak payah nak compare compare lah Mak.. Yang A tu pun tak kemana pun dia menyenangkan Mak.
Sudah nya sekarang tenguk la dia... Tak kemana pun  "

Itu yang dah terluah..

Sebenarnya.. Aku nak cakap....
Sepatutnya kita kena terima.. dan sentiasa berdoa.. Manalah tahu sekarang dia agak menyusahkan.. Tapi nanti dah besar panjang.. dia lagi menyenangkan kita.. Doakan yang terbaik dan baik baik sahaja..Sekarang dia budak.. dia nakal sikit. malas sikit.. Insyallah Dengan DOA kita.. bila dia besar.. dia jadi yang terbaik.. menyenangkan. dan selalu membantu dan membalas jasa..
Manalah tahu kan..

yang dia dah compare compare tu terang terang dah terlebih menyusahkan dari menyenangkan..


Macam aku pun selalu jugak di compare compare kan.. Kadang aku cepat cepat alih topik.
TAK SUKA betul dengan situation ini. SERIUS !!!

Wednesday, March 13, 2013

Celaru

Assalammualaikum

Hai.. seperti lama aku tak menyinggah di sini..
Seperti yang aku pernah beritahu. Aku cuma dapat post entry daripada ofis sahaja..
Hmm.
Harini aku datang sejam 20 minit awal di ofis..

Ada perkara yang membuat kan aku datang kemari dengan lebih awal. tersangat awal daripada
biasa..
Hmm..

Mengeluh umpama dah sebati dengan aku..

Post kali ni membawa aku ke mana ?
Hmm.
mengeluh lagi..
Sukar kekadang nak meluahkan dalam bait bait tulisan
yang lahir dari hati..
Menaip dari ofis.. di saat sekarang membuatkan aku terpaksa
toleh menoleh kiri dan kekanan. depan ke belakang.
risau ..
risau tiada lagi identiti rahsia ini.
Meski pun beberapa orang kawan kini
sudah menemukan ruangan hati ini..

Aku pasrah.. dalam kecelaruan..
Adakah aku bakal private kan ruangan ini..
Adakah aku akan berhenti seketika..
celaru dalam diri sendiri..

** Nanti sambung... line tak berapa nak clear hee .. hmm

Sunday, March 10, 2013

Teringin nak ada kawan baik

Assalammualaikum

Hai.. lewat pagi ni .. jam menunjukkan pukul 6.01 am..
Aku baru lepas cuci muka. haha
kemengantukan terlampau.

Membuatkan aku dah tak terdaya..
Selelap dua lelap tiga lelap.. Dan seterusnya mengakibatkan dengkuran halus dah
mula kedengaran.. huhhhh Kronik..
Aku ngantuk...

Kesegaran yang mula menjelma sedikit demi sedikit
setelah kulit  muka ku di bilas air sejuk..
Lantas Keringkan dengan tisu... Dan mula menempek Bedak nipis..
Menyapu lip balm di bibir..
hee. Aku terasa kesegaran jua..

Alhamdulillah.
Even tak lah strong sgt segar ini..
Tapi skurangnya aku tak la macam tak bermaya sangat seperti pukul 4.00 am tadi..

Intro dah meleret ke mana mana dah ni..
Tajuk dah ku berikan..
Tapi isi nya masih tak tahu nak mula kan dengan apa..


TERINGIN NAK ADA SEORANG KAWAN BAIK. yang berlainan gender sebenarnya..

Di saat umur aku begini aku seharusnya mempunyai seorang dua orang tiga orang.
ops mungkin tak
perlu lah ramai sgt. Cukup sekadar untuk menjadi teman.
bertukar buah fikiran.. berkongsi apa sahaja cerita...
Aku tahu ..
Sukar untuk aku memulakan pekenalan,
Kerana sudut lain dari diri aku ini..

Aku seorang yang tak reti nak berkawan..
tak reti nak menegur.. tak reti nak menyapa..
tak reti nak memulakan nya lah...

Dan aku lebih selesa dengan sama gender..
So kat situ dah jadi macam kekurangan yang paling besar.
So macam mana nak mendapatkan SEORANG kawan baik yang lain gender ..  : ' (

Tak ada lah runsing sangat..
Cuma keinginan ini mungkin dah bersesuaian dengan umur aku kini..
Bukan ingin kan perhubungan yang serius..
Tapi
CUKUPLAH sekadar kawan baik..
yang boleh di bawak ketepi ketengah..

TAPI entah lah..
SIAPA KAH BAKAL KAWAN BAIK AKU ITU ?

Aku sendiri tiada pilihan..
seakan tiada sesiapa yang berminat untuk menjadi kawan baik aku.
mungkin aku tak reti bergaul..

HMM. haruskah aku menanti ..
atau kena berani menyapa.. memulakan perkenalan.
starting everything..
dan keep in touch..
tebal kan muka.. msg msg msg. dan kejar kejar dia
untuk jadi kan dia BESTFRIEND..  DAN
TERUS
BUAT macam dah jadi bestfriend...

TAPI AKU LANGSUNG TIDAK BEGITU..
waduhh.. im SICKK !!!


" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir