Assalammualaikum..
Hai..
Cerita berkisar tentang hari ini ...
Nak di pendek kan cerita......
Hee hari ini aku jumpa kawan yang dah lama gila tak jumpa..
8 tahun lebih macam tu.. Dari sekolah menengah..
Lama gila kan..
Janggal rasanya lama tak berjumpa kawan lama
Dan dia sendiri datang ke rumah..
So layanan . teguran . dan cara aku jadi lain.. berbeza..
macam janggal sangat tak pernah mengenalinya..
Tipah : ) gembira dapat bertemu lagi dengan Kau..
Dah lama kan x berjumpa. Even tadi aku sedikit janggal.
haha macam perjumpaan formal..
Aku .. Tip n Ain pergi tenguk Movie. Walhal aku kerja malam.
Dan tak tidur langsung pada hari ini. Tapi aku gagah kan jua lah demi kawan yang dah
lama tak bersua muka..
And thanks to Ain. coz hantar Aku pergi office after movie..
Even dah pkul 11 pm..
Thanks semuanya,,
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, March 10, 2013
Tipah , Ain dan Aku
yg masih bermimpi isha
Tekad huh..
Assalammualaikum..
Hai..
Entry ni mungkin pendek mungkin panjang..
Aku sampai sampai je ofis tak menyempat nak update..
Even tak sure busy ke tak nieyh.
Hmm..
Semenjak W semacam buat taik je dengan aku..
Aku rasa.. once aku dapat je beli hp..
( sebenarnya hp aku dah dekat 2 bulan rosak.. ni pun kawan ku Shaja yg bagi pinjam hee.
thanks shaja )
Aku nak tukar number baru.
Serious....
Hmm.. Aku tak harap pun dia contact aku lagi.
Tapi atleast aku ada usaha untuk tidak lagi jadi bodoh.
Biarkan dia dengan dunia dia.
Dan aku dengan diri aku sendiri..
Serius serius kali ni.
Wlaupun dari zaman sekolah aku guna Sim ni.
Dah lama.. lama sangat. Memang sayang nak tukar.
Tapi tekad ni begitu kuat.
memang aku rasa nak buat perubahan.
Biarlah..
Kali ni berjaya.
yg masih bermimpi isha
Friday, March 08, 2013
Kita Semakin Jauh
Assalammualaikum..
Hai..
Aku sebenarnya tak kisah pun makin jauh ke makin rapat ke apa ke ..
Tapi lately nampak sangat kami semakin renggang..
Dia seolah2 tak perasan kehadiran aku di sini..
Dah tak macam dahulu.. tiada dah sapaan.
teguran dari diri nya untuk diri aku.
Rindu ? hmm aku tak rindu..
Cuma kenapa jadi macam ni ?
Bukan aku tak nak tegur dia macam biasa..
cuma aku rasa malu.. malu bertimpa timpa.
Aku tak suka kejujuran seorang kawan..
Lalu membuka kisah kawan nya pada seorang kawan.
Yang malu tentulah si empunya kisah dengan orang yang dah tahu kisah tu..
Yang tukang buka cerita tak rasa apa apa. sebab tak ada dalam situasi tu..
AYAT di atas mesti tiada sesiapa yang faham..
Hmm tak apa lah.
Janji semua nya aku faham n semua nya dah terluah kini.
Mungkin perkara di atas yang membuatkan kami berbeza kini.
Dah tak seperti dahulu..
Sesungguh nya aku tak rindu.
Cuma aku rasa janggal.
Kami dah semakin jauh.
Dah tak sama langsung macam dahulu.
Sungguh aku tak rindu.
cuma keadaan ini .. membuatkan aku teringin seperti dahulu..
Untuk memulakannya semula.. Memang lah BUKAN aku..
BUKAN aku ego
.. cuma perasaaan MALU yang mencengkam hati ..
update 10 Mac 2013 : : Akhirnya Aku yang mula kan huhuhu
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "

