Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, February 27, 2013

Tak terdaya

Assalammualaikum ..

Hai ,

Sejak kebelakangan ini .. Aku selalu rasa tertekan...
bukan kebelakangan.. bebila masa pun aku rasa macam tu..
Apa yang aku mampu buat ?

Aku tak terdaya ...
SUMPAH tak terdaya ...

Ingin aku berlari .. berlari tanpa toleh ke belakang.
Ubah segalanya..
Pergi untuk selamanya..
Tiada siapa faham diri ini ..
tiada siapa rungsingkan apa yang aku risaukan..
tiada siapa sudi ringankan beban yang semakin terasa.

Aku tak terdaya dah..

Sungguh.. aku terasa beratnya..
tangungan.  masalah semakin menghimpit.
masalah aku. masalah aku yang buat sendiri.
masalah orang lain. masalah orang di sekeliling aku..


Aku tak terdaya
nak mengenang saat lampau.
memang hidup sentiasa di duga
Tapi dugaan ini masih aku rasa berat..
berat dengan masalah lain yang muncul ..

Tak terdaya.,,
Seakan ingin sensorang bawa aku pergi ..
Jauh.. jauh dari kehidupan ini..

please ..

Monday, February 25, 2013

Harga yang di bayar

Assalammualaikum..
Hai..

Tajuk dah ada.. isinya dalam hati.. masih tak mampu untuk terluah sepenuhnya..
Sedihkan..

MUNGKIN INI HARGA YANG PERLU AKU BAYAR ..
ermm.

harga untuk apa ? berapa nilainya ?
ENTAH LAH. semua nya tak mampu aku luahkan.
terlalu berat beban yang aku tangungg. kadang terasa macam tak mampu nak menggalasnya.
kenapa aku ?

bayaran ni untuk apa ?
hmm

MAMPU KAH aku hidup seperti orang lain ?
kecapi semua nya percuma.
aku sebenarnya tak berdaya lagi dah.
tapi siapa yang faham ?
siapa yang mahu berjalan seiring dengan aku..
pimpin tangan dan rasai apa yang aku rasakan dah terlalu lama.
terlalu lama untuk aku pendamkan..
siapa yang ingin tahu kisah ini.
mengapa aku ? dan hanya aku sendiri .. sensorang harungi segala.


aku tak mampu.

Wednesday, January 30, 2013

Tekanan mula menampakkan dirinya

Assalammualaikum..

Mood masih di tahun baru dan dah kenapa awal awal tahun nak tension bagai.
Aku pun tak pasti.
Actually aku dah buat kesilapan dalam hidup.
Aku selalu bajet tu la kesilapan aku yang sekali.
tapi ape cer. kalau yang sekali tu pon tak boleh di perbaiki lagi..

Perkara tu jadi makin besar. makin worst makin teruk
dan aku tertekan.


Tension dan aku umpama tak boleh di pisahkan

Kerja ? Ni kerja yang pertama aku bertahan agak lama..
Dah setahun lebih Alhamdullilah.
tapi Aku tetap aku yang sama tak ada sebarang perubahan.
cuma hidup sedikit terisi dengan kawan kawan yang bertambah kian bertambah.

Tapi lately tension gak dengan kerja rasa mcam nak quit je.
tapi bila rasa tension aku bace balek luahan demi luahan.
kepayahan aku nak dapt keje . bace balek belog aku ni.
Sedih n menyayat hati..

Nak berubah tapi masih ada sedikit tension itu.
Aku sekarang makin kusut dan entah lah..
tak tahu nak buat keputusan macam mana.
NAK quit nak stay nak cuba tempat lain. buntu...

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir