Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, August 12, 2011

kisah benar huhu

Hmm aku akui dugaan untuk aku few years back sgt sgt lah berat..
kadang rasa macam dah terduduk.. tersandar.. menangis.. meratapi nasib..
tak ada siapa pernah faham...

Ada satu hari ni.. aku nak balik dari kerja...
aku punya hobi kalau dah balik pukul 5.30pm aku suka nak stay kat bustop lama lama.
kadang sampai pukul 8.00pm. sensorang.. duduk termenung kat bustop..
tenguk aksi orang ramai yang lalu lalang. menghadap jalan raya... pandang je la apa yang aku
nak tenguk.. cari ketenangan tanpa memikir apa apa.. jiwa kosong. rasa tenang..
aku rindu nak duduk bustop lama lama lagi..


Time tu aku dah macam habis pikir dah..aku rasa aku dah sedia
nak mengakhiri semuanya.. aku rasa lega. aku dah puas.. aku dah tak larat..
aku mesti dan mesti akhiri semuanya.. aku benar benar dah sedia time tu... :'(

Dalam gengaman tangan aku ada RM 5 lebih.. tak sampai RM 6.. and aku naik cab
untuk balik ke rumah.. tambang cab dari tempat kerja ke rumah.. kalau tak jammed. ada lah RM4.90
Kalau jammed or ikut jalan lain paling banyak pun pernah kena caj RM5.50..
mengikut kiraan  cukup lah kan bajet aku saat tuh...

Aku kalau nak naik cab. Aku suka ikut perkiraan hati.. kadang risau.. dah hampir malam.
naib cab sensorang. risau la kalau2 ada yang ambil kesempatan. kalau nak rompak pun. aku
memang tak berharta pun T_T.. Bismillah banyak2.. before tahan cab..

Ada satu cab ni.berhenti... taxi agak usang.. hee buruklaa. aku tak kisah pun.
coz rumah aku pun tak ada lah jauh mana pun...

Abg driver tu peramah.. tanya area rumah aku. dah lama tinggal ke.. banyak juga lah dia tanya.
aku jawab sekadar yang mampu je...abg tu memberitahu aku yang gas dia dah nak habis dah..
tapi kiranya aku ni penumpang dia yang terakhir before dia pergi Kg Baru nak refill gas.. Dia siap cakap lagi..
harap2 sempat hantar aku....

Cuak juga time tu. tapi aku tak nak fikir sangat. sebab tak jauh lagi dah perjalanan...
sekali tah macam mana.. meter dah RM2 lebih boleh pula dia berhenti kan taxi kat tepi jalan..

" Maaf lah adik. gas dah habis. adik sambung la cab lain yer.. bayar je lah berapa pun "

hmm aku pun lurus sangat. aku bayar lah abg tu dgn nilai apa yang tertera kat meter dia..
so duit aku berbaki RM2 lebih...

kebetulan tempat yang dia berhenti tu. memang tak ada bas yang menuju ke rumah aku..
aku terpaksa ambil cab.. OMG. Cab buka pintu je pun dah caj RM 2.
tapi duit aku ada RM2 lebih je..
aku mengeluh kat bustop.. hmm nak jalan kaki.. hari dah nak maghrib.. lagi pun situ banyak kereta.. cuak
gak aku nak balik jalan kaki. tak pernah lagi aku jalan kaki ikut jalan situ...

kat kawasan Lrt Cahaya jalan berbukit.. hee susah kan nak dapat taxi kat situ... :(

Sedang aku mengeluh-ngeluh. termenung.. memikirkan cara apa aku nak balik ni...
memang rasa nak jalan kaki je.. tapi aku nak berehat dulu kat bustop. nak
tenang kan perasaan..

Tetiba.. ada seorang kakak ni.. dia tanya ,
 " dah lama tunggu cab ? kakak nak pergi apartment blablabla.. susah la kan nak dapat cab kt sini "

Aku pun cerita lah kat dia lebih kurang.aku tak pernah pun ambil cab kat bustop ni.. aku terpaksa di turun kan kat sini sbb taxi sebelum ni habis gas..

Entah macam mana. tetiba abg taxi yang habis gas tu tetiba berhenti depan bustop sambil menjerit..


" Adik. naik la. cepat "

Aku time tu sebenarnya tak nak. aku risau . hari dah lewat . dah gelap dah pun.. cepat cepat aku ajak kakak tu..

" kak jum lah naik dengan kita... jum lah kak... cepat lah kak .."

wahh padahal aku tak kenal pun kakak tu siapa.. selamba badak je aku pelawa dia manja2 macam tu.. haha
*tergelak pula bila teringat aku beriya iya ajak kakak tu naik.. nama pun tak tahu.. tapi pujuk macam dah bertahun kenal....

Dalam Cab tu.. abg tu berbual lagi. tapi kali ni aku malas nak jawab dah.. fokus aku kat meter je.
risau-risau kalau2 meter tu meningkat RM3. haha duit aku kan ada RM2 lebih je...

Kakak sebelah aku ni pula turun lebih awal dari aku.. tempat yang dia tuju dekat je..
Time nak bayar tu.. kakak tu terus bayar kat abg tu .. abg tu pula boleh cakap

 " bayar lah berapa pun dik "

kakak tu hulur RM2 terus kat abg tu.. cis.. patut nya bayar kt aku.. boleh lah aku sambung tambah kan berapa lagi.. tol tak :D

Abg Taxi tu tanya lagi " Tuh kawan awak ke ? "

Aku jawab " Eyh tak la.. tak kenal pun. jumpa kat bustop tadi "

Abg tu cakap nak singgah shell nak isi minyak...

Aku cepat2 cakap " haa saya pun nak turun kat sini jugak.. rumah saya belakang tu je.. "

Aku bayar semua duit dalam tangan aku.. Aku rasa cukup. mungkin terlebih doposen kot..
tak pe lah aku halal kan je  :)

" Esok abg ambil lagi ye " Abg tu bercakap lagi...

haa sudah. lain macam je. huhu. cuak cuak..

Aku jalan cepat2 .. macam nak tercabut kaki. ye lah. aku risau kalau2 abg tu nampak aku..
coz aku cakap nak turun tempat lain.sekali aku membohong pula rumah aku dekat2 shell.
padahal jauh gila lagi...aku jalan cepat2...

Ikut jalan dalam je.. kat kawasan rumah2 orang.. aku tak risau sangat dah..
coz abang tu mesti tak nampak aku dah.. Time lalu depan masjid...
aku terus menangis... aku teringatkan arwah Wan...

Aku terasa diri aku lemah selemahnya.. bukan sebab penat berjalan.. tapi
sebab tindakan yang aku rasa "bakal nak buat"
entah la. saat tu ada satu perasaaan yang aku tak tahu nak terangkan macam mana..
aku tetiba rasa tak sedia... nak hadapi semua yang aku rasa dah tekad...

hmm Bila sampai dekat2 dengan masjid ..
Aku terlihat seorang pakcik. dia menuju ke kereta nya...
pakcik ni aku kenal sangat wajah nya. dah berkali juga dia datang ke rumah aku...
dia adalah "pemandu van jenazah" orang kuat masjid.. dia yang menguruskan
soal jenazah dah urusan kubur ...


Aku tersentak.. dalam hati aku..
" dah sedia ke aku ni ? betul ke keputusan aku ?"

hmm aku menangis.. langkah kaki aku slow sangat.. pakcik tu start enjin kereta nya..

aku terlihat seekor anak kucing berlari ke bawah kereta nya.
dan aku membongkok mengambil anak kucing tu letak di bahagian jauh sikit dari kereta...
pakcik tu menegur aku... dan aku cuma membalas dengan senyuman je..

Aku terus balik ke rumah dan menangis semahu2nya..
dan aku terus menunaikan solat..

Alhamdullillah.. aku tak tersilap langkah...
aku masih wujud di muka bumi Allah ini..

Terimakasih Allah beri aku satu peluang..

Thursday, August 11, 2011

untuk awak.. :)

Assalammualaikum awak !

hee saya taw awk mesti baca ni...
kalau awk tak baca... sy paksa awk sampai awak baca..
coz sy tak reti  r nak "bercakap" kalau pasal2 menda2 camni :) hehe sorry.


1st of all :)
saya nak selalu jadi kawan awak :)

then ... hmm

Tadi awak called.. mengomel macam2.. merajuk dgn sy la..geram dgn sy. lepas segala geram2 awk.
marah sy... yer lah sy kan degil..
mengada2.. awk lah yg selalu ckp sy degil.. kata kata tu kan satu doa..
tgk.. x pasal2 sy jadi betul2 degil :P

Lepas dah habis mengomel2.. marah2.. lepas semua geram..tetiba awk jadi serius pulak T_T

hee nie antara awk & sy je la yer :)

hmm.. memula saya nak mnta maaf...
sy tak mampu nak ehemehem winkwinkwink..;)
sy tak biasa n sy ada reason sy sendiri. sowie

urm.. saya nak sangat awak dgn sidia .. sy nak tgk awk bahagia dgn sidia..
sy nak awak perbaiki balik hubungan awk dgn dia..
perjalanan hubungan awk dgn dia dah 2/3 dah.. tinggal 1 bahagian je lagi.. tak kan lah awk tak nak teruskan..
bercinta sudah.. bertu.. pon sudah.. so yg 1 tu bila lagi..
semua belum terlambat awk. masih boleh di perbaiki lagi kan...
semoga jodoh awk dgn dia masih kuat.. amin !

urm nak cakap apa lagi ek..

haa btw thanks thanks thanks n thanks  awak....
thanks cam concern sikit pasal sy..eyh bukan sikit.. concern banyak ..
caring .. hee :)

Kalau awk ok :) ^ ^
sy janji pas ni tak degil2 dah :)

ayo .. 1st time dapat award heee..







hee. teruja.. excited sgt...  coz 1st time kan.. heee pada sapa yg nak cakap aku kecoh ke ape ke. tak pe la.. tak de hal pon ;)

award yg di terima dari Kim :) btw thanks kim for da award :) comel :)
sebab aku dapat award ni coz jadi follower dia yang ke 1000... eee lucky :P

yeaaaaahhh :) 1k  dah follower.. wahh bnyak kan..teehee..



ok kepada sesiapa yang teringin dpt award mcm aku ...
cepat cepat lah g follow belog incik Kim ni taw..
mana tahu korang bertuah jadi follower 1001 ke or yg seterusnya. hehe...


click sini taw Budak Bermata Sepet.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir