Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, April 07, 2013

Ringkasan

Assalammualaikum..

Hai..

Nak aku ringkaskan semua yang bakal terluah..
Hmm
Sebenarnya,

Segalanya menjadi teruk.
Perancangan yang selalu di impikan
tak pernah terjadi.
Tapi benda lain datang bertimpa timpa..
Umpama gali kubur sendiri...
huishh..
masalah kian berbangkit dan penyelesaian itu sebenarnya tiada,
Susah lah kan cam ni,,

Sebenarnya aku makin menyampah dengan SIL aku.
tapi kan tak baik sebenarnya menyampah2 n benci2 orang ni..
Apa daya aku. Aku tak boleh kawal..
Ya Allah aku berdosa kan.
Hmm..

Aku sebenarnya takut takut malu dan segan segan takut heee.
Lepas raya ni ... Aku de date ngn budak ni..
Da lama kenal.. isk isk isk..
camna lah penerimaan dia kan..
Aku tak risau pasal tu.. tapi aku risau dengan diri sendiri jer.
hahah kalau dia terbaca ni.. mesti dia gelak giler giler ngn statement aku kan,.
nampak cam brutal je ngan dia. sekaliiii segan segan plak.
alahai..

Berbalik kepada gali kubur tu ..
Huishh aku harap semua akan kembali normal ..
Dalam masa 2 atau 3 tahun lagi..
Aku tak sanggup sebenarnya,
MACAM macam dah tertangguh./
Buntu aku kekadang. huhuhu

Saturday, April 06, 2013

Bicara dengan aku

Assalammualaikum..

Hai..
Entry kali ini sedikit berbeza dengan entry lain..

Kali ini aku membuka ruangan komen.
Kerana aku mulai sedar belog ini ada pembaca nya.
Setelah beberapa hari tak berkunjung di sini.
Membuatkan aku check visitor yang menjengah..

Walaupun jumlah nya sikit. tp aku yakin ada.
Bicara lah dengan aku..
Sisi sisi hidup yang memang ternyata beza dengan orang lain.
Kisah aku tak pernah menarik.

Bicara dengan aku,
Biar aku tahu siapa menjadi kawan teman di ruangan sepi ini.

Bicara dengan aku,
Tiup kan semangat yang seringkali terbang bersama impian
yang tidak pernah berkesudahan.

Bicara dengan aku,
Pimpin jemari ini supaya dekat dengan segala impian.

Bicara dengan aku,
Agar aku  tidak lagi sunyi  .. sendiri ..

Monday, April 01, 2013

risauu

Assalammualaikum..

Hai.. fast update mungkin.. Jam sekarang dah pukul 6.36 am.
Aku akan balik rumah pukul 7.00 am..
Hee kurang 30 minit lagi.

Apa tah yang bakal aku merepek kan di sini. Entahlah..

Alhamdullilah semua nya bakal menjadi seperti biasa.
Salah faham yang di mana mana.
ERMM.

Kerja ? Sebenarnya ada belenggu yang menghantui diri.
Aku risau kekalau bulan ni gaji aku kena hold.
ERM. sebab sikap dan disiplin kerja yang sesuka hati je aku langgar.
Cehh.. memula nak macam kamikaze sangat.
Sekaliiii pengecut dahhh..
Berani buat... kecut perut dah hahah

Persediaan ?
ENTAH. macam tiada.
memang tak tahu aku nak bersedia dari segi apa..
ADA 30 HARI lagi untuk tiba gaji APRIL.
tapi saat ini aku dah mula merasa tidak kesedapan hati ..
AKU TAK ADA JAWAPAN dan tak kan ada penyelesaian.
Melainkan aku  mula mencari sesuap nasi kat tempat lain je la.
TAPI NAK memulakan tu aku agak lewat..
lewat dan tak berani nak melangkah ke tempat baru mungkin..

Perkara seakan pantas berlaku.
EKCELI aku dah sedar segalanya pantas sekarang
tapi aku yang selalu cuai.
selalu lupa..
selalu alpa..
dugaan sentiasa ada di mana mana..
perangkap ada di mana mana.
Salah langkah.. Habislah aku kan.

TAPI AKU masih tak sedar..
hmm

RISAU ni harap ada hikmah yang berharga.
Buat kesekiaan kalinya aku akui memang ni semua salah silap aku..
TAPI setakat sedar .
dan kesedaraan itu memang salah silap sendiri

tiada gunanya jikalau aku tak ada perubahan supaya TIDAK ulangi lagi.
AHHH..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir