Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, December 30, 2012

tahun baru lagi.

Assalammualaikum..

Hai.. tahun baru akan tiba..
Kalendar Hijrah dah lama dah sambut tahun baru..

Hmm. perubahan demi perubahan sudah di rancang.
Skrang hanya perlu untuk bersedia untuk menunaikan misi semuanya.
Dan harapan aku semuanya akan berjalan dengan lancar..
dan misi untuk semua itu akan berjaya..

Dan yang pasti 12 bulan untuk ke 2014 itu sangat lah tak lama
Dan usia  kita pun tak pasti sampai bila..
semua sepatutnya kena cepat...

Insyallah ..

Monday, December 24, 2012

Perasaan

Assalammualaikum..

Hai.. Insyallah selepas ni mungkin akan lebih rajin meluahkan perasaan.
dari menyimpan semuanya..memendam rasa.. dan stress yang berlarutan..


Alhamdullilah.. saat ni jiwa makin tenteram..
ingatan aku kepada si W. dah makin menipis. biar lah kali ni pergi aku untuk selama2nya.
biar aku berlalu pergi dari hidupnya..
memang dia yang meninggalkan aku tanpa sepatah kata.
Memang dia pernah cuba menghubungi aku,,
tapi kekuatan yang tercipta ini membuatkan aku lebih berani untuk melupakannya.
lebih kuat dan perasaan ni sangat tenang..

Aku tahu . perasaan itu hanya milik aku. bukan milik kami berdua...
Biarlah aku yang beralah. biarlah aku yg menjaga perasaan itu..
Aku akan pergi. dan masanya dah tiba. mmg dah hampir 2 minggu aku langsung tak
hubungi dia. misscall dia aku x respon. aku tak kan hantar sebarang message,
Biarkan lah semuanya berlalu.


Perasaan itu masih terjaga. masih tersimpan .. tapi aku tak mahu perasaan itu kian bercambah .aku tak mahu
itu terjadi lagi,. biarlah ia akan menghilang dan lenyap bersama kenangan aku dengan dia.
Aku tak mahu lagi menjadi hamba perasaan..


Biar lah dia hidup dengan hembusan rindu aku di kejauhan. rindu memang rindu
melupakan itu memang mustahil..
tetapi usaha untuk mencuba melupakan nya adalah usaha yg dtang dalam diri sendiri,
mungkin satu saat perasaan ini semua akan bertukar menjadi benci..
sayang dah teramat sarat dalam diri ini. tapi dengan sikap dan tingkahlaku yang berubah
ubah .. mgkin segala perasaan akan menjadi benci..

Jika dia kembali lagi.
tak mungkin hati ini mcam dulu.
hati ni sedang berdarah. x mungkin ada ubat nya. masa menjadi teman setia.
dan parut akan kekal selamanya.

Saturday, December 22, 2012

sebelum 2014

Insyallah jika umur panjang..
Insyallah bermula january ni.. aku ingin rencanakan sesuatu hasrat. mungkin sedikit usaha
untuk mencapai segala hasrat di hati insyallah..

Aku ingin sekali untuk dapat kan sesuatu pencapaian dalam diri..
dengan bantuan diri sendiri. tanpa mengharapkan orang lain. erti kata lain
aku tak mahu menyusahkan orang lain..

Aku nak selesaikan kesilapan yang pernah aku buat.
Aku tak mahu kesilapan itu berulang lagi. sungguh sampai saat ni aku kesal.
kesal teramat sangat. entah kenapa dulu aku terlampau menurutkan nafsu.
sehingga kini perkara itu tak selesai lagi. entah berapa lama lagi.
tapi aku tengah cuba untuk selesaikan sebelum 2013 meninggalkan kita.


Aku mahu dapatkan sesuatu yang orang lain dah lama ada. orang lain dah begitu mahir
tapi aku langsung tiada pengetahuan.
kan aku dah bagi tahu sebelum ini aku memang terlalu ketinggalan dalam setiap aspek.
sesuatu itu mungkin akan ubah hidup aku.
mungkin akan jadi seseorang yang berdikari..
Insyallah..

Aku ingin ubah sesuatu yang dah lama dalam diri aku.
dah bertahun aku meninggalkannya..
tapi aku nak memperbaiki diri sendiri..
memang ..memang aku tahu orang lain dah ada lebih dari aku.
tapi sekurang kurangnya aku nak sesuatu pencapaian  dalam hidup.
Insyallah , Aku harap sangat. ini hasrat yang dah lama.


dan diri sendiri..
Akan ku perbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.
supaya jadi maju.
Biar aku tak segan dan malu untuk berdepan dengan orang lain.
aku tak takut. dan aku tak risau ..
biar keyakinan ini bertambah ..
Insyallah..

Ya ALLAH mudahkan lah segalanya. kuat kan hati ni.
Tetapkan lah iman aku..
Aku ingin hidup berjaya dan bahagia dunia dan di akhirat.

Hasrat hati

Bila jari jemari menari di atas keyboard...
menderu deru luahan hati ini ingin terluah. rasa terbeban menyimpan suara hati yang dah terpendam pendam,
SAKIT.. teramat sakit..

tak terdaya nak berkongsi dengan seseorang.. risau di ketawakan. risau di cercakan. risau di sindir. di cemuh.. risauu. risau sekali..


Hasrat hati ni terlalu banyak. dan semakin bertambah dengan seiringnya masa dan situasi..
Tenguk orang lain buat. hati ni dah terdetik. aku pun nak juga buat. erm. tapi hampa.
orang lain dan aku memang berbeza..

Hasrat di hati ingin sekali meneruskan menyambung pelajaran.
mempunyai sesuatu .pencapaian yang boleh di banggakan.
terlalu lama tertangguh. dan semua itu kadang datang dan pergi.
Aku kekadang rasa dah terlalu penat. dan dah terlalu ketinggalan nak di banding dengan rakan sebaya..
memang aku yang tiada apa apa pencapaian.

Jangan tanya kenapa kalau aku tak turut serta reunion gathering dengan kengkawan lama.
semuanya KERANA aku terlalu malu dengan diri sendiri ..

Memang tiada pencapaian baik dari segi apa pun..

Hasrat itu tiada. semangat ada. tapi datang dan pergi.
usaha ? ermm. mengeluh. huhh.. entah lah. aku tak mampu corak diri sendiri,
aku masih tak terbiasa berdikari sebenarnya.,  aku masih tak mampu nak buat sensorang
sebab itu aku masih ketinggalan..
tapi hasrat ini ?
hasrat hati ini.. entah lah.


Bertambah

Assalammualaikum..

Alhamdullilah . Aku masih di beri peluang untuk hidup lagi di Bumi Allah ni..
Tempoh hari genap usia ku yg ke 24 tahun.. Usia begini patut nya banyak pencapaian
kejayaan demi kejayaan  yg selari dengan usaha..
Tapi aku kesal.. usaha tak seberapa. maka pencapaian dan kejayaan langsung tak membuahkan hasil.

Hari kelahiran yang dulu kerapnya di sambut sekeluarga. Arwah nenek ku akan pastikan setiap ulang tahun kelahiran aku akan di sambut dengan meriah. kek makanan jemputan. sangat seronok mengenang semua itu..Even tak berbelanja besar atleast sebiji kek pasti tersedia di hari bahagia itu untuk aku..

Bertambah usia ini .. tapi harapan masih banyak terbengkalai. dan aku sendiri makin tertinggal untuk
mengejar semua keinginan yang selalu aku impikan..

Impian impian dah semakin berhabuk.. dah tak terdaya dah kadang aku nak memenuhi segalanya ..
Aku dah semakin terlambat kan...
Hidup tak smooth macam orang lain.perancangan hanya terlekat dalam hati. tanpa sedikit usaha yang terhasil..

Bertambah impian dan sepatutnya bertambah keinginan dan juga bertambahlah usaha..
tapi aku ? masih seorang yg berpeluk tubuh menanti keajaiban.
keajaiban yang tak akan datang..


Tahun baru akan menjelma tak lama lagi..
teringatkan azam yang lampau ?
aku mengeluh. bertambah2 azam..
menimbun2 angan angan .
dan aku. hanya mampu senyum separuh...


Monday, December 17, 2012

Tak pasti

Assalammualaikum..

Hai... di saat akhir di tahun 2012 .. nampak macam aku menghabiskan sisa sisa tahun 2012 dengan blog.
Meluahkan luahan hati yang semakin tepu di dalam dada. kekadang sesak habis.. aku tak terdaya dah nak simpan semua rahsia sendirian... Nampak mudah jadi aku , tapi sebenarnya langsung tak...

Semalam.. entah kenapa bangkit dari tidur di siang hari.. Fikiran aku asyik teringatkan bekas sahabat ku..
oh ya.. dulu aku pernah buat janji untuk tidak bercerita tentangnya di sini.. tapi aku hanya manusia biasa. yang kadang janji tu hanya menjerat diri. ermm ENTAH lah. kenapa aku masih teringat dia..

Lantas no telefon nya yang aku tak pernah save. tp aku sentiasa menghafal... ermm ENTAH lah kenapa aku macam tu.. n terdial dia atas keypad hp dan aku mula menaip msg..  R I N D U K A U .. ERMM entahlah..
kenapa diri aku macam tu.. aku merasakan rindu yg sangat untuk berkongsi segalanya macam dulu..


Semuanya serba tak pasti..
Dugaan datang datang dan datang..
kawan kawan masalah pergi dan pergi..
Aku tak pasti ..
sampai bila harus berperangai begini..

Sunday, December 16, 2012

hati yang ......

Assalammualaikum ...

Hee.. nampak mcm kerap aku singgah di sini..
bila hati tak selari lagi dengan fikiran...
aku rasa buntu. serabut kusut.. tak bermaya.. malas nak terus kan. malas nak memulakan.
dan mengakhiri  semuanya,.

Aku  masih di office... saat dulu aku memilih utk menukar shift malam semua dari Dia.
betapa besar pengaruh dia dalam hidup aku. sehinggakan aku rasa  hidup aku ni bukan untuk diri sendiri
tapi untuk dia..

Cuma dia jer tak pernah memahami.

mungkin aku yg sukar di mengertikan..

Dia pernah singgah membaca ruangan ni.. mendengar hati aku berbicara bisu.. membaca baris baris ayat kaku..
aku tak pasti samaada dia dpt selami perasaan yang terluah ..

Jika kali ni dia singgah lagi..

untuk dia ..
yer untuk dia..

aku tahu mungkin 1 saat kau pasti akan membaca semua ini..
tiada apa lagi harapan impian yang dapat kita impi kan .. harap kan.
Insyallah semangat ni mula bertiup. untuk melupakan kau memang aku yakin tak mampu..
tapi untuk memulakan hidup baru dan tanpa kau... Aku yakin dengan semangat yang mula bertiup perlahan ini akan membantu aku  untuk menjadi insan baru yang kuat dan yang cekal hati untuk mengetepikan hadir bayang kau yang selalu temani aku..

Saturday, December 15, 2012

sudut positif

ALHAMDULLILAH..

Kali ni aku  bertahan agak lama dalam kerja aku ..

MUNGKIN aku senang kerja begini.. tak berapa menonjol. tapi aku wujud..

dari segi persahabatan.. ermm tahun ni sahaja DUA bff aku dah selamat bernikah .
hidup semakin bahagia dengan pasangan yang di kasihi.. dan semakin di kurnikan rezeki melimpah ruah
ALHAMDULLILAH..

AKU hadirkan diri ke majlis mereka. sayu hati bermacam macam perasaan muncul..
aku tak tahu nak rasa happy sedih terharu kosong. dan kecewa...
PERJALANAN aku tak akan sama seperti mereka..
mereka mencorak hidup di depan mata aku. saat tiada. ada.. sepi. bahagia. aku menyaksikan nya..
tapi aku..

samar samar...


POSITIF.. INSYALLAH akan ada bahagian aku nanti..
tetapi apa akan daya. hati kecil ni selalu merintih..
merintih bahawa AKU TAK akan sama dengan mereka..


walau 10 tahun lagi.. aku tetap begini..
bak kata si dia..


" jangan fikir sedih. jangan fikir masa depan  tak boleh  .
jgn fikir kita tak boleh. jangan fikir yang tidak tidak  "


AKU tahu dia cuba nak memPOSITIFkan aku..
tapi aku dah terbiasa begini.. memang kesedihan ni milik aku..

SELEPAS ini tiada lagi DIA untuk berkongsi semangat. dan motivasi diri

pulihkan rohani aku..

TAPI sudut positifnya..
aku cuba bangkit .. dan bangkit.. untuk meraikan tahun baru. supaya aku kekal menjadi orang baru
penuh azam yang baru. dan aku akan terus cuba .. cuba untuk keluar dari semua yang memerangkap hidup aku..


untuk dia..

aku akan terus cuba melupakan kau..
AKU TAHU kau dah mula bahagia tanpa aku..
INSYALLAH aku akan kuat. sehingga ke akhirnya..
semangat kau. kata kata kau. pedoman kau. akan ku simpan. akan ku kenang.

melihat ayat di atas yang ter terbit tanpa memikir ayat utama

aku CUBA MELUPAKAN. tapi aku tak mampu untuk tidak mengingati kau..
JUJURNYA aku sedang cuba melepaskan bayang bayang diri kau yang dan terperangkap dalam hati aku.
dan sebati dalam diri aku dah bersemadi dalam jiwa aku... dan terus menemani akal fikiran aku...

YA ALLAH .. positifkan la aku.

Dia Lagi ...

Aku tahu.. aku dah sinonim dengan dia...

Bila tiada dia aku kosong..

MELIHAT akan apa pun yang terjadi hati ni terdetik mengenang dia..

NAMPAK macam melampau ...
tapi itu lah yg sebenarnya terjadi ke atas aku ...

YA ALLAH .. aku tak melebihkan dia dari sang pencipta..
Aku cuma terlalu !#@$&%  dia...
aku terlalu ingin kan dia..
aku merasa bahagia bila bersama dia..


Sungguh.. sunyi sepi. susah nak cari pengganti..
aku kekadang tak terdaya dah nak melupakan dia..
sungguh berkali kali aku terluka...
kadang aku terlupa segala perbuatan dia yang telah menyakiti hati aku..
hati ni kekadang dah mati dengan perbuatan dan perbuatan dia.
malahan aku senang menerimanya kembali seolah tiada apa yg berlaku..
naif sungguh hati ni..

tapi BUKAN kali ni..
aku berharap hujung tahun ni membuat aku bangkit
cukup la aku menghamba kan diri pada kenangan dan impian yg basi. yang tak pasti
dan tak akan pernah terjadi...
cukup lah aku sandar kan segala masa hadapan bersama dia yang tak pasti . umpama mimpi,,
mimpi yang pasti akan lupa..
mungkin tidak lupa..
tapi aku terpaksa memaksa diri ini untuk melupakan semua nya..

BIARKAN dia.. biar kan kenangan masa depan semua tu terkubur bersama sekeping hati mati..

hati mati ini tiada pemiliknya..
kerana pemiliknya tidak pernah memiliki hati ini..

Setelah Sekian Lama

Assalammualaikum..

Hai..
Lama sgt Aku tak hadir kan diri di sini..
macam tak adil..
ahh bukan macam... TAPI memang tak adil pada diri sendiri..

Disaat aku merasakan hidup tak lagi sepi dan sunyi . aku langsung tak menjengah ke sini..
tapi di saat jiwa kosong. sepi dan seakan ingin berbicara aku kembali lagi..

MENGAPA begini ya ??

soalan kaku tanpa jawapan. mati .. dan sepi..

AKU TAK TAHU. AKU TAK PASTI..

bukan tiada masa. bukan tiada waktu.. bukan tiada isi..

tapi aku tetap kosong. masih lagi kosong..
macam dulu...

tak lama lagi tahun baru..  2013 ...

2012 ? macam tiada cerita macam tiada kisah..
Aku ada. tetapi hati ni yang dah lama tiada..


dengan pemergian PUPUT. kucing tersayang yg sgt pintar. cerdik pandai..
sepi kosong. tiada penganti lagi...


macam macam kisah hidup yang berlaku..
aku semakin matang dan dewasa...
terasa janggal bila memikir umur semakin menginjak ke usia  pertengahan 20an...
janggal bila memikirkan aku masih aku . masih sama seperti dulu..
langsung tak berubah..

mungkinkah 2013? impian berganti impian ?
impian lama di biar sepi.

se sepi jiwa ini.. hmm

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir