Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Monday, September 05, 2011

thanks

Hmm hari raya kedua masa aku beraya kat rumah mami n kakak aku kt nilai tu .. ada something la
dorang " menasihatkan " aku..

menasihatkan.. grrr..

memula mami dah tanya .. ehhh dulu aku panggil dia mama..
lately je dah bertukar jadi mami.. aku pun ikut kan aje la,,mami pun mummy la :)

mami tanya.. " dah ada bf ke ? "

hmm.. bila jawab tak. selambe je die cakap " camne nak kawen camtu ..xde bf lagi "

huhuhu.. aku rasa ni lah 1st time orang begitu lantang bertanya kan tentang aku. HAHA.

sebelum ni pun. mak just tanya.. " da ada berkawan2 ke " haa simple je mak tanya.

ni mami aku tanya cam.. grrr tah la.. aku pun tak tahu nak rasa macam mana..

lepas tu dia cakap.. " iya lah. jodoh kita tak tahu kan.. "


haa nasib pandai amik hati aku balik T_T




Entah macam mana. dorang boleh membebel kt adik aku..
bebel mmg kaw kaw punya teguran. nasihat.. marah.. suma lengkap....
adik aku .grr kekok nak cakap diri ade adik. haaa

hmm dia mmg degil yang sangat2 degil. mencabar kesabaran org.. aku pun tak tahu mana degil la dia warisi.
aku pun degil jugak.. tapi tak ada lah macam dia.. degil2 aku pun. aku still boleh consider .. heee. boleh lah tolak ansur dengan orang. tapi dia tak.. degil dia mmg dah maximum.. kadang sampai rasa nak bunuh diri..
sbb tak tahan sabar dengan degil dia..

Aku pun kebetulan duduk sebelah dia.. aku dengar je.. aku pulak nak naik tension..
semua pung pang pung pang nasihat.lepas geram dan bermacam2 lagi kat dia..
Aku usha dia ..relax je.. pegang photo album sambil belek2 gambar. jap tenguk tv..

yg kakak n mami aku dah naik suara. bersemangat waja meluahkan perasaan..
ahhh DIA MMG TAK ADA perasaan...
aku tahu. jiwa dan hati dia dah terbang melayang.. entah kemana2
orang bagi nasihat. dia mmg tak pernah masuk dalam kepala otak..


TETIBA ..
aku pulak jadi topic...

" kat rumah ada tolong bisnes tak ? "

aku terlebih jujur, malas nk tipu2. takut kang mak aku pulak bidas balik
haha aku jawab la " KADANG2 "

" habis yang kadang2 lagi tu kau buat apa ? "

aku jawab jujur lagi " online je.. "

damnn.aku ni mmg jujur berani mati. lepas tu bernanah telinga dengar giliran aku pula kena hentam..

" kau tu kena lah sedar diri. skrg ni mak ada boleh la.. ko kena igt diri ko tu..
kite kena sedar diri kita ni.. jangan nak menumpang orang. sampai bila.. blablablablablabla...
pungpangpungpang "

suckkkkkkk ~ gila lah aku kena .dgn dua orang manusia sekali gus pulak tu !!. semua tu terkesan dalam hati. aku buat2 nak tenguk tv pun memang tak
kusyuk.. mata aku dah berkaca.. sungguh aku emosi.

nak tegur elok elok la der ,,
ni kau rapat dengan aku pun tak. tahu kehidupan aku pun tak.
selamba je nak " nasihat " kan aku rupa itu..
tak perlu la..
aku dah TAHU DIRI lah. aku dah SEDAR DIRI. terlebih2 SEDAR.. 


Aku nak cuba terbang kan diri aku masuk dlm khayalan pun tak lepas..
aku sungguh terkesan dgn teguran tu..
nak menitis air mata. aku tahan napas cepat2. biar tak mengalir.
damn betul ~ dah lah depan semua orang..


hmm apa punya hari raya lah ~

hurm,.. terus aku port kat balcony dia.. dia dah jadi kan cam  smoking area..
aku saja lah port kat situ.. lagi pun kat situ je ada line fon.. n kebetulan tak ada orang isap rokok..

Aku saja lah nak tahan sebak kat situ. tak ada orang kan.
 heee memang dah termengalir dah air mata aku.
tahan2 pun tak guna. huhu sekali kakak aku yg tu datang duduk sebelah aku
lantas menarik sliding door. tutup.. biar tak ada siapa pun dgr perbualan kitorang..

Sambil isap okok dia bercakap nan aku...
" jangan marah dgn aku. mulut aku memang jahat.. tapi aku tahu.. KAU ok aku !
saja je tadi... biar hajar dgr sekali.. hmm "

aku lagi lah tak boleh tahan sebak. terus menangis2 hahaha.

" yang ko ni nak nangis kenapa.. "

"tah la. org memang sensitif macam ni "

"ouhhhh ko lahir bulan berapa "

"december"

"berapa haribulan"

" 18 "

" ohh anak aku 14 "

hee saja aku nak rekod perbualan kami kat sini. hmm.. 
coz aku rasa. ni lah pertama kali kitorang berbual bnyk..

dulu dia mmg pernah cam nak "caring" sikit nan aku lepas2 arwah tok meninggal.
sms aku bagai. tp bila datang.. tak da pun nak sembang2 dgn aku..
tu yg aku delete terus number fon dia geram....


siap sms aku dulu.. kalau clubbing tu jangan buat tu la jgn buat ni lah.
adei. bila masa tah aku g clubbing ni.
lawak pun ada..tergelak2 aku bace sms dia..
caring yg bukan2 je.. ^ ^


berbual lebih kurang.tetiba dia macam nak tricks aku...
alaaa macam lah aku tak tahu...

dia bercakap antara dengar dengak tak..  " dgr kata tok ada bg ko duit bank dia "

aku cakap kuat " HAHHHHH "

" ah sudah lah ko tak dgr. malas aku nak cakap "

hahahaha dia ingat aku heran sangat ke apa duit kupang org tua tu. ayooooo ~
aku pun diam kan je la. malas nak buat rasa ingin tahu.
coz aku pun memang tak ingin tahu langsung pun..


thanks jugak lah pernah caring..
pernah bagi nasihat.
alah
aku macam ni pun.jgn risau lah
aku tak kan lah sampai menyusahkan kau ke..
mintak duit kau ke..
dont worry..

Tak pernah terlintas lagi nak lupa diri aku ni sape dgn kau .. even kita ni
kononnya " adik beradik "

tapi sebenarnya tak..
hee aku dr sekolah rendah lagi aku dah sedar diri. so tak perlu nak remind diri aku.
n thanks  :D

september sudah..

kejap nya masa berlalu..haha 
dah macam ayat lazim tetiap awal bulan nye entry pulak.. T_T

huhu sekarang 5 sept 2011
baru ada kesempatan
nak bercerita di sini :)
cececeh.. macam lah aku sibuk sangat ..sampai tiada masa..
huhu..

entah lah.. nafsu nak menaip tu tak mendatang..
hmm..
masih lagi di bulan syawal...
tapi serius. aku rasa macam aku beraya cuma setengah hari je hehe..

paling teruk tahun ni lah aku rasa..
langsung tak menziarah jiran.. walau sebelah rumah .. :(
apa nak jadi lah dengan aku ni..

paling jauh aku beraya pun..
kat rumah sister aku.. kat nilai.. hmm. umah mami aku..
tak best.. sebab kena leter .. hmm..
tapi atlast. die dah slowtalk elok elok. hmm
aku bukan nya boleh kalau orang nak marah2. nak sound2 aku..
grrr. sedih....


hmm. dah makin besar ni..
kemeriahan raya langsung tak terasa..

kan ke best. kalau aku ada kampung. macam orang lain..
teringin nak rasa suasana baru.
cara sambutan yg berbeza dari aku huhu..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir