Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, July 30, 2016

Pengalaman Yang tak dapat di lupakan

Assalammualaikum ,

Hi,

Aci tak kalau aku nak share pengalaman yang tak dapat di lupakan,
Hmm. 13 , 14 , 15 June 2014 , 
Itu lah kali pertama aku hiking, aku pun tak sangka aku akan melakukan activiti lasak sepanjang hidupku, Kerana aku tahu yang aku ni langsung tak lasak, nak melangkah longkang pun terketar kaki
inikan pula nak mendaki gunung,bukit , nak melangkah batu batuan , nak meredah sungai , nak lalu bawah dahan dahan berduri sambil bawak barang,.

Hmm.
Pengalaman tu sangat tak mudah aku lupakan,
Aku rasa manis sangat
dekat situ kawan kawan begitu concerned lebih lebih lagi Dia,
Hmm Dia lah yg memujuk aku untuk pergi , merasai pengalaman ini,
Dia terlalu menjaga aku , angkat barang aku
malahan pimpin aku untuk turun ke bawah,
Sukar aku nak lupa segalanya pada waktu malam kita di unggun api
persis kisah novel hehe Tapi tak lah seindah mana..
Setelah pulang dari aktiviti tersebut, tetiba muncul satu perasaan,
Entah aku rasa berdebar bila ada dia,

Hmm Aku ni ada satu sikap yang di manabila aku tersedar aku ada perasaan kat seseorang,
aku akan menjauhkan diri,
Aku risau,, risau aku tak tercontrol diri aku.risau over limit.
Matilah Nak, if hubungan tu menjadi ~ ceh padahal dia langsung tak pandang aku.
Dia just rasa tanggungjawab sbb dia yang dah ajak aku beria ia,. so dia nak jaga la keselamatan aku.


Detik cemas pabila terpaksa menuruni curam licin. Batuan kering dan mencuram
Bawah nya pula seperti gaung arus deras,
Dia membantu aku dengan memegang dua dua tangan aku seperti ingin memulakan langkah tango,
Bedebar, cemas, malu semua ada sebab aku tak pernah berkeadaan begitu dengan mana mana L,
hmm tangan aku dua dua belah dia gengam erat dia cuba bantu aku untuk turun
Tapi waktu itu aku risau, risau dia terjatuh gara gara aku. Aku gayat ketinggian, aku sangat takut,
Aku duduk di atas bantuan ingin meluncur pelahan,
Tapi aku tak mampu berdiri kerana kasut ku yang licin,
Dia membantu aku memegang kasut dan membantu aku berdiri semula
Allah , bila ingat detik tu , aku risau sangat kalau kalau gerakan badan aku mendorong dia terkebelakang dan membuat dia jatuh.

Tapi dia pujuk aku, dia cakap, kalau kita jatuh, kita akan jatuh sama sama,
Aku jadi sedikit berani  lagi pulak belakang aku berbelas belas orang rakan rakan menunggu giliran untuk turun selepas aku,
Allah lega bila aku da melepasi situasi itu,
Aku lega dia dan aku selamat
Tapi berputik pula satu perasaan dalam hati,.
Tapi aku kena buang jauh jauh,
Bukan untuk aku perasaan tu bukan milik aku.

hmm,

Cukup lah perkongsian ini sampai di sini
Insha Allah tak mudah aku lupakan
Dan sentiasa aku kenang,
Kerana itulah perasaan manis yang pernah aku rasa sepanjang aku hidup,
Situasi yang dapat menggetarkan jiwa aku
Sekurang kurang nya aku tahu yang diri aku pun pernah merasai seperti mana manusia lain.
Cumanya biarlah aku memiliki dia sendiri
bukan di miliki dan termiliki.

Selfish

Assalammualaikum ,

Hi..

Aku sedaya-upaya nak mengelakkan daripada menjadi selfish,
Aku sentiasa di kelilingi kawan yang baik
kawan yang sentiasa ada di saat aku perlukan sesuatu,

Aku selfish dalam pada aku tak sedar.

Aku sentiasa ada Ain,
walaupun Ain sekarang seorang mama dengan puteri comel nya aku masih lagi susahkan nya.
Allah, kalau aku nak balas jasa Ain sungguh tak terbalas.
terlalu banyak pengorbanan dia bersama aku,
dia kawan aku dunia akhirat,

Hmm,
Adik Fatin,
dia terlalu baik, terlalu respect aku sebagai kakak,
aku malu.. di awal perkenalan aku pernah pinjam sejumlah wang,
untuk meneruskan kelangsungan hidup.Malu semalu malunya
Tapi itu la kebenaran,.aku ni seorang yang teruk

Suharni,
Dia kawan yang baik takpernah bosan ingin cuba membantu aku
selalu berpesan segala nasihat
simpan duit simpan dan simpan
tapi aku degil.

Felicia,
Dia kawan yang sangat baik,
Walaupun aku kekadang tak beri layanan  baik pada dia,
hmm sering hantar dan menjemput aku dari rumah
Tapi apa balasan aku ?
aku selalu lupa pada jasa nya
Allah malu nya aku,.,
Dia sering beri kan hadiah , bracelet. hmm aku simpan.
syg nak pakai,


Ming Chyi,
Dia selalu ingin bertemu dengan aku
tapi aku..
Malu.. aku kerap kali pinjam wang dari nya,
hmm
maluuu nya Allah je yang tau,


dan beberapa kawan yang lain,
Aku tahu aku selfish
aku tak berjumpa dengan korang
life aku tak pernah stabil
aku takut aku tak adil
if aku lepak dengan kawan yang ni
apa kata kawan yang di sana,
Aku bukan orang senang
aku tak banyak duit.
Aku tak boleh nak lepak banyak kali dalam masa sebulan
banyak lagi keperluan aku.
Kadang aku malu bila korang ajak lepak
aku tpakse tolak
sebab nya ,,
sebab aku sendiri pun tak cukup duit
aku tak ada improvement
aku malu
teramat malu..
tak akan la setiap kali nak jumpa aku kena pinjam meminjam dengan korang
sungguh aku MALU
dan secara tak langsung aku jadi SELFISH
teruknya aku.
WALLAHI aku tak sedar yang aku dah berperangai sedemikian,.


Smooth Life

Assalammualaikum ,

Hi,

Hari raya dah semakin hampir ke penghujungnya,
August tak lama lagi akan menjelma .

lagi beberapa bulan tahun 2017 akan tiba.
Semua tu buat aku fikir.
usia aku makin bertambah dari sehari ke sehari
dan seterus nya berubah angka.
Takut, Seram semua ada..
Aku just nak  a better life.
Smooth Life.
Living comfort , happy endlessly hmm
Susah nak aku jelaskan.

Aku bukan manusia yang baik
Tapi aku suka minta banyak banyak
tak adil kan.
hmm
Aku nak kan perubahan
supaya
LIFE Aku akan sentiasa smooth je.

Banyak sangat cita cita aku tersadai di tepi longkang

Aku nak hidup sendiri
aku nak further study
aku nak ada saving
aku nak ada sesorang yang sentiasa di sisi aku
yang boleh beri dorongan motivasi dan jaga aku
sentiasa bersama aku,
susah dan senang.
Aku nak rasa mcm orang lain rasa.

Aku tak nak boyfriend,
tapi aku nak soulmate.
yang boleh teman aku
bagi makan jiwa jiwa aku yg lapar.
penuh kan ruang kosong aku
lengkapkan segala kurang aku
sentiasa ada di saat tiada  siapa pun di sisi aku,
Sentiasa ingat aku ,., sentiasa focus tentang aku
sentiasa menginginkan aku
Mahu tua bersama aku selamanya,

Aku nak soulmate 
yang boleh membentuk aku menjadi insan yang sangat sangat
terpelihara
hmm
Aku dah jauh terpesong
kepercayaan aku ada..
Pengisian aku tiada.
Aku hanyut
hanyut pada keinginan sementara.
Aku nak soulmate yang membuatkan
segala rasa aku kekal.
kekal bersamanya
untuk ada smooth life dengannya
sampai tua.
sampai kedut




" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir