Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Monday, April 29, 2013

Soalnya hati

Assalammualaikum..


Hai.. tetiba aku rasa macam nak kongsi cerita tentang hati..
ehem ehem.. hati.. heee. macam lah pernah bercinta kan .
Tak lah, jujurnya aku ni manusia yang kurang kasih sayang.
Tak pernah pun nak merasa cinta cinta ni..

Umur aku pun dah cecah pertengahan 20an.. Takut ?? Risau ??
ENTAH LAH..

Aku tak tahu nak explain macamana apa yang aku rasa..
Bukan tak takut bukan tak risau..kadang aku malas nak rasa apa apa.
Anak dara tua tu gelaran sesama manusia.
Kita pun manusia juga. Aku rasa tak perlu lah nak takut takut
pada benda yang bukan kawalan kita. betul tak ?

Cuma bila teman teman di sekeliling kita risau . takut gelabah nak cari jodoh..
membuatkan aku rasa terpengaruh juga nak ikut sama rasa macam tu.


Soalnya hati ini. Bukan lah aku nak mengejar jodoh.
Entah la. kekadang kuat dalam hati ini mengatakan yang aku tak kan punya sesiapa.
Tak kan dapat merasa anugerah kasih sayang.. Sungguh.

Mungkin sumpah memakan diri..
Suatu masa dulu. aku pernah bersumpah.. Aku tak kan berkahwin selagi dia masih hidup.
Sekarang memang dia dah meninggal dunia. dah lama ... dah hampir 6 tahun.
Tapi aku masih tak di kurniakan bayang bayang jodoh.. Mungkin kah sumpah yang di buat dah memakan
diri aku sendiri...

Sumpah tu aku buat atas dasar tertekan. tekanan yang melanda..
Sungguh aku tak pernah buat apa yang di tohmah. di perkatakan.
sampai mengalir air mata ini menepis semua tohmahan. Aku kekadang tak berdaya
nak menafikan yang aku tak pernah pun bersosial dengan mana mana lelaki di zaman persekolahan.
Sehinggakan aku merasa sedikit trauma dalam diri untuk rapat dengan teman teman lelaki pada masa itu.

Masa itu.. aku sering di tuduh. di tohmah pada benda yang aku sendiri tak pernah lakukan
dan aku sendiri tak pernah terniat nak lakukan... Sering di ungkit ungkit kisah silam
yang sama sekali bukan milik aku.
Tapi kenapa aku yang kena tempias nya.. ???
Saat tu macam tak ada sesiapa nak mendengar luahan keluhan hati.
Aku saat tu masih anak kecil...

Hmm tetiba semangat nak menyambung kisah ni terhenti di sini dulu lah.
Aku hilang semangat nak meneruskan cerita ini.
Semoga ada peluang lagi. semoga ada semangat yang sama .
Akan aku sambung lagi..





" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir