Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, March 29, 2012

kekecewaan

Hmm sebelum ni ada aku kongsi kan..
camne usaha aku untuk jejaki kawan lama aku sedari sekolah rendah kan..
sungguh email aku ada balasan..
aku dah sertakan
skali no fon aku untuk dia terus hubungi...


tapi HAMPA..
sungguh hampa.. dia langsung tak macam aku..
aku bertahun tahun cuba jejaki dia. tapi bila email dah berbalas.. dia pun macam
tak ada effort yg semacam aku...
aku nak buat apa lagi ?

tak kan lah aku nak paksa.
nak buktikan yang aku terlalu sayangkan persahabatan zaman hingusan
yang memang pada dia langsung tak ada apa apa..


woi wake up la myself..
ko tu terlalu bergantung dengan angan angan..
berpaut dengan kenangan dan kisah lama.
sedang kan semua orang dah move on...
kau je di takut lama,...

malu la...sudah..bangkit ke alam nyata.
skrang ni 2012.. kau dah jadi seorang perempuan dewasa.
dah jadi seorang wanita berkerjaya. cehhh ayat. haha wanita kerjaya ..
ermm. perempuan yang dah dewasa yang mempunyai perkerjaan
haaa baru tepat kot. so aku malas nk delete ayat pertama ekeke..

so kejar cita cita mu yang entah ada ke tidak.
naik segan bila hidup aku tak ada goal.
ermm..
hidup sekadar sebab aku bernafas.
quote aku sendiri yang lama aku lupakan..

busy kan diri..
dengan duniawi dan akhirat.
hmmm..
lupakan kenangan yang langsung tak bernilai di mata orang lain.

orang lain dan aku memang tak sama.
sebab tu aku jadi macam ni.
so pls la.

lupakan sejarah. lupa kan kenangan,
jadi orang baru.
kekecewaan tolak tepi.
pergi lantak lah dia kalau dia tak macam aku.
aku tetap boleh .. dan terus cuba untuk

kecapi segalanya yang aku dah impikan
n angan kan.. WALAUpun tak set sebarang goal. mungkin angan angan akan membantu

haa ? apa dah aku merepek. ni....

sekurangkurang nya bertindak dari sekarang !

INSYALLAH..

semangat baru

bermula 2012. bukan la. seawal aku dpt kerja tahun lepas. Aku
dah mula berazam kan...
nak jadi orang baru kononnya.

tapi still jadi aku yg lama jugak.
memang payah nak ubah diri yang sedia ada memang ke arah itu..
cuma ..
semangat ni masih on off.

susah nya jadi aku ..
kekadang aku rasa., kat mana je lah silap aku.
payah .. kesukaran..
penat lelah. macam tak terbalas..
segalanya ..serba serbi masih kurang..
koyak rabak makin besar
AKU perlukan apa untuk tampal ? untuk menutup segala kekurangan aku?

Aku boleh di katakan .. ada kawan baru.
kawan yang boleh jadi penawar suka duka.
teman isi masa lapang.
dan kekadang berkongsi masalah.
haaa so semangat aku nak jadi orang yang baru di tahun yang baru sekali lagi teruji..
aku terus back to masa aku yang lampau..
ringan mulut. rajin bercerita..


dah kenapa lah aku ni kan ?

semangat baru. pls wujud bersama diri aku.
aku ingin jadi seseorang yang baru...
oh pls.

excited

hee bermacam macam rasa nak story..

puput aku dah besar..
usia nya hampir 7 bulan.

aku bahagia adanya dia..walaupun dia ganas n special
sungguh aku sayang dia..

nak story pasal kerja .
pasal kawan kawan bermacam ragam,
pasal kedudukan ekonomi rumah tangga.
dan sebagainya...

masa sungguh terisi.
tapi masih ada yang kosong.
susah nak di jelaskan
cukup sekadar aku yang faham bagaimana perasaan tu tercetus
wahh statement..mengundang ..

rindu sungguh kat belog ni..

2012

Assalammualaikum.


huhu agak terlambat untuk wish selamat tahun baru.
haha bukan agak. memang dah terlambat..hurm
begitu banyak cerita yang pending.
yang dah hilang hujung pangkal.

Sejak dua menjak ni,.
aku jadi perahsia.. malahan belog n diary pun tiada lagi menjadi singgahan aku,
aku busy. busy dgn kehidupan.
aku makin busy dgn kerja..
busy dgn entah apa apa lagi..
dan......

aku skarang makin pelupa..
mungkin sebab tekad aku yang kuat untuk try mulakan hidup baru.
so aku dah mula lupa benda benda yang selalu aku kenangkan..
ayayaya..


adakah kini aku dah kembali?
hampir bulan 4 dah ni..
banyak benda dah aku tinggal kan,
adakah aku masih macam dulu ?



" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir