Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 24, 2011

Aku tak jujur

Hmm jauh ke dasar hati aku..
aku nak cerita segala kebenaran pahit manis segala galanya.
tapi masih terhalang satu perasaan segan...

Aku masih malu malu nak mengakui sesuatu perkara..
aku masih tak betah nak menceritakan dengan telus..
aku cuma berkias kias..
membiar kan sesuatu cerita tergantung..
selebihnya tersimpan kemas di dalam hati...

Aku tak jujur pada pembaca.. aku tak jujur pada mereka yang bakal menilai...
Aku tak mahu mereka tersalah faham..
dan tersalah menilai....

Keadaaan tak pernah kejam terhadap aku..
mereka tak pernah kejam dan tak pernah dengar suara hati aku..
Aku juga tak mahu menyalahkan sesiapa..
jauh di dasar hati aku... aku tak pernah cuba salah kan mereka..

mungkin kerana suara kecil aku jauh terbenam ..
jauh di lubuk hati..
Oleh itu..
mereka tidak menghiraukannya..

Tapi maafkan aku kerana tak jujur..
tak jujur dan telus ...





hmm
Jangan menilai apa pun cerita ku.. 
kerana aku  sekadar berkongsi..

4x beraya tanpanya...

Urm dah lama aku terlintas nak luahkan pasal benda ni..
tapi tak terluah luah juga...
bila nak flashback.. selalunya aku perlukan suasana yang tenang...
yang mendamaikan macam pagi ni..

hati aku tenang...Alhamdullillah.. :)

Sedar tak sedar.. tahun ni adalah tahun keempat aku beraya tanpanya...

Masa tahun pertama tu dugaan terlalu berat..
sebulan puasa aku di duga. di uji.. tiada seorang pun hirau kan aku..
makan kah aku? berbuka kah aku. sahur kah aku..

minggu pertama puasa je mereka caring. concern.. hmm lepas tu.
aku terbiar.. aku rasa saat tu macam aku dah mati sekali..
Aku tahu silap nya apa.
aku tahu. aku ada juga buat silap saat itu..
tapi percaya lah niat aku hanya untuk membela diri aku ..
yang saat tu langsung tiada pembela.....


Pagi raya tu lah baru mereka bertegur sapa dengan aku..
dan aku tak beraya langsung ke mana mana. aku di rumah. baring ..
menonton tv dan tidur..
yea.. itu lah hari raya aku.. :)

Malam raya .. aku menangis. dengar takbir pun dah menangis..
hmmm 1st time malam raya aku menangis.selalunya bz sangat..
seronok masuk kan duit raya dalam sampul..
kemas pinggan mangkuk..
tapi malam tu.. aku terperuk dalam bilik arwah,.
baring di atas katil nya dan menangis.

langsung tak ada baju raya... sehelai pun tak ada..
itu lah tahun pertama aku beraya tanpa sehelai baju baru....
Aku tak sedih tak ada baju raya.. alaa lagi pun dah besar kan :)


Hmm Tahun kedua beraya tanpanya... aku semakin kuat..
aku gagahkan diri juga lah kumpul duit..
untuk membeli sehelai baju raya.
sehelai.. sebagai hadiah untuk diri sendiri..
apa lagi yang aku dapat hadiahkan untuk diri sendiri kan..
penat lelah bekerja.. nak juga merasa untuk diri sendiri :)


Tahun ketiga beraya tanpa nya......
Aku sudah bekerja semula.. aku berjaya membeli 4 pasang baju raya :)
yeahh. ni lah baru aku  :) baru hari raya untuk aku.. heee aku memang tak pernah kurang 4 pasang baju
raya sebelum sebelum ni .. Masa ada arwah.. memang aku tak pernah pernah pun tak ada baju raya..
hmm melebih lebih ada lah.. :) hmm rindu kenangan tu..

Dan tahun ni.. tahun keempat tanpanya...

Entah kenapa kakak ku membeli kan aku sehelai baju raya...
sandal... hmm.. aku rasa terhutang budi... aku rasa dia cuma kesian kan aku..
hmm..

Kemudian tah kenapa abang bertanyakan soal baju raya.... dia nak membelikan untuk aku.
tapi aku menolak. aku suruh dia beri duit kpd kakak sahaja... sebab aku tahu,.. akak aku tu pun bukan nya berduit sangat.. aku tak nak menyusahkan mereka dengan perkara perkara yang tak perlu..

hmm setelah 4 tahun. kenapa ..? kenapa tak dari dulu lagi kan. itu lah persoalan hati aku.
hmm cukup perit tahun pertama tu..
tapi mana kalian untuk berkongsi..
kenapa baru saat ini..

1 tahun dan 4 tahun tempoh yang agak panjang sebenarnya..
hmm..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir