Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Monday, October 03, 2011

Jangan terlalu selesa

Jangan terlalu selesa ... 


pesanan dari seorang sahabat...

baiklah Cik Ain..

Aku akan sentiasa ingat .. mulai saat ini...

Aku tak perlu  terlalu rasa puas hati dan selesa dengan situasi skrg..
or situasi apa pun..

malah aku perlu sentiasa berusaha....

hurm.. aku kena fokus kan Ain?
Fokus untuk menrealisasikan impian demi impian yang terbengkalai..
yang aku sendiri dah hampir melupakan..

Oh Ain.. destinasi aku dah berubah.. aku tak nak lah ke sana,
Setelah mengkaji serba sedikit maklumat dari teman teman..
Melainkan segalanya dah di tetapkan ..then baru lah destinasi aku di sana..

So skrg fokus dengan apa yang aku ada,.
entah 1000 thn lagi ke baru aku dapat tentukan ke mana arah aku.

walaubagaimana pun. Aku  TAK MAHU TERLALU SELESA..
hmm..


Lega

Alhamdulillah :)

Aku lega dapat meninggalkan 1 pesanan yang dah lama tersemat dalam hati..
bukan wasiat lah.pesanan ringkas je. hehe..

Aku tinggal kan satu pesanan kepada Bff aku Ain,

Kita tak tahu bila akan tiba masa untuk kita kan..

Aku sengaja tinggalkan pesanan itu kpd Ain untuk si dia..
bekas sahabat.. eyh jiran aku.. hmm..

entah lah. bagi aku.. dia perlu tahu apa yang aku rasa.
mungkin aku tak berpeluang nak meluahkan 100% direct masuk telinga dia..

ye lah. since kami pun tak macam dulu dulu..
bila lah masa nya dia nak dengar aku membebel berkongsi cerita tak sudah sudah...
kan .. betul tak ?

so aku harap.. bila aku dah kembali kepada pencipta...
moga moga. dia ikutilah pesanan aku..
selami lah apa perasaan aku selama ni.
apa yang aku hadapi..
apa kesukaran. liku liku hidup
even tak 100% yang berlaku aku share di sini...
serba sedikit aku ingin dan masih ingin berkongsi dengan dia.
tapi segalanya membataskan....

segalanya telah membataskan hubungan aku dan dia..
entah aku je yang menyedarinya..
bagi sidia.. aku ada atau tiada.
mungkin langsung tak memberi kesan..

Tak mengapalah..

semua orang ada kehidupan masing2..
siapalah aku .. hanya melukut di tepian gantang..
hmm..

Aku doakan kau bahagia..

#kepada si dia...

kalau kau dah baca entry ni...

Aku nak minta maaf sangat2..
aku tak tahu macam mana nak pulihkan balik hubungan kita..
di saat aku yang betul2 dah down...
dan kau semakin meniti alam bahagia...

Serius.. aku tak tahu macam mana nak buatkan kita seperti dulu...
kalau tetiba aku berbaik dengan kau..
pasti ada suara suara yang akan bercakap...

aku ni nak menumpang kesenangan kau lah..
nak menyebuk ke..
nak tumpang kereta kau ke..

banyak lagi yang aku fikir..
tapi aku pun tak lah terus membiarkan kita dingin..
ada juga aku sms sms kau kan..
kau  pula...
langsung diam membisu...

thanks jugak datang menjenguk aku di rumah...
bawak anak kau...
heee sekejap je masa..
Ya ALLAH. betul.... aku boleh ingat lagi time kita kt klcc. kau koling2 dengan si dia..
hee belum jumpa lagi kan time tu..
then skrg kau dah ada anak..
SEE ? kemajuan. perubahan demi perubahan...
kita bagai langit dan bumi..
Aku masih begini.. masih macam ni..
macam orang tak ada life..

mungkin tu yang membatas kan hubungan 'persahabatan ' antara kita kan..
ye lah. kau berharta. kaya..
dah senang..




Ingat tak pic ni? pas teman kau g cahaya suria.. kita lepak jap kt klcc..
time ni ko call si dia .. tgh bercakap dgn sidia.. n aku snap pic ni...
heee.. 

aku ? hmm toksah cakap lah kan. kau pun sendiri maklum..
tak pe lah.. dah nasib aku macam ni..
:)

aku redha...

Fana.. thanks weh. pernah bg pinjam duit dulu di saat aku nak bg hadiah kat someone..
tak tahu lah kau ingat ke tak..
tapi aku ingat je..

thanks pernah share topap malam2 time tu kau dah tidur.. time besday kau pulak tu.
aku sebuk betul ASK tupap kt ko..
tapi kau share kan jugak..
hee thanks...
sebab aku nak buat supersaver call someone..


thanks pernah tolong aku.. selalu sangat kau tolong aku..
bawak kan aku pergi buat gambar size pasport kat  kg pandan luar.. time tu
aku nak siap siap kan resume nak bawak tuk interview..

thanks bawak kan aku kt kedai roti tu.. kau ingat tak ? haha..
nak tolong aku cari kan kerja. hehe..

thanks juga pernah hantar kan aku pergi office . satu masa dulu..
aku ingat lagi..
kau jemput jugak aku balik kerja...
and teman kan aku makan. sebelum balik kerja..

Thanks tuk segala hadiah2.. kad raya.. kad besday..
semua kad kad tu aku masih simpan dengan baik..
aku sayangkan semua tu...

Thanks fana.. thanks untuk banyak perkara...
tak dapat aku nak ungkapkan semua..
terlalu banyak yang perlu di terimakasihkan... 
hee ralat hati aku yang kita plan nak g picnic mandi sungai berdua
lepas kau dah dapat lesen.. tapi sampai skrg tak dapat2..
tak pe lah..
tak penting pun kan..
lupa kan je la..

Maafkan aku kalau macam memanjang2 kan perkara ni..
entah silap aku entah silap kau..
aku tak tahu dah .siapa yang silap..
mungkin perkara ni akan terhapus dek masa...

tapi semakin cepat masa berlalu..
aku masih tak lupa lupa...

mungkin pada aku .. aku cuma ada kau je,
tp pada kau.. tanpa aku.. kau masih ada yang lain..
tak pe la. past is past..
perkara ni bukan salah sapa sapa kan....

Aku suka benar dapat sms dengan kau..
tp aku perasan.. kau mesti stop kan msg. tanpa cakap apa apa.
kenapa?
aku bukan mengajak kau bergaduh.
aku cuma nak perbaiki situasi.. yang aku sendiri tak tahu aku mampu pulihkan 
atau tidak..
tapi bila kau diam membisu tetiba..

aku rasa kau dan aku dah terlalu jauh...
maafkan aku..
dari hujung rambut hingga hujung kaki..

maaf atas kekasaran..kutuk mengutuk.. gurauan melampau..
halalkan lah hutang piutang .. makan minum.. sepanjang kita bersahabat..

aku masih ingat lagi 1st time jumpa kau..
mase tu .. aku belum bersekolah lagi..

Kau.. Edy. n mak kau..

dan aku dengan tok aku..

aku jerit panggil tok aku..

" tok... ada orang datang... "

masa tu kau baru berpindah kt situ...

then kau ejek ejek aku...

wehhh kau ingat tak?
tu lah saat pertama aku kenal dengan kau..
hee masa tu aku belum sekolah rendah lagi....


Aku simpan kemas dalam diary hidup aku..
thanks untuk segalanya..

Aku pasrah. aku redha..

kesilapan ni bukan dari sesiapa..
dah tersurat.. persahabatan kita takat itu je kan..
nak buat macam mana..

aku bersahabat dengan kau ni umpama macam bercinta pulak haha.
tgh menaip ni pun basah pipi aku dengan air mata.
setiap kali aku ingat kau.. airmata jadi peneman.
hmm..

Teringin aku nk jadi macam kau.. kuat..

oke lah. dah panjang lebar aku celoteh..

doakan aku...
mudahan2..

terimakasih sahabat..
Maafkan aku..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir