Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, April 09, 2013

mengertilah aku

Assalammualaikum....


Hai...
Aku ingin sekali menangis..
mengenangkan kisah hidup yang tak pernah berakhir tika ini..

Kesulitan yang aku tanggung.
Aku mengerti..

Susah aku.. pahit aku.. sulit aku....
tetapi masih ada banyak insan yang lain yang tanggung
lebih dari aku..
Aku tahu.. Ujian demi ujian akan hadir lagi.
Aku perlu sedia .. redha pasrah menempuh semuanya.

Tak daya.. sebenarnya aku untuk kerap kali
meratapi nasib. yang tak pernah insan lain mengerti.
Semangat ini tak kuat. lemah..
akan terkulai bila dugaan membadai lagi.

Aku perlu pergi ke satu tempat.  hanya untuk diri sendiri.
Berkenalan dengan tenang.. berkasih dengan aman.
dan setia bersama kebahagiaan.
Alangkah hidup bahagia bila kita sering dapat apa  yang kita berkehendakan..
Tapi aku insan malang..

Siapa je yang paham suara hati ini.
Biar pun aku kuat bersuara..
Siapa saja yang mengerti..
Perit lelah ini..
Kesian..
ungkapan yang paling benci aku dengar..
Cukuplah.
Aku sedar diri ini serba kekurangan.
Dugaan akan hadir jua membuatkan kita makin kuat.

Cinta.. 
hidup ini ketandusan cinta.
Kasih sayang juga.
Rindu dendam,..
Aku memang tidak pernah merasakan.
Telus aku untuk merasainya.


Mengertilah aku
Aku sesak nafas dengan takdir aku sendiri,
Aku tak  boleh lari dari menghadapi nya sendiri.
Buntu bila fikir nasib masa depan nanti.
Tapi apa daya aku ini..

Mengertilah wahai pemilik erat genggaman.
Aku bukannya ingin melepaskan beban.
Aku cuma impikan kita mampu berkongsi..
Tidak terniat untuk menambah beban..

Tapi...

Tolong


Mengertilah aku ..

Kuat suara ini.

Assalammualaikum...


Kuat suara ini..
Aku tak bisu sebenarnya.
Aku insan yang suka meluahkan lantang.
Bersuara dalam sepi..
Dan meluahkan dalam bisu.


Insan yang di sisi silih berganti.
Tangan di hulur..tapi lemah gapaiannya oleh diri ini.
Aku tak lagi kuat .
Lemah menyembah nasib yang di tangisi.


Ya tuhan .. Tiupkan lah semangat.
Untuk aku terus melangkah lagi..
Aku ini kuat kan...
Moga kuat ini sering bersama ku..


Cinta hadir dalam diri.
Hilang tika jaga..
Mimpi bersama kasih..
Mesra nan terasa.....
Aku pemilik cinta sepi..
Walau sepi.. aku tetap sendiri....

Semua ini membuatkan aku kuat bersuara..
Bersuara berteman mimpi..
Mimpi datang bersama mimpi..
Aku kelu..susah hati..
Tidak lagi bersama hari..
Aku tunduk lagi ke bumi.

Ya tuhan ku.
Bisikkan lah angin cinta.
Biar menjadi teman suara ini.
Aku ingin terus kuat suara.
Tak mahu lagi bisu sendiri
dan sepi menanti.

susah hati

Assalammualaikum..


Hello.. hai.. jam pc kat ofis ni dah menunjukkan pukul 6.12 am..
Dan tetiba jemari ni laju pergi google... kemudian type blogger.
kemudian log in.
Dan create new post  lepas tu masuk kan title..
Dan here we go..


huhuh macam tak ada idea kan.
Sebenarnya banyakk sangat cerita yang still terpendam dalam diri ini.
Berlumba lumba nak di luahkan..


Susah hati aku bila perkara ni makin banyak tersirat dan tersurat.
Macam2 tanggungan yang aku terasa dan merasakan.
Susah.
boleh kongsi?
Kongsi beban ni biar boleh rasa sama sama.


Kan best kan kalau macam tu.
hee.

Susah hati ini...
Aku masih tak boleh nak lari dari sini.
Impian ni dah berulang kali aku luah dalam belog.
Sesungguh nya aku nak sangat ada insan lain yang erat genggaman tangan nya
memimpin aku pergi jauh dari sini. Sunggguh..

Selalu nya sikap kita memang suka kongsi cerita.
Masalah. dengan kengkawan.
Nasihat memang di harap kan.
Telinga yang sedia mendengar..

Tapi .. beban tu still tak dapat di rasai.
mereka sekadar mendengar dan pandai bagi nasihat...
Tapi aku yang merasai nya .. terlalu susah hati.

Sangat susah kekadang nak ikut nasihat yang di beri...
yang dah dicurah oleh pendengar setia..
Memang payah nak ikut semuanya.
Semua nya sering kali buat aku susah hati..

Kenapa aku yang kena tanggung semua ini..
Aku ni hanya lah seorang anak pungut.
Bukan nya seorang yang tamak haloba.
yang merampas segala harta pusaka.
Tapi kenapa aku yang kena sedikit sebanyak
menyumbang hasil titik peluh sendiri yang tak pernah cukup untuk kepentingan orang lain.
Aku .. kenapa aku ??
Duit yang tak seberapa ini lah yang sering di minta minta..
di pandang sinis.
umpama aku amik hak yang tak sepatutnya..
KENAPA?

aku tahu. aku selalu berkias..
nak aje aku luah kan semuanya  secara lantang..
Lukis kan lukisan yang aku alami
betapa parah nya susah hati aku ini..
Aku buntu..

Bagai basah pipi ini dengan titisan air mata..
Aku tahu sekarang aku di ofis. kalau di rumah ni.  mau berlambak tisu dah aku guna kan.
Ya Allah..
bantulah aku..
Hairan aku dengan nasib ni.
mmm. dah memang takdir aku.
Sungguh aku ingin lari dari susah hati ini.

tertangguh

Assalammualaikum

Haii......

Dedulu masa belum masuk zaman bekerja,
Aku selalu impikan yang aku akan hijrah ke luar kl..
Duduk jauhhhh dari semua orang yang aku kenal...
Duduk sendiri.. mulakan hidup baru.. lebih semangat.

Cehh macam impian mat jenin je kan. Version minah jenin.
Angan angan je. tapi tak ada usaha pun.
Haishh. mula lah aku nak mengeluh..

Sungguh banyak impian ..azam cita cita yang tertangguh. kekadang
Aku semak nak ingat semua balik..
Tekanan bila fikir satu persatu semua nya bertangguh..
Susah hati. huhu tapi usaha still  tak ada kan.

Aku kekadang merasakan teringin sekali ada orang yg dekat dan rapat
mungkin yang boleh bimbing aku.. pimpin aku bersama sama capai semua yang
aku pernah impikan..
Ohh alangkah bestnya hati ini..

: : ohh tuhan ku.. ni dah bulan 4 .. Puasa tak lama lagi. lepas tu raya dan lepas tuu..
Ohh goshhh date  .. Hmm. Kenapa cepat sangat masa... isk iskk.
macam nak tangguh tangguh kan aje..
tapi hari tu aku dah minta tangguh .

Mamai

Assalammualaikum.

Hai..

Huhuhu .... 
Sebenarnya malu nak cerita.
Tapi aku gagah kan jua kongsi di sini..
Sejak dua menjak ni.. Mamai aku menjadi jadi..
Dulu lain ceritanya..

Dulu aku cukup pantang kalau dapat panggilan fon memalam buta
masa tengah lena tidur..coz bila di siang hari. aku akan belek semua call log.. duration time..
Bila tenguk ada panggilan time aku tidur.. duration time kadang sampai 5 minit
aku jadi hairan. Sumpah aku tak ingat pape yang di bual kan.
Otak aku jadi blank. kejung ape semua memikirkan apa yang dah aku lalutkan.
Dan aku call la semula si pemanggil tu. dah tentu tentu dia tak kan dedah kan apa yang aku dah merepek..
Addduuhhh..

Tapi sekarang lain pula ceritanya..
Aku kalau dah lena tidur.. bila orang kejut .. aku akan marah marah dan sambung tidur balik.
Kejadian ni dah berlaku banyak kali.
Aku jadi takut dengan diri sendiri..
Umpama sikap buruk yang melanda.
Tapi tak tahu nak ubah kan macam mana.

Huhuhu. Aku tahu.. jarang sekali orang akan ganggu tidur aku di rumah.
Tapi sesekali anak buah datang rumah bermain dan buat bising.
MEMANG kena sound lah dengan aku..

Tempoh hari tidur rumah Nad.. Dia kejut kan aku..
Habis aku gawang2 tangan dan terus sambung tidur..

Begitu juga lah yang terjadi kat rumah Sue. Die kejut aku pelahan2..
Tapi aku bangun dengan terkejut. berkerut muka dan terus g kat radio..
Putar volume kuat2 . haha aku sendiri yang terkejut balik..Adui...

Dan hari ini.. kakak aku pulak jadi mangsa..
Kes ni lain sikit. kakak aku sampai sentap2 plak..
Jenuh aku nak mintak maaf. katanya aku tengking2 dia..
walhal pada mulanya aku tanya elok2..
hahah. Sungguh aku langsung tak ingat..
Ya allah..
perangai sapa lah ni dah berjangkit dalam diri aku.

ishh ..  ish..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir