Assalammualaikum..
Alhamdullilah . Aku masih di beri peluang untuk hidup lagi di Bumi Allah ni..
Tempoh hari genap usia ku yg ke 24 tahun.. Usia begini patut nya banyak pencapaian
kejayaan demi kejayaan yg selari dengan usaha..
Tapi aku kesal.. usaha tak seberapa. maka pencapaian dan kejayaan langsung tak membuahkan hasil.
Hari kelahiran yang dulu kerapnya di sambut sekeluarga. Arwah nenek ku akan pastikan setiap ulang tahun kelahiran aku akan di sambut dengan meriah. kek makanan jemputan. sangat seronok mengenang semua itu..Even tak berbelanja besar atleast sebiji kek pasti tersedia di hari bahagia itu untuk aku..
Bertambah usia ini .. tapi harapan masih banyak terbengkalai. dan aku sendiri makin tertinggal untuk
mengejar semua keinginan yang selalu aku impikan..
Impian impian dah semakin berhabuk.. dah tak terdaya dah kadang aku nak memenuhi segalanya ..
Aku dah semakin terlambat kan...
Hidup tak smooth macam orang lain.perancangan hanya terlekat dalam hati. tanpa sedikit usaha yang terhasil..
Bertambah impian dan sepatutnya bertambah keinginan dan juga bertambahlah usaha..
tapi aku ? masih seorang yg berpeluk tubuh menanti keajaiban.
keajaiban yang tak akan datang..
Tahun baru akan menjelma tak lama lagi..
teringatkan azam yang lampau ?
aku mengeluh. bertambah2 azam..
menimbun2 angan angan .
dan aku. hanya mampu senyum separuh...
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Saturday, December 22, 2012
Bertambah
yg masih bermimpi isha
Monday, December 17, 2012
Tak pasti
Assalammualaikum..
Hai... di saat akhir di tahun 2012 .. nampak macam aku menghabiskan sisa sisa tahun 2012 dengan blog.
Meluahkan luahan hati yang semakin tepu di dalam dada. kekadang sesak habis.. aku tak terdaya dah nak simpan semua rahsia sendirian... Nampak mudah jadi aku , tapi sebenarnya langsung tak...
Semalam.. entah kenapa bangkit dari tidur di siang hari.. Fikiran aku asyik teringatkan bekas sahabat ku..
oh ya.. dulu aku pernah buat janji untuk tidak bercerita tentangnya di sini.. tapi aku hanya manusia biasa. yang kadang janji tu hanya menjerat diri. ermm ENTAH lah. kenapa aku masih teringat dia..
Lantas no telefon nya yang aku tak pernah save. tp aku sentiasa menghafal... ermm ENTAH lah kenapa aku macam tu.. n terdial dia atas keypad hp dan aku mula menaip msg.. R I N D U K A U .. ERMM entahlah..
kenapa diri aku macam tu.. aku merasakan rindu yg sangat untuk berkongsi segalanya macam dulu..
Semuanya serba tak pasti..
Dugaan datang datang dan datang..
kawan kawan masalah pergi dan pergi..
Aku tak pasti ..
sampai bila harus berperangai begini..
yg masih bermimpi isha
Sunday, December 16, 2012
hati yang ......
Assalammualaikum ...
Hee.. nampak mcm kerap aku singgah di sini..
bila hati tak selari lagi dengan fikiran...
aku rasa buntu. serabut kusut.. tak bermaya.. malas nak terus kan. malas nak memulakan.
dan mengakhiri semuanya,.
Aku masih di office... saat dulu aku memilih utk menukar shift malam semua dari Dia.
betapa besar pengaruh dia dalam hidup aku. sehinggakan aku rasa hidup aku ni bukan untuk diri sendiri
tapi untuk dia..
Cuma dia jer tak pernah memahami.
mungkin aku yg sukar di mengertikan..
Dia pernah singgah membaca ruangan ni.. mendengar hati aku berbicara bisu.. membaca baris baris ayat kaku..
aku tak pasti samaada dia dpt selami perasaan yang terluah ..
Jika kali ni dia singgah lagi..
untuk dia ..
yer untuk dia..
aku tahu mungkin 1 saat kau pasti akan membaca semua ini..
tiada apa lagi harapan impian yang dapat kita impi kan .. harap kan.
Insyallah semangat ni mula bertiup. untuk melupakan kau memang aku yakin tak mampu..
tapi untuk memulakan hidup baru dan tanpa kau... Aku yakin dengan semangat yang mula bertiup perlahan ini akan membantu aku untuk menjadi insan baru yang kuat dan yang cekal hati untuk mengetepikan hadir bayang kau yang selalu temani aku..
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
