Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, December 15, 2012

Setelah Sekian Lama

Assalammualaikum..

Hai..
Lama sgt Aku tak hadir kan diri di sini..
macam tak adil..
ahh bukan macam... TAPI memang tak adil pada diri sendiri..

Disaat aku merasakan hidup tak lagi sepi dan sunyi . aku langsung tak menjengah ke sini..
tapi di saat jiwa kosong. sepi dan seakan ingin berbicara aku kembali lagi..

MENGAPA begini ya ??

soalan kaku tanpa jawapan. mati .. dan sepi..

AKU TAK TAHU. AKU TAK PASTI..

bukan tiada masa. bukan tiada waktu.. bukan tiada isi..

tapi aku tetap kosong. masih lagi kosong..
macam dulu...

tak lama lagi tahun baru..  2013 ...

2012 ? macam tiada cerita macam tiada kisah..
Aku ada. tetapi hati ni yang dah lama tiada..


dengan pemergian PUPUT. kucing tersayang yg sgt pintar. cerdik pandai..
sepi kosong. tiada penganti lagi...


macam macam kisah hidup yang berlaku..
aku semakin matang dan dewasa...
terasa janggal bila memikir umur semakin menginjak ke usia  pertengahan 20an...
janggal bila memikirkan aku masih aku . masih sama seperti dulu..
langsung tak berubah..

mungkinkah 2013? impian berganti impian ?
impian lama di biar sepi.

se sepi jiwa ini.. hmm

Thursday, July 12, 2012

bodoh berkali kali

hmm.

Terus terang aku kalau pasal feeling . cinta cinta  rindu rindu ni mmg FAILED.
zero.. experience mmg langsung tak de  !


Ade yg sorang ni pun tol tol menguji kesabaran... AKU dah rasa diri cukup bodoh.
tapi still teruskan. still kejar bayang bayang. siapa yang tertinggal ?
aku ke or bayang bayang? SOALAN bodoh lagi..

HMM... bodoh aku dah berkali kali... mmg patutlah kan. kalau ujian tu datang bertalu talu.
dah sedar diri tuh bodoh. dok tunggu apa lagi aku pun tak tahu ...

SAYANG dgn kenangan. dengan masa silam ? ermm.

bodoh sekali ganda..
entry kali ni bodoh bodoh belaka.
iniLAH aku. sentiasa jadi mainan bodoh.

si BODOH yg telah di perbodohkan.
hmm. sakit hati. tapi di sebab kan dah sedar diri tu bodoh.
aku redha dalam kebodohan. berharap ni lah kebodohan aku yang terakhir.
AKU tak nak ulang lagi. sungguh sakit .. teramat sakit.

Monday, June 04, 2012

Masih Disini..

Assalammualaikum ,, HEY..



Hai..lately tak busy mana pun. tapi kekadang rasa tak adil tak berkongsi apa apa dgn belog.
kenapa di zaman kesulitan. kekecewaan. kesakitan rajin sering selalu lawat belog.
share macam macam..

tapi kenapa di zaman busy dengan mencari duit. meneruskan kehidupan. busy dengan teman teman yg semakin hari semakin bertambah. busy melayan cerita dunia yang tah bila akan temui penamatnya.
busy dgn celoteh2 teman baru. teman rapat. teman yang tak serupa teman. 

Aku tak adil kan sebenarnya.. secara luaran nampak cam aku dah berubah sama sekali dah macam  berbeza.
tapi aku masih yang sama. masih sama dan masih di sini...

HMM. banyak yang sakit. banyak yang tak terluah. banyak yang tak tershare.
satu satu lah ye. aku akan kembali lagi.

RINDU .. diary dan belog dua perkara yang dah lama aku tinggalkan. 
kekadang sampai lupa macam mana cara aku memegang pen dan menulis erm.. 

Semua banyak terbuku terpendam dalam hati.
sampai aku rasa terlalu sakit...perit pendam sendirian.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir