Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, October 02, 2011

saya ada puput

heee.. puput? apakah ?
P U P U T adalah nama seekor anak kucing yg sangat comel...
happy sgt aku ada dia dalam hidup ni..
Thanks Allah..

Tak silap aku .. dah hampir 2 minggu aku memeliharanya...
nama puput ni.. Mr W yang bagi..
pada mulanya macam tah apa apa je ..
macam tak ada nama lain..
tapi last last. aku terima je lah dengan redha. haha..

Puput ni  baru lahir.. masa aku jumpa dia..
aku rasa umur dia tak sampai seminggu.
kecik sangat.. jalan pun terkial2..
Aku jumpa seekor je.. mungkin Ibu nya tertinggal dia sewaktu
nak berpindah tempat persembunyian mereka..

Semenjak ada puput.. hidup aku berubah...
pagi pagi bangun. bancuh susu.. letak dalam pet nursing bottle..
susukan dia.. alahai comel je..
best pengalaman menyusukan kucing.. dah lama aku tak menyusukan kucing macam tu..

Puput isi masa lapang aku.. temani sunyi sepi aku..
Tapi sejak ada puput ni.. aku rasa macam aku asyik keluar lah pulak.
kejap kawan itu ajak keluar. kejap kawan ni ajak teman..
time kat luar... aku rasa macam nak balik rumah cepat2 je..
nak bagi susu kan puput..
tak sampai hati nak tinggalkan lama lama...

Dear Puput....
hope kau membesar dengan sihat nya..
maafkan aku kerana bagi susu bayi je kt kau.. hohoho..
Aku selalu doa kan kau supaya panjang umur..
tak sabar nak melihat aksi lincah kau nanti..
tak sabar nak main main dengan kau..
Panggil kau balik untuk makan..
Aku akan sayang kau selalu..
thanks kerana hadir dalam hidup aku..
ceriakan hari hari aku yang sepi...

Saturday, October 01, 2011

hello october

hello ..
semalam baru dapat online..
itu pun rasa macam cepat bosan..

hurm.. banyak nak di kongsi kan.
tapi satu satu lah..
mood ni bukan boleh di paksa..

Tp bila dah dapat peluang ni sekali lagi.
smlm je. aku dah guna kan sebaik2 nya..
aku kena fokus..
aku tak boleh cepat hilang fokus. lupa segala plan..
aku kena fokus !
sekali lagi FOKUS...
kali ni tak boleh nak main main..
SERIUS !

ohhh next year aku 24.. gila lah ! enam tahun lagi dah 30..
macam mimpi.. coz aku boleh ingat lagi.. hari pertama aku  masuk sekolah rendah..
darjah 1.. kelas apa.. semua still segar dalam ingatan..
termasuk pelajaran pertama masa aku hari pertama darjah satu.
hmm.. adui..
macam tak percaya.
masa oh masa..

aku rasa macam nak cabut bateri jam semua...
nak bakar semua kalendar.. biar semua jadi statik.. huhu.
kalau lah boleh kan.. haha

pause semua sekejap.
.kecuali aku.. biar aku dapat baiki diri agar lebih baik dari
masa ke semasa. dan setanding dengan orang orang lain..
hmm aku kan dah jauh ketinggalan...

sighh..

Friday, September 30, 2011

problem yang bukan sedikit..

hmm lama gila aku tak update blog..
macam mana sepi nya belog aku..
macam tu jugak sepi nya life aku...

rutin harian berubah sama sekali.
aku lebih banyak menonton tv. layan karenah anak-anak buah..
tidur..
hmm berangan..
huhu..

lama kan tak update..
abg block wifi aku...
tah macam mana harini.. Anjah anak buah aku nak on pc.. yang sekian lama aku x on..
malas aku tahu nanti hampa je tak ada internet.

tapi tadi Anjah on.. tetiba je ade signal..
aku? happy ke?
entah lah. macam tak ada perasaan je.
memandang kan harini  hari terakhir pada bulan September.
aku gagah kan juga nak visit belog yang dah beberapa minggu sepi..


hmm mungkin ke aku da kembali lagi ?
sepi nya aku rasa  :(

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir