hmmm
selalu aku cakap life aku tak berubah..
selalu aku cakap hidup aku sama je kan..
selalu aku cakap aku bosan lah hidup asyik macam ni je..
ermm. berbalik kepada perubahan ..
Actually.. perubahan apa yang aku impikan..
Aku lebih suka life masa kanak kanak..
tak pernah risau tentang apa pun kan..
duit ada ke tak ada ke..
tak pernah fikir...
urm....
perubahan....
Aku nak sangat hidup aku ni di bumi yang asing.
bersama teman teman baru..
suasana baru..
jauh dari family.. jauh dari orang yang aku kenal..
aku dan identiti yang baru...
mesti penuh cabaran.. dan best kan...
hee aku selalu berangan tentang tu :P
dari aku bangku sekolah lagi aku suka sangat berangan hidup di bumi asing ..
sebab aku dah bosan duduk kat tempat di mana aku berada sekarang ni....
Patut nya pas habis sekolah..
Aku dah boleh capai angan2 aku tu...
tapi banyak halangan..
Aku terpaksa akur..
Bagi aku.. itu lah perubahan drastik yang sangat aku ingin kan..
tapi untuk berubah .. banyak pengorbanan dan persediaan kan..
Dan untuk berkorban dan bersedia..
juga memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
masalahnya..
aku seringkali terlupa target sebenar aku..
lupa dan terus tersasar.
dan kini
aku
perlu mula semula.
ayo..letih lah macam ni...
Tekad aku skarang...
aku berjanji.... aku janji...
lepas ni aku nak bekerja bersungguh2 :)
hee Insyallah.. my dreams come true .......
So.. bila lagi aku boleh fokus nak cari kerja ni..
emm kerja pun tak dapat dapat lagi :(
Sekali aku berubah..
aku nak ubah semuanya terus :)
aku nak jadi insan baru.........
yang penuh semangat .. yang penuh rahsia...
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, August 21, 2011
perubahan apa yang aku impikan
yg masih bermimpi isha
Saturday, August 20, 2011
harapan seumpama mimpi
Alangkah indah nya kan....
apa yang terlintas dalam angan-angan dapat aku coretkan atas lukisan...
" haa macam ni lah yang aku impikan.. "
" haa macam ni lah yang aku nak sangat tu.."
lantas dapat mengengam erat nyata....
kerana dalam angan-angan terlalu kabur..
kadang tak mampu nak terjermahkan macam mana indahnya angan-angan kita..
tak pandai nak huraikan dengan ayat yang sempurna..
maka..
kita akan ketepikan perlahan lahan setiap segenap ruang angan-angan...
kita mudah lupa..
aku yang selalu lupa angan-angan yang pernah berbunga dan bercambah di ruang hati.
berteman saban hari saban waktu hidup aku..
Dan kini
Tinggal layu dan kering..
Bila aku sedar kembali ke ruangan mimpi..
aku seakan terkejut..... tersentak..
Angan-angan yang acap kali aku baja...
kini layu.. kering...
apa lagi mahu ku?
apa lagi usaha dan daya aku?
Aku tak mampu menyuburkan nya lagi.
segalanya terlewat..
angan-angan di alam mimpi..
membenih kan sebuah harapan..
tapi sayang...
ianya tak kan pernah berpanjangan...
Aku patut nya mula tersedar sejak dulu lagi !
yg masih bermimpi isha
buat insan yang pernah menjadi sahabat ku...
Aku terlalu ingin sekali bercakap tentang kau..
aku selalu ingin kita bersama macam dulu..
bermain bersama. bercerita.. berceloteh tanpa henti..
ketawa tak kira di mana tempat.
langsung terlupa berapa usia kita. adakah masih di bangku sekolah rendah.
atau dah bergelar anakgadis...
Sesungguhnya aku ingin sangat kita kembali macam dulu..
tapi setelah semuanya nya makin berjurang. dan jurang semakin besar.
aku takut.. takut untuk memulakan langkah..
mengatur langkah dekat dengan kau...
untuk merapati diri mu yang semakin jauh dari aku..
Tapi aku tak menagih sempati..
kau tak faham. kau tak pernah faham apa aku rasa..
cuba kau letak kan diri kau di tempat aku...
tapi aku tahu. kau tak dapat rasa apa yang pernah aku rasa.
sebab kita berbeza...
Hurm.. aku nak sangat ulang kenangan kisah kita.
mungkin boleh di ceritakan pada generasi2 kecil "kita" nanti..
sampai bila nak memanjangkan sengketa..
entah ...
Aku sendiri tak ada jawapan..
apa yang pasti,
aku masih aku yang dulu..aku masih di sini..
di rumah ini. bersendirian..
tak ada perubahan.. di status aku.. di hati aku. di jiwa aku.
aku masih sama..
kau je yang semakin berubah..
maju.. langkah ke hadapan.... jauh... jauh meninggalkan aku..
semakin jauh...
Aku di kejauhan ni.... walaupun nya pada jasad kita dekat je.
masih berjiran walaupun tidak ku tahu adakah kita masih berstatus "sahabat"
aku di kejauhan ni berdoa..
semoga suatu masa. kau yang sudah maju ke hadapan.
sudah jauh melangkah..
akan toleh ke belakang untuk memberikan kan aku seulas senyuman
dan mungkin akan memimpin tangan aku.
membawa aku .. dan
kita bersama.
mungkin boleh seperti dulu kan..
bersahabat. bermain. bergelak ketawa. dan berkongsi rahsia..
segala-galanya milik kita
sahabat dunia akhirat...
Aku masih berharap ***
.::. Ptg Jumaat aku membawa Ryan bermain di luar.. entah macam mana... tetiba kereta dia memasuki lorong..
walaupun perlahan. tapi aku tetap berlari menghampiri Ryan dan mengangkatnya supaya tidak menuju ke arah kereta yang sedang memasuki lorong.. hmm.. tak ku sangka kau akan berhenti.. aku hanya mampu tersenyum.... dan kau menurunkan tingkap. dan aku dgr kau bersuara.. bercakap..menegur entah siapa...
tapi aku TAK TAHU KAU BERCAKAP pada aku atau Ryan? Aku tak dengar butir bicara kau...
aku terkedu.. aku terpana... aku seolah-olah berkhayal.. langsung aku tak dengar
Kalau kau dapat rasa apa yang aku rasa..
mungkin aku lah manusia yang paling bertuah ada sahabat sejati macam kau.
dan aku masih tak faham kenapa aku masih tak mampu mengawal air mata aku bila bercerita kisah persahabatan kita.. :'( heeee aku tak tabah macam kau kan.. kau mampu bahagia bila ingat kisah kita. tapi aku
sentiasa mengalir air mata..
hmm...
maafkan aku kerana masih berharap...
yg masih bermimpi isha
Subscribe to:
Posts (Atom)
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
