Hmm.. bangun pagi pagi membuatkan hari ini aku memikirkan sesuatu yang agak serius. Ohh sampai bila ya? aku nak bangun pagi. online? bangun pagi terus kemas katil.. bangun pagi terus cuci muka..dan
bangun pagi buka tv.. eh ni sgt jarang aku buat..
teringin nak macam dulu lagi.. bangun pagi terus capai towel, mandi n siap siap pergi kerja.
haha rushing sungguh..
kalau terbangun awal lagi... or sengaja bangun awal.bolehlah membuat sarapan nasi goreng. cucur kentang. cucur bawang. tu je aa kan sarapan yg aku pernah buat ? hahaha balik balik ulang sarapan yg sama. itu pun kalau mood rajin.
Urm. Aku juga terfikir fikir. apesal lah mulut aku ni ringan sgt nk bercerita kat orang orang. erm.
Kalau aku lepak dgn Sue . sampai siap tidur umah die kan.. mesti laju je mulut aku nak cerita itu ini. sampai kan berkali kali aku akan cakap " EH EH .asal aku banyak cakap ni.. eh kau la plak cerita! " hahaha sampai cam tu sekali.. aku sebenar nya risau... risau kekalau rahsia di hati x selama nya menjadi rahsia..
So rasa nya lepas ni. walau ape pon yg terjadi lewat macam mana pun pergi rumah org..
PLS PLS jadi
cam diri yg dulu. dah dah x yah nak tidur tidur umah orang...
hehe aku xpernah tidur umah kengkawan before ni. umah kazen2 penah laa..
Terimbas kembali masa memula aku belajar tidur umah orang.hahaha
time tu aku kerja... kat tempat kerja aku ade hostel. hostel untuk orang2 bujang la kan. tapi di sebab kan akak angkat aku ni laki bini kerja kt company tuh.so die pon secara tak langsung dapat la hostel..
Apartment.. n dia duk sefamily ngan anak2 dia..
Ade satu malam..Aku. kak mel n akak angkat aku tuh. dorang datang umah. nak suh aku pack baju nak suh tdur kat hostel. bawak bantal. hahaha aku pack dengan rasa berat hati.. rasa macam sayu je nak tinggal kan rumah. rasa macam tah bila la aku akan pulang ni. bhabi. hahaha bila da masuk dalam kereta bersama sama beg baju.. ala bawak sehelai dua je. sebab tidur satu malam je. haha tah kenapa.. aku boleh menangis sepenuh perasaaan. menangis macam pergi tak kembali.... eee macam apa je.
Kakak angkat aku tegur.
" kenapa kau nanges sha? bukan nya jauh mana pun umah akak... kg pandan - pandan indah je "
hmm tah laa perasaan tu tak pernah aku rasa masa tu.. rasa macam bakal berpisah selama2nya dengan dengan dengan rumah haha.. sayu je nak lock pintu nak tinggal kan rumah sensorang... erm..
Kat hostel tu. aku bukan nya leh tdor malam tu.. aku dok kat balcony menghadap swimming pool dan berpeluk tubuh. dan menangis lagi. hahaha hati tisu sunggguh.... padahal esok tu nak pergi office..pastu balik la umah sndiri.. n yes. satu malam je.. dah sampai jadi macam tu..
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Monday, May 09, 2011
selamat pagi
yg masih bermimpi isha
Sunday, May 08, 2011
review novel merimbun kasih
hee kan ritu aku g library nan ain. aku pnjam novel dua. so ni novel yg menjadi pilihan aku. MERIMBUN KASIH .. yeahh baru abes bace tadik.. best citer die. aku xpenah boring :) cume semangat tuk habis kan membaca tu yg on n off. .
Novel ni berkisar tentang lifestyle budak2 skg. Institusi kekeluargaan masa kini..
Aku agak tersentuh membaca.. mmg menangis pun layan2 novel camni.. nangis macam aku punya kisah lak kan. eyh eyh aku menghayati la. daa part sedih xkan nak gelak.lagi pun airmata aku ni mmg mudah nak tekeluar :) lagipun apa yg terjadi dalam novel ni. seakan2 aku pernah rasaai. . sama tapi x serupa..
Sara Sarina seorang anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Dua kakaknya masing2 dah berumah tangga. dan tinggal berasingan.. Di rumah hanyalah dia. ayah n ibunya. Ayah nya Mahmud dan Ibunya Salmah merupakan pasangan suami isteri yg sentiasa bahagia. tapi setelah ayahnya berkahwin dengan seorang janda beranak satu iaitu Noraini. semua nya berubah. Ibunya meminta cerai kerana tak mahu hidup bermadu dan menetap di Pulau Pinang. Dan Sara Sarina tidak boleh terima penceraian tu. sekaligus xboleh terima Noraini dan Nurul Fatin dalam keluarga meraka..Akibat protes dan tekanan dari penceraian ibu bapa nya. Sara Sarina menjadi seorang yg liar.
Ekceli kan citer ni pasal budak sekolah nak SPM. pada mula nya. aku cam rasee? HAA salah pilih novel ke ni? ape kes pilih citer budak budak sekolah. hehe. tp uper nye citer ni berkisar tentang budak2 skg.ok la x boring .
Masa krisis Sara dgn Mazlin aku membayang kan diri aku dgn SAHABAT taek koceng aku tu. grrrr..
hmm banyak yg aku imagine kan. aku meletak kan seseorang di dalam watak2 dalam novel tu. sesungguh nya betol citer die mirip dgn ape yg pernah aku perhatikan. pernah aku alami . walaupun hanya sebahagian je la . AKIBAT penceraian je. kalau hati xleh terima mmg seumpama ni la yg akan berlaku kan...
cume Sara Sarina beruntung. sbb tak terjebak dgn DADAH.
WAH psycho aku ni. smpai ckp Sara beruntung padahal kenal Sara dalam novel je. :)
yg masih bermimpi isha
Saturday, May 07, 2011
ACTUALLY ..
Ekceli kan.. dan sebenarnya kan.. isk..
all is said n d0ne.
seperti yg telah d beritahu di nyatakan di sini tempoh hari. silap nye ade lah AKU.
MASALAH 1. mempercayai :)
MASALAH 2. sharing2 :)
MASALAH 3. YG ko semak2 otak ko tu kenape [ bercakap pd diri sndiri ]
MASALAH 4. Lantak la..
semua da selesai .n yeah :) selesai dgn baek perhaps :)
semua ade salah n silap. rase nye SEMUA berpunca dari aku.
to be honest.. malas nak panjang2. EVERYTHING will be oke :) kan ^ ^
~TAMMAT ~p/s :: haa xpe la. korang oke oke kan la semula .,,let continue =)
biar aku je undur diri. isokay :)
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "

