Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, May 22, 2016

Dhia Damia - 2

Dhia Damia nama yang hadir saat aku perlukan seseorang
aku ingat sebelum usia aku cecah 25 tahun aku pernah menyimpan impian
ingin mempunyai Dhia Damia.


Sungguh susah atau kurang sesuai untuk masa sekarang kerana aku tidak mempunyai pendapatan
yang stabil
Tapi insha Allah mungkin Allah akan bantu niat murni aku.

Aku teringin sangat .
Tapi pada masa yang sama aku risau..
Aku risau tak mampu nak jadi ibu yang baik
tak mampu nak memberi  segala keselesaan nya
dan tak mampu nak menyediakan segala keinginan nya
Susah juga kan,
Semoga nanti dia jadi anak yang baik
sempurna dan solehah
(macam dah ada je kan hehe )
Tak pe la doa awal awal
Insha Allah Makbul.

Akan tetapi aku rasa macam tak adil
Aku tak punya kasih sayang dari ibu bapa.
dari sedara mara
aku tak ada darah daging
jikalau aku mengambil Dhia Damia
macam tak adil.
sebab aku menjadikan diri nya seperti diri aku .

kenapa aku nak kena buat hidup dia tak sempurna
kenapa aku kena mengambil dia temani aku
bagaimana nanti dengan kehidupan dia ?

Perkara-perkara ini yang selalu bermain dalam fikiran aku
aku tak nak dia jadi macam diri aku
aku tak mahu dia jadi aku
hidup sendirian
takbahagia
susah.

Tapi aku perlu kan Dhia Damia.
hmm
Aku tak boleh pentingkan diri sendiri kan ?
aku kena lupakan hasrat ini.
hmm
Patut kah aku melupakan Dhia Damia ?

0 orang kejutkan saya:

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir