Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, April 09, 2013

Mamai

Assalammualaikum.

Hai..

Huhuhu .... 
Sebenarnya malu nak cerita.
Tapi aku gagah kan jua kongsi di sini..
Sejak dua menjak ni.. Mamai aku menjadi jadi..
Dulu lain ceritanya..

Dulu aku cukup pantang kalau dapat panggilan fon memalam buta
masa tengah lena tidur..coz bila di siang hari. aku akan belek semua call log.. duration time..
Bila tenguk ada panggilan time aku tidur.. duration time kadang sampai 5 minit
aku jadi hairan. Sumpah aku tak ingat pape yang di bual kan.
Otak aku jadi blank. kejung ape semua memikirkan apa yang dah aku lalutkan.
Dan aku call la semula si pemanggil tu. dah tentu tentu dia tak kan dedah kan apa yang aku dah merepek..
Addduuhhh..

Tapi sekarang lain pula ceritanya..
Aku kalau dah lena tidur.. bila orang kejut .. aku akan marah marah dan sambung tidur balik.
Kejadian ni dah berlaku banyak kali.
Aku jadi takut dengan diri sendiri..
Umpama sikap buruk yang melanda.
Tapi tak tahu nak ubah kan macam mana.

Huhuhu. Aku tahu.. jarang sekali orang akan ganggu tidur aku di rumah.
Tapi sesekali anak buah datang rumah bermain dan buat bising.
MEMANG kena sound lah dengan aku..

Tempoh hari tidur rumah Nad.. Dia kejut kan aku..
Habis aku gawang2 tangan dan terus sambung tidur..

Begitu juga lah yang terjadi kat rumah Sue. Die kejut aku pelahan2..
Tapi aku bangun dengan terkejut. berkerut muka dan terus g kat radio..
Putar volume kuat2 . haha aku sendiri yang terkejut balik..Adui...

Dan hari ini.. kakak aku pulak jadi mangsa..
Kes ni lain sikit. kakak aku sampai sentap2 plak..
Jenuh aku nak mintak maaf. katanya aku tengking2 dia..
walhal pada mulanya aku tanya elok2..
hahah. Sungguh aku langsung tak ingat..
Ya allah..
perangai sapa lah ni dah berjangkit dalam diri aku.

ishh ..  ish..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir