Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 02, 2013

W lagi


W.. lama sudah tak becerita tentang W ..

Bagi aku dia dicipta untuk meninggalkan kenangan.
Aku pernah happy kenal dengan dia.
Kenangan yang ada semua yang happy.. TIPU !

hmm.. Memang banyak dia menyakitkan hati aku.
Memang sebelum ini aku cakap aku dah berjaya lupa kan dia. ignore dia.
Buang dia dalam hidup aku.

TAPI sebenarnya aku dah lama kalah.
KALAH dengan diri aku ini sendiri.
dan
Kalah dengan setiap permainan dia.
Aku kekadang tak pernah tahu apa mahu dia ?
DIA seronok menyakitkan hati aku berulang KALI.

dan aku seperti seorang yang NAIF dan RELA di perbodohkan berkali kali.
KENAPA ?

Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu sebenarnya..

Hmm. Sedih bila tak mampu nak menepis setiap perbuatan dia.
Seolah2 pasrah dengan segalanya.
Padahal ada jalan ada cara lain.
Tapi kalau dengan W. aku lemah.
Aku jadi tak kuat.

Puas kemarahan aku lepaskan.
Dia tetap membisu.
Dan akhirnya terus membisu.
Bila geram ni makin memudar, Dia akan datang semula
memulakan permainan.
dah tentu tentu aku yang kecundang.
TAPI AKU ?
tetap aku yang sama. tetap aku yang suka di bodohkan.

Aku benci dia.
sungguh benci.
HATI ini sakit sangat.
BIARLAH aku begini. jangan di usik lagi perasaan tenang yang bakal menjadi milik aku.

W.. Kau boleh pergi. Aku dah lama pasrah. Aku dah lama izinkan.
PERGI lah.
Jangan sesekali mengusik tenang aku.'
Aku tak mampu lagi nak menjadi manusia bodoh yang selalu kelihatan bodoh
bila bersama kau.

Aku terlalu "sakit" dengan kisah kita ini.
Biar aku sembuh dengan masa. biar aku pulih dengan kenangan.
Dan biar aku terus tenang dengan ketenangan milik Aku.

Dah la wan .. Pergi la wan.
Aku tak rayu pun kehadiran kau.
jadi usah lah kau kembali lagi.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir