Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 30, 2013

Trip kelantan

Assalammualaikum

HAHA tajuk nak gempak trip la sangat...
Tak de nya trip trip sangat.. dan macam trap sebenarnya..

Ni pengalaman kedua aku naik bas lama lama dan jauh jauh.
Dulu aku nak sangat belajar naik bas "  balik kampung " ni...

Term bas " balik kampung " ini untuk bas yang muatan ramai.. memang perjalanan jauh..
KALAU bas yang ke hulu ke hilir kawasan rumah tu dah biasa sangat lah aku naik..

Pengalaman pertama nampak sangat aku tak share dalam belog ini kan.
hmm. tak pe lah tak ada nya special pun..

Pengalaman kedua ni terasa ringan pula jemari ni nak kongsi nak adaptasi dalam
penulisan aku. biar lama tersimpan dalam ingatan. Ceh..

Gerak dari hentian putra dalam pukul 9.30 pm. Abg no3 aku yang hantar kami ke sana.
Kami pergi seramai 5 orang termasuk Aku.. jumlah ganjil.. Dan yang kena duduk single seat
tentu lah aku. dah la gap jauh gila dari mereka semua..
Aku layan fikiran je la atas bas. mengharapkan eksiden mati pun ada juga. kejam.
Bukan doa mati untuk semua penumpang. Tapi cukup lah aku yang terkorban. Aku dah capek ~

Dalam bus.. memula dengar radio je la kat handphone. Dan sampai kemana hala.
Frekuensi pun tak tahu.. Aku off  radio kat fon. layan fikiran. kekadang terlelap juga.
Usha mamat sebelah . Alahai ensem. muka putih bersih... membuatkan aku malu malu nak tidur.
HAHAHA. tapi tetiba ter fikir budak ni macam student je .
Mesti muda lagi haha lantak pi lah aku nak tidur ke ape ke.. hahah tak payah nak control control sangatlah kan. cehh.

Hajat di hati nak je call teman teman yang tengah bersengkang mata kerja di ofis.
Tapi fikir fikir balik. Mereka pun dah dingin dengan aku.
Tak pe la.  Aku sekadar kirim kan msg pada kakak yang teramat aku respek.
Respek dengan life management dia.. Aku text mintak ampun dan maaf.
Kata dah fikir mati.Tak kan lah xmau mintak ampun pulak. heee. Ikhlas aku kirim
pesanan ringkas sempena ingatan aku yang semakin menjauh..

Sesampai nya di last station. Kami turun. Seingat aku saat tu baru 6.30 am hampa sehampanya
Kami dah pesan 2 -3 kali pada driver untuk drop kami di destination yang kami ingin pergi.
Tapi kerna sikap tak bertanggungjawab. Kami tersadai..di tempat asing. no Taxi no bus. SICKK SICKK
SEJAM  jalan kaki sia sia. tempat yang di tuju di beritahu 15 minit.
CEH. TAK bertanggungjawab lagi nak menipu..
kesian mak .. jalan sejauh itu..

Semua orang  yang lalu di jalan raya .. jalan besar semua memandang kami.
MALU dah tak terasa.. kami mahu cepat sampai sebelum matahari meninggi.
sambil jalan sambil toleh ke belakang. sekali ternampak Sebuah kereta sewa aka TAXI..
kami menjerit jerit .. meloncat loncat.. macam beruk ..
Bila kereta tersebut memberi signal. lagi la kami menjerit umpama histeria..
penatnya berjalan selama Sejam tanpa henti akhirnya terbalas.

Menaiki kereta dan menuju ke destinasi yang kami ingin pergi tu teramat lah jauh
Kalau kami teruskan berjalan kaki.. mungkin ambil masa 3jam ENTAH ENTAH lebih lagi..
hee CUKUP LA TAKAT ini.

macam malas nak mengimbau pengalaman di sana.
hahah. kalau jemari ni ligat menari lagi..
Akan aku sambung ..

Insyallah..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir