Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 30, 2013

Terimbas lagi

Assalammualaikum..

Lewat pagi sudah.. Jam di pc ni menunjukkan pukul 4.44 am..
Aku memang sangat mengantok...Langsung tak tidur seharian ..
Kerana sebuk melayani anak anak buah bermain ..
Semua datang berkumpul dekat rumah aku.

Lepak .. berbual.. main PS2. bermacam macam aktiviti.
Main sakat sakat. nyorok2.. kejar mengejar. hiruk pikuk..
jeritan demi jeritan. gelak tawa

Aku happy lihat suasana itu..
Bagai terlihat diri ini di kisah lampau di zaman kanak kanak.
riang.. riang bersama saudara mara.

Bagai terdengar dengar suara Arwah - arwah..
memanggil dan terpekik2 menyuruh budak-budak tu berhenti berlari..

Sungguh aku terlalu lama hidup dalam sunyi .. sepi.
Tapi bila kerap kali bising tu menerpa..
Aku Bosan juga..Sunyi juga yang aku cari.

Zaman kanak kanak aku memang terisi dengan pelbagai aktiviti riang.
Aku bermain tanpa henti.

Saat manis

 apabila tiba di musim akhir tahun. cuti sekolah panjang.
Saban tahun Saudara mara datang bercuti di rumah.Bermalam berminggu,
Malahan sehingga Awal tahun dan sekolah di buka semula.

Manis saat itu.. Ulang tahun kelahiran aku jatuh pada bulan December.
Saudara mara memang akan datang bertandang bermalam.
Memang tiap tahun akan di raikan ulang tahun kelahiran aku..

Seronok.
Berkumpul beramai ramai.. meniup belon..
Hias rumah.. packing gula gula.
Arwah yang tersayang pula penuh dengan kreativiti..
Nak buat sejambak belon .. banyak belon sangat banyak.
Di ikat pada lampu di syiling rumah..
Bila tamat nyanyian lagu HAPPY BIRTHDAY.. maka aku akan menarik tali
yang mengikat belon belon di lampu.. LALU terlepas la belon belon semua nya
berselerakan di serata rumah..

Aku yang bergaun comel.bahagianya terasa. hingga saat ini dapat aku bayangkan.
Dulu saudara mara ku memang best.
Kami akan bermain bersama tanpa henti.
Malahan  mandi bersama.. picnic.. ke pantai sungai berkelah bersama.
Main buaian di beranda rumah.. imagine kan buaian itu sebagai rollercoaster. haha.

Pakai towel ikat di leher. ambil spender pakai di luar. Sungguh nakal kami.
Berlari lari segenap ruang rumah.. Berlagak seperti superman.
Lelaki perempuan kecil besar sebaya atau tidak.. sungguh nakal kami.

Bila " Ayah " hee. ayah ni panggilan untuk pakcik aku.. Bila reramai anak dia panggil dia ayah..
Aku turut sama panggil ayah..
Bila ayah menyuruh Hafiz solat.. Hafiz ajak kami teman.
Saat itu aku dan adik adik hafiz  masih kecil. haha. tiada pakaian solat..
Kelam kabut berlari .. cari kain batik .. pakai stokin. Amik seluar ketat buat sebagai anak tudung
biar rambut tak terkeluar..
hehe
KELAKAR  betul masa itu..
berapa kali Hafiz angkat takbiratul ihram  tapi kami asyik ketawa geli hati.
ENTAH apa yang di geli hatikan..
Sampaikan ayah mengamuk di balik pintu memerhatikan gelagat kami,.

Rumahku 2 tingkat.. Kami suka sungguh bermain kapal terbang kertas..
Koyakkan segala buku sekolah yang lama dan buat kapal terbang kertas. Berlambak lambak.
Lemparkan dari beranda atas rumah..
Yang tukang kutipnya di bawah arwah atok ku.. yang sangat mementingkan kebersihan,
Tersenyum aku imbas lagi semua ini..

Sedara mara aku ramai sudah berumah tangga.
Dan aku memang jarang sangat dapat menghadiri ke majlis mereka..
Dan aku kurang sangat dapat contact mereka.
Mereka dah terlalu bahagia berbanding aku yang serba tiada ini..

Entah mereka ingat kepada aku atau tidak.
ENTAH mereka ingat semua yang pernah terjadi ini atau tidak
Entah mereka simpan kenangan ini atau tidak..

Aku ni memang suka imbas imbas dan imbas lagi..
ENTAH LAH sampai bila.
mungkin bakal di jadikan modal cerita untuk anak cucu ku nanti,
ENTAHLAH.

Insyallah.





" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir