Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, February 27, 2013

Restu

Assalammualaikum..

Aku tahu lewat pagi ni saja dah 3 entry sudah terpost
hmm SEBENARnya acap kali aku singgah...
Tapi kalau hati terlalu tepu.. jemari tak lagi menari.
aku tak boleh paksa juga..
Tapi lewat pagi ni.. menjadi saksi
Nampak sangat aku rindu akan belog ini..

Belog ini tercipta saat aku kosong . buntu . di saat
kengkawan kejar mengejar memajukan hidup.
diri sendiri
hidup dengan kasih sayang
Dan saat itu aku sendiri.
masih sendiri dan sampai ke saat ini sendiri.


Cuma kini ,
aku punya teman. kian bercambah kian ramai.
Tapi ada satu saat kosong tetap milik Aku..

Macam tak adil ,
Tapi siapa aku untuk persoalkan keadilan.
Sedar.. waras.. normal..

Aku tak gila.
Dulu.. pernah aku runsing. kekadang aku rasa
aku dah tak normal.. kekadang aku x waras .
aku rasa macam aku dah gila sakit mental.
HIDUP bermogok lapar.
tak makan x minum x buat apa apa.
berteleku di atas katil.
baring di pembaringan...
Termenung. menangis..Berkurung saban hari,,
Siapa yang peduli ?

Saat itu ada seorang dua kawan meniup semangat pelahan.
Sampai aku jadi macam aku yang sekarang
Aku tak berbangga pun.
Aku tak berubah sama sekali.
Tiada pencapaian...

Restu Allah.. semoga ada bersama aku.
Ya Rahman Ya Rahim. restu lah aku .
beri aku semangat bersama restu mu.
Biar senang langkah ini.. pergi semakin jauh.
Jauh bersama keabadian..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir