Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, December 22, 2012

sebelum 2014

Insyallah jika umur panjang..
Insyallah bermula january ni.. aku ingin rencanakan sesuatu hasrat. mungkin sedikit usaha
untuk mencapai segala hasrat di hati insyallah..

Aku ingin sekali untuk dapat kan sesuatu pencapaian dalam diri..
dengan bantuan diri sendiri. tanpa mengharapkan orang lain. erti kata lain
aku tak mahu menyusahkan orang lain..

Aku nak selesaikan kesilapan yang pernah aku buat.
Aku tak mahu kesilapan itu berulang lagi. sungguh sampai saat ni aku kesal.
kesal teramat sangat. entah kenapa dulu aku terlampau menurutkan nafsu.
sehingga kini perkara itu tak selesai lagi. entah berapa lama lagi.
tapi aku tengah cuba untuk selesaikan sebelum 2013 meninggalkan kita.


Aku mahu dapatkan sesuatu yang orang lain dah lama ada. orang lain dah begitu mahir
tapi aku langsung tiada pengetahuan.
kan aku dah bagi tahu sebelum ini aku memang terlalu ketinggalan dalam setiap aspek.
sesuatu itu mungkin akan ubah hidup aku.
mungkin akan jadi seseorang yang berdikari..
Insyallah..

Aku ingin ubah sesuatu yang dah lama dalam diri aku.
dah bertahun aku meninggalkannya..
tapi aku nak memperbaiki diri sendiri..
memang ..memang aku tahu orang lain dah ada lebih dari aku.
tapi sekurang kurangnya aku nak sesuatu pencapaian  dalam hidup.
Insyallah , Aku harap sangat. ini hasrat yang dah lama.


dan diri sendiri..
Akan ku perbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.
supaya jadi maju.
Biar aku tak segan dan malu untuk berdepan dengan orang lain.
aku tak takut. dan aku tak risau ..
biar keyakinan ini bertambah ..
Insyallah..

Ya ALLAH mudahkan lah segalanya. kuat kan hati ni.
Tetapkan lah iman aku..
Aku ingin hidup berjaya dan bahagia dunia dan di akhirat.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir