Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, June 30, 2011

A reminder to myself





" dah lah.. mungkin kita mmg xsesuai "



.::. A reminder to myself .::.

Wednesday, June 29, 2011

stress yg tidak dapat di bendung lagi..

macam tak percaya je...
aku kemas dapur..pagi pagi buta.. 4 pagi kemas uhuhu
aku cuci pinggan2 kotor dalam sink..
aku basuh kain buruk then sidai di tempat nya..
basuh guna tgn... wahh satu pencapaian hebat. selalunya aku masuk je
dalam washer machion banyak2 kain buruk sekali gus...

aku lap meja dapur.
aku susun balik segala perkakas2 dapur sperti sedia kala...
garam tmpt garam. gula tempat gula. kicap tempat kicap..
budu tempat budu opp budu dia la... kami sume tak makan budu..
aku susun pinggan mangkuk by set..
aku tak suka guna pinggan lain lain set..
aku tak tahu laaa.
tp aku mmg jenis camni.. xsuke pinggan campur aduk.
suka 1 set .....
yg lain set aku asing kan. nak kena simpan dalam kabinet balik.
tak pun letak luar je dalam stor...

sampah aku dah satukan..
beras tinggal sikit aku dah tuang dalam bekas nya bagi penuh balik..
dapur aku dah lap.
meja makan dah lap..
segala barang2 atas meja makan aku da susun elok elok.
kain lap kaki aku dah bentang kan elok2...
minyak..kicap.. sume dah berada di tempatnya..
bawang n limau yg tak elok aku dah buang.
saki baki pun nak simpan.pastu dah busuk.
aku gak lah kena buang....
hakkktuihh.

sudu garfu aku dah masuk kan dalam bekas dia.
senduk sesama senduk.
sudip sesama sudip..
wahhhhhhh..
baru beberapa hari...
dah pening kepala otak aku tenguk dapur tak terurus....

KENAPA AKU KEMAS ???


1 . aku tak nak tegur sepah2 itu..sebab nanti dia ingat aku tak suka family dia datang pulak.aku tak nak sesiapa salah faham.. tetamu tu kan rezeki.... so aku bukan lah jaat sangat.

2 . kang bila aku tegur.... dia cakap aku pun sama pemalas plak..
mmg aku mengaku.. aku mmg pemalas..tp aku tak suka buat sepah.. secara tak langsung. bila aku tak buat sepah.buat apa nak kemas kan?.. hahahah ~ ~ kata kata seorang pemalas tegar !

3. Biar aku kemas.supaya dia nampak.. macam mana rupa dapur ni secara asal nya..
well dulu time ada arwah tok cak n arwah tok.dapur ni sangat2 bersih oke.. cuma aku je tak reti menjaga..
tapi still kemas. cuma tak bersih macam dulu laaa....

4. SEBAB PC AKU ADA KAT DAPUR. so sepenuh hari aku akan berada di dapur untuk online...
nak tenguk TV dah tentu tentu tak boleh.. sbb ada tetamu... so bila nak online. aku tenguk dapur macam ni.
MOOD aku jatuh merundum. nak buat apa pon bersemak je mata aku memandang....

5. Aku tidur rumah Sue.. esok nya aku follow Ain keluar.. kemudian aku pergi rumah Sue lagi. lepas tu pagi pagi buta aku dah keluar rumah kak mel .. senja2 balik aku terus tidur.. bangun je still sama. tak berubah pun keadaan dapur. makin selerak lagi ada lah.. . so why not aku yg kemas... tak akan aku nak keluar keluar je.. nanti orang ingat aku ni tak suka ada tetamu pulak....

oke cukup lah point point yg di berikan..
sila jangan salah faham..
aku suka je tetamu datang rumah.
aku sangat suka orang datang rumah aku...
aku tak biadap sangat dengan orang..
aku kemas rumah sebab aku tak suka rumah bersepah.
dari dulu lagi aku bukan jenis suka buat sepah dan sampah..
aku suka menda tu tersusun kemas..
 even ada habuk ke apa ke ADA AKU KESAH. BUKAN aku
yang buat habuk tu hahahahaha

AKU MEMANG PEMALAS.
TAPI AKU TAK SUKA BUAT SEPAH!
SEBAB TU AKU TAK SUKA KEMAS RUMAH....
FAHAM?????

pengalaman menjadi gila

hee. sudah lah tak tidur seharian..
terus ikut kak mel g rumah dia..
lepas tu. mengecat bilik.....
wah 1st time....
macam nak tercabut kepala aku mendongak dongak je...

plus dengan tak tidur.
rasa macam nak loya je..
aku tahan kan aje.....
nasib lah selesai jugak..
aku rasa macam dah nak give up dah nak abis kan kerja mengecat tu..
sungguh.....
macam mana lah orang yg kerja mengecat. x bosan ke?
aku yg baru 1st time ni dah rasa macam bosan terlampau..

time kak mel anta aku balik.. jalan jam...
aku pun tidur la.
tp x sampai hati nak tdur sangat.
kesian pula kak mel drive sorang2..

hmm..
balik rumah plak...
terus aku cuci kaki cuci muka tidur. lantak la cat cat yg terkena baju.
malas nak tukar baju...
bangun tdur..
terus aku online. bosan dah..
tenguk dapur ni x macam dapur.
ekceli
mak SIL aku ada kat rumah ni..
aku pelik betol aaa.....

kenapa dorang suka bangun tak tolak kerusi masuk bawah meja.
lepas tu suka sepah sepah kan apa apa atas meja...ada tin biskut.. ada plastik bgkus apa tah.
ada botol mineral kosong. bersepah sana sini. xteratur.. ada jag air teh yg da abis..ada gelas.. ada ice mould..
ada megi sana sini tak tersusun.... aishhhh ~ ~
lepas tu suka biar kan pinggan mangkuk kotor menimbun nimbun dalam sink...
biar kan bekas garam gula pepper msg tak berada di tempat nya...
pinggan yg kering pun bersusun bukan main tinggi..
kain buruk berpolon2.. (erk. dlm base kl ape ea? aku da terbiasa ckp polon2) bersimpul2 kot..

Bapak arh..
aku yg super duper pemalas ni pun tak pernah lagi la nak biar kan
pinggan menimbun2..
pakai satu. terus basuh..
dari aku dah tinggi dan tak terjengkit2 nak guna  sink tu la aku da start basuh pinggan..
dah di ajar JANGAN JANGAN BIAR pinggan menimbun2.

oh ya ALLAH. berikan aku kesabaran.
aku stress lah tenguk keadaan rumah macam ni.
SUMPAH stresss.
kenapa lah dorang tak fikir ea?
aku pelik betul la...
stress sampai di bawa bawa dalam tidur.
sampai aku termimpi2..
bangun tdur pun aku dah berkerut.....
fikir. rumah aku ni bersih ke tak..
BUBBY.....

even aku pemalas gila pun..
tak ada lah aku macam tuh..
aish..
bila pemalas bertemu pemalas.
aku lagi LEH GILA... hahaha

entah macam mana lah keadaan rumah
bila dia berpantang kat sini..
sedang kan SIHAT PUN tak reti nak rajin..
ini kan tgh berpantang..
OH GOD.... help me!!!

Tuesday, June 28, 2011

kau pernah tak rasa di hargai...

Kau yang kurung jiwa kau... kata si perompak

Kau sebenar nya sunyi kan dalam hati kau ... kata si perompak lagi

Kau bahagia ke? .... perompak berkata lagi..


Perompak bukan nama sebenar..merupakan kawan aku dari 2009 lagi..
aku jarang sgt contact nan dia since dia dah kahwin dan beranak satu..so
dia je lah yg sms aku.kalau die sms. aku balas je la..
tuk starting msg tuh.. xpernah ..
aku xnak lah isteri dia salah sangka dengan aku...


SUDAH lah perompak.
kau tak payah lah pikir bukan bukan..
aku BAHAGIA je jadi diri aku sekarang ni

pffffffftttttt :P

kau rasa...

hmm banyak tak dapat di cerita kan...
minggu sebuk aku niey..
nak tolong Sue macam macam..

nak berinai..
pergi ambik daun inai..
tumbuk inai.. pakai inai..

haha sian Sue..
aku dah bubuh inai kat jari dia.
then dia nantok sgt.
tuh la.suh amik cuti xmo..
kelamkabut gak nak kerja..


lepas dia pakai inai. dia tidur.
aku mmg tak ngantuk time tu.
aku jz perhatikan je laa dia tidur.
skali dia leh pulak peluk bantal.
adess. abes rosak inai inai kt tgn. haha
aku suruh dia pergi basuh la..supaya dapat tidur dengan selesa....

hmm..tolong sue itu dan ini.. . tp aku bukan nak kan balasan.
malahan aku xpernah pikir ape ape..

SUE risau sgt..
Sue kata : KALAU aku tetiba lupakan kau.
mesti kau layan aku macam mana kau layan fana skg nie kan?

Sue kata : KAU RASA kalau kau kawin....
aku tolong kau ke macam mana kau tolong aku?

OHH Sue..
erm... X semestinya kau yg tolong aku.
mana lah tahu kan..
turn aku nanti. ada lah sesape yg ringan tulang membantu aku....

haha macam lah aku kahwin...

Dah lah aku xpernah pikir apa apa pon.
aku tolong .. sbb aku rasa suka. seronok.. sebuk bersama sama..

itu sahaja..
pasal aku akan layan kau macam fana ke ape ke if kau berubah satu hari nnti...
dah la. xyah nk judge ape ape.
dia kawan aku yg paling aku syang.
paling aku rapat.paling aku entah la....

aku pun bukan lah jaat sgt...
dah dia yg berubah kan..
kalau kau nk berubah juga. silakan lah.
atleast aku dah berpengalaman camne ade kawan camtu..

aku tolong bukan sebab balasan utk turn aku yg tah ade ke tak...
dah la.. xyah pikir bukan2..
merepek :)

Thursday, June 23, 2011

kawan lama..

hee.. ade someone add aku kt facebook..
tenguk nama.. macam kenal..
sebelum ni pun aku tak pernah terfikir pulak nak search dia..

dia ni dulu jiran sebelah rumah aku..
berkawan dari darjah 1 kot..
kawan sekejap.
gaduh..kawan sekejap gaduh..
tapi bila gaduh...
mak dia suka masuk campur...

biasa lah budak budak kalau dah gaduh..
and aku memang memang suka menangis.
haha kuat menangis...
macam arwah tok n wan. dia orang tak suka masuk campur kalau budak budak
bergaduh..sebab dah tau sgt.. gaduh tu esok lusa kang berkawan balik...

bila mak dia dah masuk campur.
kami malas nak berkawan kat rumah..
so kat sekolah je bertegur..
kalau kat rumah. main kelip2 mata je..
sebab takut mak dia marah..
hahah macam bodoh!

Bila darjah 5 kot.. dia dah pindah rumah.
so kami tak lagi berjiran...
buat hal masing2..
sampai lah naik sekolah menengah....

Then bila dah sekolah menengah still satu sekolah juga.
cuma tak pernah sekelas lah.
tp kat sekolah menengah
jz senyum2 je.
tak pernah la bertegur sangat....
macam tak kenal pun ada gak.
masing masing dah besar.
kisah zaman kanak2 buat apa nak ingat sangat.

tapi bila dia add aku di facebook ni..
satu perasaan dah berubah..
rasa macam nak sangat kenang zaman kanak2 dengan dia..
hahaha..

mesti ex schoolmate yg lain terkejut tengok aku berkomunikasi dengan dia pasal
kanak2.
dorang mesti tak expect kitorang dah kenal lama.
haha :)
btw dia makin cantik.
n bergelar tunangan orang....
Alhamdulillah...

Wednesday, June 22, 2011

semalam....

huhuhu..
semalam pergi pasar malam n tesco..
then. balik rumah kejap..
letak segala macam barang2 yang telah beli.
lepas tu terus pergi rumah Sue..

tidur rumah Sue..
aku ingatkan.. malas lah nak bawak bantal..
sbb besar n berat sangat..
so aku bawak lah bantal kecik je..
dah Bluetooth dah bau nya ..
tapi still tak boleh tidur..

aku asyik tenguk jam jer,
12.. 1 .. 2... 3.. 4 .. aishh.. bila lah nak pukul 6 sengah nie..
gila tak sabar nak balik...
mmg selelap pun aku tak tidur..
rindu gila laa dengan bantal aku...
boleh mati agaknya tak ada bantal seminggu..
oh no.. tak dapat di bayangkan lah macam mana..

sekali ternampak novel Sue dalam kotak2..
semua barang dia dah kemas2.
maklum lah nak tukar status dah x lama lagi. dari bujang ke dah berkahwin..
aku layan je lah novel tuh.
dr kol 12 sampai kol 6.15am...
nasib sempat habis. kalau tak. malas lah
nak bawak balik..

Monday, June 20, 2011

terpaksa meminta minta

thanks abg sebab bagi duit. orang terpaksa meminta2..
nak pinjam.... tapi tak tahu nanti nak bayar macam mana..
hutang dah menimbun2..


btw...thanks..
LUSA orang bagi baki balik..
insyallah tak abis kot.even orang rasa ekceli x cukup sebenarnya..
tapi tak apa lah..
abg dah bagi.orang dah rasa bersyukur sangat dah ni.

HMM lusa lah kot orang bagi..
tak pon esok..
tguk lah macam mana :(

misteri darah...

hmm tadi baru je tadi..
baby dtg ketuk pintu..
lepas dah bukak kan dia pintu..
dia masuk kejap..then ,
dia nak balik.
so aku lock la pintu..

malas nak biarkan pintu tak berkunci..
nanti ada je la penjual kain..
penjual itu ini datang...
dah serik dah kena situasi macam tu..
malas nak layan
sbb tak ada duit..
hehe..

masa dah lock pintu pagar..
nak ke belakang balik..
tetiba aku ternampak sesuatu.....

aku ingatkan air..
tapi rupanya darah...

baby time tu belum balik lagi..
dia ada depan pagar.
dia ingatkan wayar.. dari pandangan jauh la kan..

kesan darah macam di heret....
dari sofa.. sampai ke meja makan. berpusing2 
sampai ke pintu. sampai ke sebelah luar sana...
banyak........

adui.pening kepala aku memikirkan darah siapa....
Baby cakap darah tikus or kucing...

erm..
tadi aku panggil abg...
abg pun cakap benda yang sama,.
mungkin kucing tu nak beranak..
darah dia menjejer banyak...

macam line apa je kat rumah aku ni..
dah aku sekarang dah tepening sangat2..
sebab aku lah yang kena MOP....
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
fedup..

seram gak pon ada..
darah siapa ea?
kucing?
orang?
tapi xkan la orang...

hmm..

Dia ingatkan aku lagi....

hmm tadi msg msg dengan Sue..
Sue mintak maaf pasal peristiwa dulu...
peristiwa yg di mana aku
nangis sepanjang jalan...
time ontheway nak g office last year..
huhuhu
nonstop...
hmm..
time tuh mmg bersungguh aku menangis.. tak hirau kan orang orang yg naik kereta ..naik motor
dan yang jalan kaki yang lalu lalang kat tepi tepi jalan tu.
susah betul nak berhenti menangis.
dah dalam taxi pun aku still menangis tak terhingga...
isk.......
mmg susah nak berhenti menangis time tu...
aku sedih sangat sebenarnya...

aku tak kisah dah orang nak tenguk mata aku bengkak ke apa ke ..
time dalam lift pon still pegang sapu tangan lagi...
aku seboleh-boleh paksa diri aku supaya cool..
tahan nafas kejap..supaya air mata tak menitis..
tapi gagal....

sejak peristiwa tuh..
aku tak pergi office dengan Sue dah..
aku tak msg n call Sue.
buat hal masing2..

Tapi Alhamdulillah..
tetiba je kitorang rapat balik..
semua jadi mudah..
persahabatan kami masih kuat kot...

Semua nya sebab aku kena marah..
tp aku terpaksa cakap lah..
tuh bukan salah aku pun.
aku dah cuba dah untuk adil...
yerlah dua dua kawan aku...
dah cuba dah untuk sesuai kan diri..
dan amik hati masing2..
tapi atlast.. aku jugakk.aku jugak.
hmm...
susah jadi aku ni...

antara kawan masuk kerja sama sama.
dgn kawan yg baru masuk kerja.
tp kawan yg baru masuk kerja tu..
rumah dia belakang rumah aku
n dia plak same floor dgn aku...
lunch ..solat n balik sama sama dgn aku..

dilemma time tu..

dah la. malas nak ingat..
rasa bodoh sgt jadi terlalu SENSITIF..
sedangkan orang lain tak fikir sangat pun perasaan kita..

dah dah
mulai sekarang..
kena kuat !

kita makin jauh ..

tak tahu di mana silapnya..
hari ke hari.. aku dapat rasakan.. makin hambar.
dah tak sama dah macam memula dulu... 
kenapa ya?

kalau aku silap.. terus terang jer lah.
aku ok je... 
tak suka lah kalau dalam hati ada rasa tertanya tanya macam ni..
silap siapa?
apa salah aku?
kenapa jadi macam ni?

dan aku pun satu..
tak boleh nak buat biasa.
buat semak otak je asyik nak fikir hal yang remeh temeh..

Remeh temeh ke?
alaa macam lah tak biasa macam ni..
dah selalu sangat kena macam ni kan..
kalau ye pon. buat apa nak kusut kusut lagi..
touch n go.. hahahaha
(bercakap pada diri sendiri)

sebab dah biasa kena macam ni lah..
aku asyik tertanya-tanya..
dan conclusion dia satu jer....

Lelaki tu sama je :)

well lelaki?
ada tak yg nak argue ni?
hehehe


hmmm...

saya dah dewasa ! tapi....

Hmm aku turut sama terunsing bila melihatkan kawan kawan yg
runsing..

runsing pasal apa ea?
haha pasal jodoh..
kejapkejap nak smallest kan lagi perkataan tuh :)

hmm
aku percaya J..
aku percaya J dr Allah..

hee oke lah bukan nak cite pasal aku pon..
aku tak ada pengalaman meluas dlm hidup lagi.
pngalaman dlam hati n perasaan pun tak ada!
sungguh tak tipu... :)

mereka2 .. aka kawan kawan...
risau..rungsing.. kusut memikirkan jodoh masing2 ...di kala umur dah mencecah 20an.
teman teman yg lain sebuk berutus kad jemputan. tunang. kahwin.. tema itu .. tema ini..cam best :)
dan
di kala teman teman yang lain dah mengendong anak..mengusung perut.. haha ada lagi ayat yg sesuai tak?
lalu teman teman itu telah publish pic kt facebook..

album name.. hari nikah
album name..majlis belah lelaki
album name.. honeymoon kat bali
album name.. anak sulung ku.. mohd dineymickey ..
album name.. sambutan hari jadi mickey yg setahun
album name..  dineymickey 1st day ke tadika

wahahahahahahahaa.....
UNTUNG KAN hahah
yang tukang tengok plak ..
runsing runsing runsing.. dan runsing ..

dan lain plak cerita kita..
hidup still tak ada peningkatan dan erti kata lain..
macam aku.. tak ada perubahan.....

tapi aku OK :)


masalah nya bukan pada aku..
TAPI
pada kawan2 yg runsing dan risau tuh..
erm.. bf dah ada. tp still risau..
risau kenapa ya?
tak dapat lagi aku selami perasaan dorang....
cer citer sikit pesal korang risau sgt..
relax laaa..
rezeki masing2 kan :) hahaha..

cepat atau lambat..
Insyallah. kita mmg dah d jadikan berpasang-pasangan..
kalau bukan J di dunia..
Insyallah.. J di akhirat :)

Renung renungkan.. dan selamat beramal :) peace yawwwww haha :)

Aku pun nak runsing gak laaaaa.. 

.::. Weyh.. aku ni dari tulang rusuk sape ni... .::.

Sunday, June 19, 2011

perancangan hari esok ?

rasa nak kemas rumah..
tapi bila da weekday..
aku rasa nak kemas rumah weekend..
tp bila weekend.
aku akan terpikir..


kenapa nak susah susah ni..
macam aaa senin selasa rabu khamis jumaat tu aku kerja..
kemas je lah hari isnin selasa rabu khamis jumaat ..

bila dah lepas lima hari tersebut,.
aku rasa macam...
LAA. KEMAS JE LAH HARI SABTU AHAD.
kang boring.tak ada menda nak buat plak
pada hari sabtu dan ahad...

tapi kan.
SEHINGGA HARI NI AKU TAK BERKEMAS RUMAH..
aish..
perancangan demi perancangan.
APA PON X BOLEH..
erkkk.
nak salah siapa ni?

KEMAS PADA HARI RAYA.confirm...
hahaha

yesterday yesterday yesterday 9

Hmm...Aku takowt Kew?
08 MARCH 2009




Hmmm… sampai bilaa nak bermalam kat umah Mak? Setakat nieyh dah 3 malam Aku tdow kat sane.. Wow0.. mmg kek0k. rase cam ta lenaa jerk tidow Aku.. Malam pertame .. Aku mmg ta leh tidoww. Sbb bantal kesayangan Aku ta adew di sisi.. tah camne tah.. Aku tunggu Kol 7 pagi.. teros Aku balik umah. Bantai tidoww kat umah ag besh.. Malam kedua.. Aku bawak bantal.. tp Aku mmg ta dapat tidoww.. Aku tunggu Kol 7 lagik.. Aku teros alik umah..


tidoww kat umah smpai ke petang.. hurm.. kekok nye nak tinggal kan umah Aku.. susah nye nak tdoww kt tempat len.. Malam ketigaa pown same.. Aku terlelap sejam duaa jerk. Pastuh Aku mmg rase cam nak balik umah.. tp Aku takot.. adessSsS smpai bilaa lar psaaan takot tuh nak ilang dari diri Aku? Hurmm.. ni sume pasal Abg C Aku laa nieyh. Hurm. Nape laa bukak citer. N bg AKu dgr skali..

Abg C : Mak.. C duk dgr2 ade orank cam masok dalam bilik Kosong kat atas tuh.. C cam dgr bunyi2 orank bukak pintu. Orank lari2 kat atas.. Dah lar C tgh ta sehat nieyh..

Mak : Yer ker?

Abg C : Yer Mak.. C cakap “ korank jangan KACAU Aku.. Aku ta sehat nieyh “ Dgr bunyi2 ketok2 laaa.. C tau xder orank.. mane ade orank kat atas tuh.. .

Mak : Tuh laa.. Dulu arwah Bapak Kau pown ade dgr jugak.. mase nak dekat2 Die meninggal tuh laa. Die citer Kat Tok. Die dgr ader orank cam tepok2 lantai..

Abg C : Tuh laa Mak. C pon dgr jugak dalam bilik tuh. Ni C nak tumpang tidow sini lar Mak.. Badan ta sehat nieyh.. Karang pikiran terganggu..

Mak : Hah yer laaa.. Et Kau pon nak tidow sini skali ker?

Aku : Tengok laa dulu Mak …

Abg C : T.. Kau ta dgr ke kat bawah? Bunyi2 ape ape ker ?

Aku : Ader dgr gaks Abg C .. dgr cam bunyi orank tarik2 meja.. pastuh cam bunyi dumm dammm bnyik mende2 jatuh ,, cam orank tgh kemas2.. Et pikir Abg ngan Abg Lan tgh kemas2 ke atau wat ape ape ker..

Abg C : Hah.. Kau pon dgr? Mende tuh laa.. Abg ane ade wat ape ape malam2…

Mak : Tuh laa. Si D tuh pon bising jerk.. Die ingat kan Korank kat atas wat mende ape malam2 ta tdow.. smpai kat umah Die pon dgr jugak..

Aku : Laaaa. Abg D pon dgr gak ker? [ yer laa mesti laa dgr. Umah Die. Bawah bilik Abg C.. , DAN Bilik Aku bwah bilik Kosong depan bilik Abg C ]

Adesss tetibe takot.. Aku yg selame nieyh tdow sensorang kat bawah. adessSs.. Bile nak berani alek nieyh . Sumpah Aku kek0k tidow umah Mak.. ta selesaa.. ta leh lenaa tidow Aku..



----------------------------------------------------------------

.::. aku rasa nieyh lah dugaan yg agak hebat lah pernah melanda hidup aku..
time ni aku x taw camne nak handel perasaan takut..sungguh aku ni sgt penakut..
aku takut sgt.. camne nk neutral alek perasaan aku.camne nak hadap sensorang..
camne nak terus stay sensorang dgn perasaan berani berani takut..
Alhamdullilah.dah terbukti sampai skg...
aku BOLEH. aku boleh hidup sensorang even masih ada rasa takut takut..
LARHHH. KALAU TAK BOLEH PON! XDE SAPE LEH TOLONG KAN ? 
aku mmg kena tolong diri sndiri. atau erti kata lain. aku kena paksa diri sendiri juga utk berani .::.


.... Amalkan ayat qursy dan al fatihah sebelum tidur. selepas solat.. sebelum masuk rumah baca bismilah 3x.. bagi salam.. n cuci kaki... ... Alhamdullilah :)

yesterday yesterday yesterday 8

Geeerrrraaammmmmm..
13 FEB 2009



Hmm.. Setiap ari sens0ranG dalam umah, ank2 buah semua ta m0leh harap. Pantang Aku leka sikit jerk. da bawak mas0k kawan dalam umah... yg si kawan kawan derang tuh kalaw yg senon0h sikit ta ape laa. ni sepesen jerk nan derang. Pandai datang umah orank, ta pandai alek. siap nak tidoww umah Aku. Kalau Aku bersuara sikit, Sume ta suke. sume mencik Aku. k0n0n derang nak tunjuk sp0orting konon. hahaha vod0 laa kalau nak spoting nan cara cam g tuh. Kawan2 anak buah Aku laki, Aku ni s0rang dalam umah. Selambek jerk kawan2 Die tidowww ta hengaat ke Aku ni pompan dalam umah tuh.. Yg si Orang Tua tuh. ta ke rase nak marah? Aku skrang kene jadik manusia yg tot0p mate, pekak kan telinga. smpai bila Aku nak tahan?


Ngeee. Ade plaks satu ari tuh. Aku mangun pagi2 nak mukak pintu tingkap. tetibe nampak ade manusia lelaki yg tgh membuta baik punya! dgn pel0k bantal lagik. pergh.. terkejot ber0k Aku. dak tuh mukan anak buah Aku. Aku teros kuar umah.. cam syiaLLLLL ~! ade plak mangkok ayun mane tidow dalam umah Aku. mmg lar Dia tuh mmber anak buah Aku. tp ank buah AKu tidow umah Dia, yg kawan Die tuh . selambek jerk terb0ngkang kat dalam umah Aku,, Aku g tau kat Mak.. Mak rep0rt kat Akak ipar Aku. tp wat bod0 jerk.. syiaLLLLL.. ingat Aku ape dalam umah tuh? sesuka ati jerk nak wat umah Aku cam tuh.. p lar marah ank kO !ni ta.... dendiam jerk.

Urm. tensi0n. duluk ade Tok nan Wan. Aku enjoy jerk dalam umah. skrang cam Aku menyewa bilik jerk, ruang tamu. p0wn x moleh nak baring senang lenang.. langsung ta pikir pasaaan Aku, Dulu ader Tok nan Wan. Aku bebas wat ape jerk. Kate Tok .. tuh umah Aku. tp Aku cam ta rase pown ni umah Aku. sbb bila Aku bersuara sikit, sume ign0re Aku, cukup laa pengalaman bulan p0se dulu, Aku x kan lupe sampai mati ! kalau laa xder Hari raya ! mesti smpai skrang dorang wat Aku ta wujud jerk !


Mmg Aku ade hajat, nak kuar darik umah ni, tp Kewangan Aku ta stabil, Aku harap Aku dapat kuar darik umah, sem0ga derang ta rase Aku ni teros mengemis nan derang. Ader kawan pon .ampessh! yupp dulu Aku senang. thank dekat nan Aku. n sekrang Aku susah. tthanks gaks jauh2 darik Aku, atleast sume tu bg kesedaran yg Korank sememang nya ta layak jadik kawan2 Aku ! mgkin Aku ta memahami k0rang. tp Korang pon ta memahami Aku ! ta penah cube paham ! hahaha da lar, paham memahami Aku mmg mustahiL!


Setiap malam Aku kene check pintu, sliding dOOr, tingkap. gate ,sume kene pastikan berkunci..Dulu Tok nan Wan jek wat. Aku berasa selamat jerk setiap malam2 Aku. Tdoww dalam selesa dan selamat. Tapi skrang. kalau Aku da pastikan pintu bekunci pon.. Anak2 buah haprak Aku tuh, mesti sesuka ati jerk bukak. pastuh kekadang ta koNci alek. huhhhhhh.. perasaan Aku ni geraaaaaaamm sangat2. tp nak meletoP kan nye cam ne erksSs? Aku sakit ati sebenar nye..... nak marah kan derang. nanti AKu yg sakit. mukan Aku ta mo melawan. tp Aku tau.. Aku ta menang cam dulu, Dulu Tok mesti berpihak nan Aku,, Tok.. rindu Tok sesangatt,

Sungguh ! rindu sesangat, Aku mencik nan keadaan sekarang, Aku ta moleh menang cam dulu! Aku kene jadik sorank yg xder peraasaan. Aku moleh tguk jerk. Perhati jerk ape mereka buat. Aku ta moleh j0in, ta moleh komen. ta moleh meluah kan. cam patung. hah cam tuh laa Aku..


-----------------------------------------------------------------
.::. Alhamdullillah.. aku rasa.. aku makin Ok...
aku x stress sgt macam dulu..
aku makin cool.
aku makin kuat nak faces suma yg berlaku ni.... .::.

nak gelak : : HA HA HA HA dah macam karangan berapa perenggan je :) lawak plak... dulu nya style  :P

hari minggu saya ...

setiap hari adalah sama dgn hari minggu @ ahad :)

bangun lewat..
online.
tengok tv...
masak..
makan..
tidur..

apa lagi ea?


7 hari seminggu..
dan 7 hari tu aku still dalam rumah..
tak keluar g mana mana pun..
paling jauh aku kluar pun...
g kedai depan  lorong rumah...
eyh tu untung lah aku still keluar g kedai..
dari terperuk je dalam bilik....dalam rumah....

time aku Down dulu....
seminggu lebih berkurung dalam rumah..
dalam bilik..
paling jauh aku berjalan dalam masa seminggu tu
adalah beberapa langkah dari bilik utk pergi
ke pintu masuk rumah....


ramai bertanyakan...
TAK BORING KE ADA KAT  RUMAH JE HARI HARI?
TAK KELUAR KE HARI NI?
TAK G MANAMANA KE HARI NI?
BUAT APA JE HARI NI?


simple je jawapan..

boring memang la boring. tp nak buat macam mana kan..
memang kat rumah..
hari hari ada kat rumah..
tak ada buat apa pun..
buat routine yg sama tetiap hari..
kalau orang ajak kluar... baru lah keluar.
tu pon depends gak.. pada mood. pada masa. pada duit. hahaha


heee macam tak ada life..
sighh..~!

selamat hari bapa !

wah.....
patut lah bila HOME fb jer  news feed
semua sebuk wish father's day..
ouh arini hari bapa :)


honestly..
aku pernah tahu hari bapa tuh mmg wujud dalam kalendar tetiap tahun..
aku pernah tahu juga hari bapa akan di sambut selepas sambutan utk hari ibu..

tapi aku xpernah igt specific date..
grr..
sbb aku tak pernah sambut..
sbb aku tak pernah wish pun
selamat hari bapa utk bapak aku :(

Seronok baca kenangan2 orang lain bersama bapak masing2..
ada yang post pasal ayah dia hantar pergi sekolah..
beli prezen..ayah yg sporting. hey macam2 lah aku baca
sangat seronok...

tapi aku?
aku mmg lah ada bapak. kalau tak aku nk binti nama aku ni ngan nama sapa lah plak?
!#$%&^*$$@^$& (luahan perasaan dgn bahasa yang tak di fahami ) :((

hmm masa kekecik dulu..
aku tak ada banyak kenangan pun dengan arwah..
erm.. x rapat pon,.
tapi ada gak lah sedikit sebanyak memori yg aku tak boleh lupa..

so kira nya aku pun macam orang lain juga lah kan.
ada kenangan besama ayah ?

masa kekecik dulu....

Dia suka conteng tgn aku...
dia buat lukisan JAM kt pergelangan tgn aku
hahahaha..

salah satu nya lah kan yg aku masih  ingat..

pastu dia suka cakap...


" mak kau tinggal dalam hutan . duk tepi longkang "

erm. kalau dia cakap camtu..
mesti aku cam merah mata je..
sedih la orang cakap mak kite camtukan.
well dont judge ape ape la..
dgn ayat di atas..
 is based on situation.dia bukan marah or mengejek. tapi
lebih kepada MENGUSIK..
hmmmmm.......

Erm mase kekecik...
eyh asik cite mase kekecik je ..haha
ye aaa.. mase kekecik kan aku still x tahu kisah sebenar :(
bila dah makin bsar. n makin tahu..
entah la.....
#@$@^&^&&*##@$@$ ( layan perasaan sendiri kejap )!

:((

alahai... tak tertype dah aku niey. :(

kalau aku berdiri tepi meja..
dia suka tolak blakang lutut aku..dgn kaki dia.
mesti rasa macam nak terduduk n terkejut..
alaa dah lama tak kena camtu..
lupa dah feeling dia mcam mana. heee

bila toleh belakang je..
dia buat muka tak tahu n serius..
erm. so aku pun buat muka tak tahu,.
tak ada nya lah nak manja2 cakap..


 " eyh bapak yg buat ea kt orang td "

 hahaha buat tak tahu sudah.
cam tak da kena apa apa..
pdhal dalam hati.masih terkejut. sbb rasa mcam nak teduduk je..

ermm aku mmg takut ngan dia...
masih igt..
kalau dulu dia balik dr mana tah.
dia jarang ada kt rumah.
lagi pun aku tak kisah pun dia ada ke tak.
sbb yg jaga aku arwah wan n tok je..

tapi bila dia balik.. kereta dia sampai je.
kita mcam ada feeling2.

" yeah... yeah... bapak aku dah balik "

tapi dalam hati la..
tapi still nak tnjuk gak tuh.
berlari g kat dia..


" bapak nak seringgit "

" dah kau g main jauh2 lah "
jawab nya

entah kenapa lah aku ingat..
hee tp kadang dia bagi gak duit.. 

tguk mood dia gak laa.. 
well serius aku boleh igt..
time tu aku  kecik lagi. pakai gown...
die naik kereta proton saga kaler putih..

hmm..
bnyk pahit yg aku igt dr manis..
tak pe lah.
xde ape pon nak kenang lgi..

komunikasi kami x baek..
xmacam orang lain..
aku pun bukan anak dia kan..
so x kisah la cm tu..

aku pun tak kecik hati ngan dia. since dah tahu pekara sebenar..

cuma apa yg kita lalui masa kanak2 tuh.
trauma. fobia. ketakutan.. 
gurauan.happy
 boleh bawak effect sampai ke besar.
serius..
boleh ingat !

sbb masa kanak2. kita tak dapat pikir sebagaimana cara orang dewasa pkir.
so bila aku pkir2 balik..
saat dulu aku macam nak perhatian dia plak konon..

dulu laa saat kecik2..
saat macam kita nak rasa macam mana rasa nya bila orang lain ada ayah.
kita pon nak ayah kita macam tu juga...

tapi aku x pernah salam n cium tgn dia pun..
 xpe lah..tak yah nak ralat sgt la kan..
aku mmg mmbesar tanpa kasih sayang seorang ayah pun.
sbb aku xpernah ada ayah..

hey tapi aku ada  pakcik.. aku terikut panggilan anak dia panggil ayah..
so aku ada ayah juga la kan..
eheehehe gila sedih menumpang ayah orang...

tp xde la rapat pon. jz pangillan ayah je..
erm...

dah mmg tertulis takdir aku..
mmbesar tanpa kasih sayang seorang ayah..

oke lah.
btw ..
nak ucapkan..
happy father's day 
tuk semua ayah ayah.. abah abah. bapak bapak. babah babah daddy daddy papa papa..
semoga menjadi AYAH CONTOH kpd anak2 korang...

lagi apa ea korang panggil ayah korang?
hahahaha sory aku  x alert..
agaknya seumur hidup aku.
boleh di kira je wape kali aku panggil bapak.
wape kali panggil ayah....

but im OK !
INSYALLAH :)

apa yang boleh kita buat selain ?

TERMENUNG?
BERANGAN?
ONLINE?
TIDUR?
SMSing?
TGK TV?
MAKAN?
BACA NOVEL?
BARING2?
 

ape lagi ea?
eyh ni je la kot routine..
aishhh
dah makin boring...
asyik buat benda yg sama je kan..
tak ada lagi yg mencabar ke?
so apa lagi nak buat?

TERINGIN nak ada hobby baru..
activity baru..
tapi apa dia ea?
IDEA PLS....
(pikir dlm2... pikir sampai gila ^ ^ )

Saturday, June 18, 2011

Senyuman hari ini

Thanks You so Much to MS :)

Hee..pagi pagi dah di kejutkan dgn fon call dari mak.
eh eh pagi pagi ker?
12.24pm ?

mak suruh g rumah amik surat ...
tapi belum buka pintu lagi
mak dah sampai depan pintu rumah..
aik mak lagi excited rupanya :))


ehem2...
Ouh patut lah hari tu Ms mintak alamat lah.. nama .. number fon :)
rupa2nya ada something..

n rahsia x selamanya jadi rahsia kan awak kan ;) hehe



SO secara officially nya...

-


 -  
   

-


-





-




2011 pun aku ada diary juga :) yeaaa...




Domo's diary :) THANKS  Ms :)

secara tak langsung menjadi orang tengah

hai ..alahai...
ketiga tiga nya kawan aku..
yup tiga tiga..
eyh empat2 lah.. coz yg sorang lagi twin kan..

hmm bukan masalah besar bagi aku.
tp bila jadi orang tengah..
konsep pertama.
org tengah KENA JUJUR..
xleh putar alam....

sbg org tengah  juga TAK BOLEH MEMIHAK PADA SESIAPA.
dan konsep2 lain tu. entah lah..

bagi aku bukan masalah besar pun.
sbb aku bukan terlibat secara langsung kan.
hee. aku jz tetiba je aku terlibat sama.
sebab aku terlibat ialah.
KEEMPAT2 NYA kawan aku..
yg duaorang tu kawan baik sgt.
yg sorang lagi tu boyfren kawan baik.
yg sorang lagi tu  kawan dr skolah rendah..
yeaa SEMUA KAWAN aku...

n yg paling penting aku jz citer
BENAR2 belaka...

cuma yg jadi masalah nya,...
aku x igt plot cerita..
x igt latar masa.. latar tarikh. hari berapa..
wape aribulan.
aku xleh igt in details la.
kalau naik court ni..
bagi statement salah.
terkencing aku kot..

hahaha.
tu yg susah.
aku skg cepat pelupa...
ermm..

harap2 xde ape lah yg berlaku d antara dorang.
xde menda serius lah yg berlaku.
susah bila keempat2nya kawan2 aku..


alahai kecik dunia..

Friday, June 17, 2011

novel library baru di pulangkan.

Pandai pinjam...
nak pulangkan.. asyik delayed je....
sepatut nya 25 may dah kena pulangkan..
tapi busy.
ceh busy......
darurat haritu membataskan aku nak follow ain g library tuk return novels...

so aku ingat boleh laaa gigih naik bas g pulangkan..
tapi tak terpergi2 juga...
sampai lah ke arini...
eyh maksudnya sampai lah ke hari khamis 16 june niey.
 aku pasing kat ain je lah.minta tolong dia pulangkan..
lagipun dia nak stdy kt library,,



so kena bayar rm 3.60  denda lewat..untuk dua buah novels.
satu novel bersamaan berapa ea?
malas nak kira lah..
denda tetap denda....
so bayar je lah..
salah sendiri pun...
satu hari seposen..
cuba satu hari seringgit..
mmg seram lah nak peram buku library lama lama...


btw thanks AIN.. sudi tolong hantar kan....
padahal ruangan stdy n pinjaman dah lah jauh gile...

THANKS :)

solat terawih :)

erm kenapa lah tetiba rasa rindu nak solat terawih ni....
1st time dpt solat terawih time form 1...

time darjah 6.. nak g masjid pun xleh.
takut kene culik.lagi pun kuar malam kan ..
bahaya....
well arwah tok sayang aku sgt sgt.
nak kemana2 pun susah..

pastu... form 2 dah ada geng terawih..
aku .. farha n sue.

solat sekejap je. melepak lama..
kalau leh macam nak sahur same same...
haha gila :)

sebelum solat n sesudah solat..
keje nye asek nak,,
usha usha budak2 laki skolah laen ..
amik saf depan sekali..
alahai dulu akal pendek :(

abaikan je la part ni.malas nk igt.
tp susah nak lupa hahaha.

tapi skg....
x g terawih dah nan farha..
last year dapat sehari je terawih nan sue.
sbb tuntutan biz cookies utk raya ku :(

TAHUN nieyh mesti beza teramat beza..
sue dah begelar seorang isteri ...
mesti laa. aku xde geng nak g terawih....
bukan xleh nak jalan sorang..
tapi takut kena baling mercun........

SERAM... huhuhu

semoga aku masih ada peluang tuk merasai bulan ramadhan pada tahun ni..
Insyallah aku nk berterawih.xkesah lah even aku g sensorang ke..
Semangat kena kuat kan..
lagi pun.. apa nak buat malam2? sensorang2?
baik g terawih je kan..

Thursday, June 16, 2011

menjelang hari pernikahan dia

hee excited plak aku..
hujung bulan ni nanti..
kawan aku bakal bernikah..

tugas aku memakaikan dia inai..
wahh pengorbanan ni..
ye laah... dah pakai kan die..
mesti laa jari sendiri pun dah terkena..
dan termerah juga..
alaaaaaaaaaaa......... 
nnti kuku nak putih alek.. jadi lambaaaaaaat sgt. erm

isk..
aku ni.. suka kuku kaler putih cam skg..
kalau ade inai....
mesti makan setengah tahun juga lah.
baru nak totally ilang.. n jadi putih sperti biasa alek..
coz kuku lambat nk pjg..

tak pe lah kan..
skg ni time die kan.
so aku tolong lah die pakai kan inai....hehehe
nnti time aku plak
hahahahhaa
ferasan :)

Gerhana bulan 16 june 2011

Hee sedang aku online td abg panggil
kt depan pntu umah.
aku kluar je la,,
nak tguk gerhana kan...
dah setup telescope n handycam..
aku jz gune telescope je..
terkebil2 mate aku nak tguk camne.
nak kenyit mate sebelah lagi.
automatik molot tersengih...
haha

skg ni jam menunjukkan kol 3.11am..
alahai aku cakap kt si dia tu nak tdow kol 2 am..
hee :)

hee mission penting la td
dgn nyamuk bagai...
oke..
apa yg aku nampak?

oke aku terpacak kt luar rumah nan abg aku
dri kol 1 lebih camtu laa kan. nk dkt kol 2..
pastu time tu nmpak clear je bulan..
pastu tetiba cam ade garis luruss cahaya.. n hilang.
pastu

nampak dah cam samar2 kegelapan dalam kol 2 lebih..
pastu di ganggu dgn awan2 berarak..
tetibe dah kelam. mendung.
bulan dah samar2.
nyamuk makin banyak.
batal kan aje lah mission tu td..

dalam kol 4 lebih ni aku nak kluar alek kot.
nak tguk lagi...
kalau tak tetid0w la kan..


SubhanAllah!

Wednesday, June 15, 2011

susah nak lupa

1st time kot tadi tenguk orang bertumbuk live depan mata aku..
adess. aku terasa cam pp aku plak yg kene tumbuk.
setelah beberapa jam peristiwa tu belaku.
melupakannya tidak..susah sgt... aishhh..

aku risau,
aku serbasalah.
aku lah si pengadu tuh.
aku lah si penyebab sume ni berlaku?
tapi patut ke semua ni letak kan di kesalahan aku seorang je?
erm..
bukan aku yg buat pekara tu

kenapa ada rasa macam ni?
macam mana aku nak berdepan esok?
mmg la dia ank buah aku. yg muda tegur yg tua..kan..
patut nya. dia lah yg risau..
dia yg bersalah.dia yg serba salah.
bukan aku kan?
bukan aku kan?
tp aku?

aku terlalu pikir sgt hal ni.
camne nak lupakan ni?
alahai payah nya..
trauma ke aku ni?
ermm

tah tah org yg kena tumbuk dan menumbuk tgh relax2 saja baring2 atas katil dan tido.
tapi aku?
ermm..
ayayayaya

kehidupan dulu

Aku rindu life yg dulu..
life masa kecik2.,
semua nya smooth .. terkawal..
dan tenang je..

tenang ke?
erm. mgkin sbb budak2 kan.
budak2 mana ada masalah.
even x leh pergi tmanpermainan pun.
still happy main ape ape mainan dalam umah..

semua orang boleh dgr cakap.
semua orang boleh disiplin.
semua orang bersatu di bawah keras suara nenek aku..
even x semua cakap die org dgr.. xsemua arahan die org ikut.
tp masih ada rasa hormat.
masih ada rasa patuh akan nasihat.
even ada yg terbabas juga nasihat2 yg dia bagi..

sungguh.aku rindu betol saat macam tu..
erm.. 3 tahun dia pergi.
skg dah nak masuk 4 thun dah pun..
aku still x biasa..
aku still kekok.
aku still x biasa rasa sunyi macam ni..

aku takut sebenarnya.
takut tak ada yg sokong aku.
takut aku yg di persalahkan..

dulu lain..
dulu ada orang kuat.
semua perkara dia nyebelahi aku..
semua perkara dia sokong aku.
semua pekara aku betul.
dan budak tu salah....

tapi aku tak pernah usik orang  pun dulu.
aku budak baik kan.

alahai hati..
mmg terlalu kerap imbau kenangan kan.
angan2 yg di cipta.xkan sama dgn mimpi yg menghantui...

takut berdendam

erm agak agak dia dendam ngan aku ker?
dia leh senyum n tegur aku lagi ke?

setelah aku jadi pengadu kegiatan dia?
setelah dia kena tumbuk berkali2 n kena ketuk kepala?
ermm gara gara aku?
eyh gara gara aku ke?
yelah kan ..sbb KAU jadi pengadu kegiatan dia, :(
salah aku ker?

salah aku ke nak banteras semua ni?
banteras? ayat cam x kena je?kn? huhuhu

salah aku ke?
ermmm..

ya..kita tak patut menghukum..

mulut oh mulut.
(becakap pada diri sndiri )


adui..
sudah sudah lah tu.
hentikan perasaan geram
kenapa aku geram?
kenapa aku seakan xleh control perasaan aku?
ada apa dgn semua tu dgn life aku?
dgn sejarah hidup aku?
entah lah.
aku xleh jawab semua tu..
mmg aku selalu tanya menda tu kt diri sndiri..
mmg aku xda jawapan pun.
satu pun tak ada..
sigh~ kusut .

kenapa aku jadi macam ni?
kenapa aku masuk campur hal orang?
kenapa aku jadi pengadu?
kenapa aku sebuk sebuk?
kenapa aku jadi pengadu ? ( haa ulang ulang ulang ulang lagi. kenape ) ermm.. 
kenapa aku terlepas sesuatu perkataan kt budak pmpn tu tadi.?

EEE KO NI DAH LAH BARU 13 TAHUN dah mengatal.
n blablablablablabla..



adui....
kita xpatut hukum orang kan..bukan kita..tapi...
AKU AKU AKU AKU AKU AKU AKU AKU!

aku salu camni
bila dah buat BARU NAK TERPIKIR..
walaupun tak teruk mana aku becakap.
jz 1 ayat je..
tapi.........
AKU X PATUT ..
bukan aku yg layak cakap camtu...

ermmm.
oh tuhan..
lepas ni tolong buang hati dan perasaan aku .
aku malas laa nak ada hati n perasaan ni.
buat aku kusut je pikir pikir..
rasa rasa.serba salah la apa lah semua lah
kusut ouh..

kawan aku cakap

erm.. kawan aku kt ofis dulu tu ckp kan.

 hee tetiba je ingat dia plak.


 ermm dia cakap..

" kalau perangai kau macam ni.
nanti kau ada anak.. anak kau plak balas kt kau lebih teruk dr pangai yg ko buat skg ni "

so dia cakap...( entah la die cakap camni ke. atau aku pandai2 tukar maksud die ke ape tah )

" makna nya sekarang..
perangai kita skg ni...  adalah dr perangai mak ayah kita dulu..
so jgn lah salah kan kita..
dah mmg mmg pangai mak ayah kita yg camtu dr dulu... "

erk?
ekceli aku x wape paham kupasan die.
sbb time tu aku X POKUS apa die cakap...
tapi die cakap lebih kurang camtu lah kot..

haha..
entah lah ..
tapi aku ingat time die cakap



" kalau perangai kau macam ni.
nanti kau ada anak.. anak kau plak balas kt kau lebih teruk dr pangai yg ko buat skg ni "

 tu jer. hahahaha..

aku silap ker?

to be honest..
pada diri sndiri.
aku x suka ..
xsuka dan x suka dan mmg mmg x suka dgr citer pasal
anak luar nikah.citer pasal pmpn ikut jantan alek umah.
jantan bawak pmpn alek umah..org buang bayi ke ape ke..

aku x taw lar pasal apa.
tapi aku mmg ada perasaan geram..
geram yg terlampau geram..
cam masalah tu aku create sndiri plak kan..
geram pasal apa pun aku x taw.
kadang aku selalu nasihat kan diri sndiri..
" jaga mulut tuh.jgn amik tahu hal org. jgn sebuk hal org "
but in the end..
mesti lain yg jadi nya.
kenapa aku mcam ni?
cam xleh control dah pasaan tu..


and tadiiiiiii..
yer tadiii. baru tadii...
aku da tereport..
tereport kegiatan ..
si anak buah aku bawak alek pmpn kt abg aku.
erm. bukan nk aib kan sesape pun..tah lah..
ni bukan yg petama kali. dan dia bukan nye ank buah petama yg buat camni pon. e
erm...
mula mula aku da lama taw..
tp aku xnmpak nan mata sndiri.
bila da tguk sndiri.
aku rase GERAM..
geram yg tah mane dtg nye..
geram dr perasaan sndiri?
or geram dr perasaaan yg d bisik oleh setan.
erk.
entah lah......
 xtaw nk kupas kan camne perasaan geram tuh.  :(

she jz 13 yrsold..
alahai.spender pun still mak ayah die beli.
modal yg sama..asek cakap pasal spender je.
haa ye la. menda yg kecik tu pon makayah die beli.
tp dah pndai ikut alek umah laki..

sampai x balik blik umah die.
bermalam umah lelaki,
lelaki sahaja kot rumah tuh.
mane g pasaan malu?
segan? alahai budakkkkk upsr tah amik ke tak..
nasi pun tah tah..
DAH LAH TETIBA MALAS NK CAKAP PASAL KO PLAK PMPN..

 tapi aku kesian kt anak buah aku td.
terus terus je abg aku tumbok die..
ketuk kepala die dgn torch lite.
aku dah cuba halang..
tapi pmpn tu pon ketegaq x nak kuar umah gak.
siap cakap nan aku lagi...

" maaf kak... abg..
sy kluar la ni.sudah la tu bang.maafla.. sy kluar ni "

aiyayayaya..
ko tahu x ko ni becakap nan sape..?
aku ni mak cik die.
lelaki tu pakcik die.....  rumah ni rumah pakcik die..

ermm..
teruk gak ank buah aku kena.
cam x fair laa.
aku nk tguk pmpn tu.
baru aku puas..
erk? teruk ke aku ni?
 tapi pmpn tu cam da biase je lalui pengalaman camni..
aku kalau jadi pmpn tu.
KALAU laa kan.

mesti dah nnges kot.tguk BF techenta kene tumbok kt muka.
kene ketuk torch lite.tumbok kt peot sampai terlentang.
adesss.

tapi budak tu.. leh plak siap ikat2 rambut.
jalan lengang kangkung.
nak x nak kuar umah yg cam sarang tikus..
bilik aku yg super serabai ni lagi cantek laa dr umah bujang tu..


Aku rasa bersalah mengadu kt abg aku.
SALAH aku ker?

salah ke aku?
aku xnak die benci aku..
aku mmg cuba halang td abg aku pukul die. tumbuk die. sampai aku yg tertolak..
bila abg aku nak amik parang.
aku mmg suh ank buah aku lari laju2..
tp die pun jalan lenggang kangkung ngan awek die.


SALAH ke aku?
jadi pengadu?
hmm...

selamat hari jadi sahabat.

Ain... selamat hari jadi :)
tak silap aku..
aku tahu hari jadi kau ni.. dari form 2 kot..
ke form 3? tah lah..

tapi kita sekelas time form 2 kan..
pastu tak pernah sekelas lagi dah kan ?
hahahaha. mgkin time tu laa kan,.
n sejak dari situ..
aku mmg selalu ingat bahawa 15 june adalah besday kau.
dah 16 mei adalah besday Pejal.
ops jgn marah.

NAK ucap sangat2..
selamat hari jadi.
semoga panjang umor ain..
semoga cepat kawen.
semoga gembira selalu..
bahagia hidup di dunia dan akhirat ...

semoga loan stdy cepat abis..  :)
hahaha. :)supaya cepat laa ko free dr hutang
lalu leh lah blnja aku sampai puas...
haha terlampau plak ^ ^

thanksss.thanksss n thanksss.
coz selalu ada di sisi aku time apa pun..
yaaaaa dari form 1...
dari form 2..form 3 slow sikit.
pastu form 4..
form 5 naik bus same same.
feeling cam bus layan drift je .
bapak laju dreba tu bawak
tah hidup lagi ke tak dreba tu hahaha.

n then pas pas skolah pon.. kita still keep in touch.
even on off pada mula nya.
but then still on sampai skg.....

thanksssssssssssss
juga kad kad raya ko pernah bagi..
aku tak pernah buang pon...
ops ops ops .
ni besday wishes ke ?
atau karangan 56 mukasurat ni.
haha


btw...
thanks fren..
thanks saluu jadi penyokong setia aku.
even aku dah tujuh poloh kali jadi pengangur tegar. haha.

pls pls pls. jgn KESIAN kan aku.
KAWAN KAU NI BUKAN nye OKU..
Nnti aku keje laa kan :)




n Happy besdayyyyyyyyyyyyyyy :)
mmuaxs !

Monday, June 13, 2011

kembali seperti biasa.

hee rasa sunyi plak..
hidup dah kembali sperti biasa.
ye lah..cuti skolah dah tamat kan.
sesi persekolah dah bermula..

anak2 buah semua da balik kg..
so tinggallah aku sensorang kt umah..

ITU yg aku tak suka..
tak suka bila tetiba rasa MACAM X BIASA.
sebelum ni sudah terbiasa dgn keadaan yg sunyi2.sensorang.
bila dorang da dtg..
bila rasa x sunyi.
n tetiba dorang dah  balik..
aku rasa macam..
susah nak biasa kan diri balik
aku nk dgr riuh rendah tu lagi..
dok sebelah2 ..tapi bercakap pun kena jerit2..
lum lagi sorang kt dapur.sorang kat ruang tamu.
 sorang dalam toilet.sorang kt bilik.
memekak habis satu rumah.
huhuhu

Sunday, June 12, 2011

trust me

" TRUST ME "

Erm...... :( trust you?
entah lah ....

missing

Erm.. tadi aku duduk2.. tetiba rasa boring sangat..
ada rasa kehilangan..
aku rindu ke?
aku baca alek msg msg dalam inbox..
msg remeh temeh mmg aku delete je..
tapi yg aku save ni.. msg msg yg tah laaa
ade makna ke?
huhuhuhu..

ulangulangkali aku baca...
aku call number dia..
cam biasa.. mmg tak dapat pon..
tetiba aku dah ternangis
tersedihhhhhhhhh :)
adui..
aku kena buat sesuatu ni kan..
aku ingat malam ni nk baca yassin.
saja la kan..
xkisah kat mana dia berada,,
dia tetap kawan aku,
masih kawan aku....

tetibaa je..
ada call masuk..
dan seperti biasa.aku x suka men jawab je.
aku biar agak lama..
baru aku jawab.. dari suara cam kenal..
suara yg bercakap kelam kabut.
terkejar2 je .. laju2 cakap.
sapa lagi..
huuuuu macam tak percaya..
tu diaaaaaa...

dia call aku?
dia call aku pada masa aku ingat kan dia..
iskkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
sedih lah plak aku rasa..
msg msg dia sebelum ni..
dan pastu dgn tetiba dia diam kna diri macam tu jer..
pastu aku keras2 menafikan aku x rindu pun dia..
n tetibaa.. arini aku rasa missing...
aku nngis sedih..
n tetiba dia call....
OMG...

satu perasaan yg susah nak jelas kan macam mana.
aku lega ekceli..
dia cakap..
fon dia hilang..
number aku pun nasib dia save kat fon adik dia..

Ahad ; 12 June 2011 ; 7.55 pm

Saturday, June 11, 2011

COMEL jer

Eyh eyh sebelum  g majlis Nab tadi...
masuk rumah mak kejap...
nak tanya mak laa kan.. kot kot dia nak join sekali ke..
time nak masok tuh. Ryan dok kt depan...

terus dia angkat tangan mintak dukung..
alahai. COMEL jer.
salu nya tak ada lah dia nak mintak dukung...

Bila dukung dia je,,
nak letak bawah balik  dia dah nangis..
alahai...
tapi bagi dia pegang mouse ..
dok depan pc. terus senyap...
 lorat punya budak! haha


mungkin dia rindu aku kot..
hahah perasan!...
aku jaga dia wape ari je kot.
gilir2 ngan akak ipar. gilir2 ngan baby..

.::. yekssss..
tadik makan roti bun coklat nieyh tetiba tergeget benda keras..igt kan apa..
tguk macam tulang or kayu apa tah...
eeeeeeeeeeeeeeee.. terus stop makan.
pasni tobat dah aku nak makan roti bun coklat lagi...

Tahniah Nab :)

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun x g umah Nab..
arini berpijak juga lah aku ke rumah dia..
menghadiri Majlis Pertunangan ...

Alahai..
macam x percaya je Nab dah bertunang...
heee padahal... saat pertama kisah perkenalan dia nan tunang die..
still aku igt sampai skg.
camna die blinddate..
apa dialog2 kami time tuh
hahahaha
seriuss masih segar dalam pala otak.
even dah ENAM tahun..
semua kat pusat Tuisyen MARTIN!!! pudu :)
hanya di Maybank pudu laaa yg menjadi SAKSI..

hahaha
kenangan manis laaa tuu kan. hee :)
syukur . jodoh nab dan sidia kuat..
jgn la ikat lama lama.. hee cepat2 laaaa langsungkan.
xsabar nak makan nasi minyak kau :)
(dah cam ayat makcik2 lak aku ni) haha malas nk delete :)
mudah-mudahan kekal sampai ke akhir hayat..
TAHNIAH :)

Pergi  Majlis Nab , ngan Wani.
hahaha
saja suprise Wani last minit..
x bg salam. x msg .x plan..
tapi men anta msg

" WOI wani jumpa kau kt sanaaaa~! "

2 jam sebelum majlis. hahaha
nasib laa wani free.
alaaa lagi pun umah wani kan dekat :)

Masin molot kita kan time time skolah salu cakap...
mesti NAB dulu hahaa.
Nab kan kaklong :) haha
alahai Kak Ngah nye aku...
Wani yg bongsu..
ko dulu laa yer wani haha. besday kite pun selang duahari je pn :)

heee tadi dtg dapat jumpa Nab sekejap je.
segan lah nak lepak dalam bilik nan dia..
even tak ada org pun dalam bilik tu.
walaupun Nab dah bagi aku vvip.suh bersama dia dlm bilik..
tp xmo la .segan aku.....


Alek umah Nab dalam kol 1 lebih...
tapi melepak bawah pokok bersembang nan wani..
hahaha sejam nak dekat kol 3..
x terasa  langsung. besembang berdiri plak tu .
blakang public fon.. bawah pokok ngadap umah orang..
iskk.. terasa cam zaman2 skolah dulu..
xkira laa tembok umah orang pun belasah je duduk
nak sembang pnye pasal..


Kalau citer time skolah..
xpernah habis kan Wani hehehe..

lagi pun kitaaaaaaaaaa je kan pmpn melayu dalam kelas..
haha.. Aku.... Wani.... Nab :)

well :)
tahniah lagi sekali Nab :)
org bertunang ni kuat dugaan nya..
ececeh cam aku bpngalaman plak..

Thursday, June 09, 2011

Pengalaman lalu...

Dulu adik aku pernah hilang..
huhuhu serabut nya saat tuh..
pejam celik pejam celik tetiba rasa rindu nak msg n call dgn dia.
call plak tak dapat..
msg pending...

rindu sangat....
rasa risau teramat sgt..
tak tahu nak cari macam mana lagi..
nak g umah dia.. kt Muar plak tuh.. mana lah aku tahu kan..
cuma ingat TAMAN apa tah time tuh.
pastu tempat stdy dia plak kat Ipoh..
lupa plak apa nama tempat stdy dia....

Time tuh. rasa membuak2 nak tahu keadaan dia.
aku tak nak sesuatu yg buruk terjadi kat dia..

Puas aku call sorang ke sorang kawan2 chat..
 tanya perihal adik aku..
haha sampai kan kena gosip,,
HEY TUH ADIK aku la.sungguh :)

Call kawan chat yg kat Muar tuh.
suh dia cari rumah adik aku..
tapi masing2 pun tak pernah jumpa.jz tukar tukar gambar je pun.
dia pun teragak2 nak cari..
" kau engat kt taman  tu ada beberapa biji rumah ke? "

 hehe
YE TAK YE GAK kan.. mesti lah rumah banyak..
lepastu..xkan nak cari dgn NAMA PENUH dia je ..
mesti susah orang nak taw kan..

time tuh plak PC aku buat hal. mmg tak online la kan.
nak tanya kawan2 lain pun jz call n sms je,
SEKALI ada perkhabaran gembira..
melalui call ..

WEYHHH
" KO CARI pump kan? dia baru je online few ago kt fb "

WAHHH~! TIME tu
rasa legaaaa teramat lega.......
cukup lah aku tahu dia still in good condition. oke..
xkesah lah even die lupa contact aku.
tuka number x bg tahu ke ape ke..
janji dia still baik baik je..

ruparupanya...
hp dia hilang....
dgn simkad sekali hilang..
then die malas nak g maxis centre..
lamalama baru dia g amik...

huuuu legaaa sgt time tuh..

dia hilang..

Erm...
dah seminggu lebih dah dia x contact aku lagi..
sms .. call..
bukan rindu..
tak rindu pun..
tapi risau..

risauuu sesangat.
apa khabar dia agaknya ea?
call tak dapat. fon off..
sms pending..
adess....
risau tersangat2....
erm..
ada apaapa yg terjadi ker?
Ya Allah.. :(


Silap nya dulu ..
dia nak bagi aku number adik dia..
incase ada apaapa.
leh lah terus cari adik dia :(

tapi aku ego sgt.
jual mahal...
terus cakap TAKPAYAH lah..


hope dia STILL BAIK BAIK jer...

.::. Wan,, Sha harap. Wan ok..mgkin fon Wan rosak kan.. kan Wan kan?
nanti Wan cntact Sha lagi kan?
 

Wednesday, June 08, 2011

tahniah :)

tadi dapat panggilan telefon..
suara sgt sgt lah aku kenal.
tapi num aku x berapa cam sgt..
aku dah lama x contact nan dia..

dulu kenal pun.
sbb salah number je :)
hahaha dari 2006..
lama kan..
tapi silap nya bila aku suka jadi

dua watak
aku layan dia JAAT ..
aku layan kawan dia dgn baik..
OMG. rupanya..
dia bukan silap number.
yg silap number KAWAN die jer..

Kawan die yg passing num aku kt dia.
jadi dia tipu aku..
dia bukan silap number..
aku plak jenis xleh terima penipuan hidup2 dr orang....
sakit hati rasanya..

so sejak dari aku tahu dorang ni ekceli berkawan....
aku x layan dia.
msg .. call..
jgn harap aku nak balas..
once aku dah sakit hati..
sampai mampus still terasa..
so hati kering laa. xyah  layan dia langsung..

ekceli aku malu la..
malu sbb nan dia aku jadi jaat..
nan kawan dia aku jadi tersangat aa baik..

di pendek kan citer :)
tadi die call..

" assalammualaikum. boleh saya becakap dgn .........
saya Sharizan dr ..."

"EJAN.................."

" eh eh . ni SHA ke? "

" ye lah. kenapa x kenal dh ker?"

 " cmne leh tahu ni ejan?"

 " laa dgr suara je dah kenal..even lama x dgr "

" Ejan call ni sbb nak bg tahu. Ejan nak menjemput..
Ejan nak kahwin. bulan december ni..dah setahun dah Ejan bertunang.."

wow....
aku dah cam xleh cakap dah..

hahaha..

" Ejan tahniah....
dgn sapa ? "

" tuh laa. ajak Sha xnak.dr dulu lagi Ejan ajak sha kawen.. jumpa pun xnak..
huhu dah lama kenal tp xpernah jumpa."


Alahai. aku malas nak igt dah..
erm.....
pastu die MINTAK MAAF..
and aku pun sama mintak maaf sepanjang kenal dulu.
mmg dah selalu sgt kasar bahasa..
so dah kosong-kosong dah :)


pastu dia bagi serba sikit nasihat.
wah Ejan dah berubah..
Alhamdulillah..

Tahniah Ejan..
Selamat menempuh alam baru :)

Ejan cakap..
 " isikan masa lapang dgn ibadat. solat sunat ke. solat hajat.. huhu biar semua impian kita senang termakbul "

kantoi....

hee semalam.. selasa bersamaan 7 June...
Kak Mel tetiba call dalam pukul 2..
aku baru je bukak mata. bangun tidur..
dia nak ajak keluar pusing2...
kul 2 sengah aku dah siap mandi.. dah berpakaian :)
gila cepat kan haha..
AAK :)

Ikut kan aje lah...
pusing2.. makan...
lepas tu g karoke jamban..
Kak Mel mmg hantu karoke.dan dia lah yg belanja.. ;)
time nk g karoke tu. sempat gak la beli waffle.
karoke kt kapital je pun..
cuak gak kot kot terserempak ex ofismate..
bukan apa. cuma segan teramat segan..
hidup tak ada perubahan...

kat karoke tuh..
dah kene sound dah dgn org kaunter tu..
dia cakap.makanan xleh bawak masuk...
haha..
dgn selamba je cakap. ni bukan untuk makan pun..
bukan nya nak makan sekarang...

Aku tak minat sgt nk karoke ni..
aku nya suara pun bukan sedap pun.
n aku ni tak ada lagu pebereet cam orang lain...
time turn aku kene nnyi je,
peluh2 aku nk pilih lagu,,
sbb aku suka dgr je. xsuke nnyi..
so hentam je la nnyi lagu yg aku suka dgr.
sgt sgt lahhhh MENGLINGKUPKAN lagu...
hahaa

bila kak mel tgh nnyi je. aku curik2 makan waffle....
alahai.. sekali last suapan waffle..
dgn rakus nya mengunyah..
ada org kaunter depan pintu..
dia tgukkkkkkkkkkkkkkkk..
 sambil memberi isyarat..
no no no no ...
hahahaha segan aku..

segan sebab orang kaunter tu dulu sebelum karoke
tu bukak die jadi guard kat
bawah office ..
 so tetiap pagi dulu . aku selalu senyum2 kt dia..
sekali dah kena camni.
rasa malu sebab menipu awal nya td..
 hahaha..

hee time nak alek..
terserempak nan kak khairiah
die tgur..dari jauh lagi dia dah cam aku...
sambil melambai2..
aku tak singgah kt dia pun..
sbb rushing ..
n sebab segan juge ^ ^

Monday, June 06, 2011

tolong lah berubah...

Aku ni kan.. boleh berbaik dgn kau ni..
cuma beberapa minit jer...
lepas tu.. mesti gaduh balik..
n kau pun kenapa lah mulut tu teruk sangat?
suka cakap orang macam2..
cuba lah belajar respect orang...
barulah orang lain boleh respect kau balik..
ni tak..
dgn semua orang kau ajak bergaduh...

Aku ni pula jenis cepat nak kesian kan orang..
kesian kan kau lah..
tapi kau tak pernah pun nak cuba berbaik..
ye lah. tapi sekejap.
tak sampai sejam gaduh lagi...


Kesian tenguk kau..
budak lagi.. baru 14 tahun..
tapi jenis tak reti nak hormat aku..
cakap pun kasar2. maki maki..
tak ada rasa kesian langsung kat mak..
tu yg buat aku rasa sakit hati....

kalau lah kau tahu..
ramai gila dah tak suka perangai kau.
kakak . abang pun sama. dorang dah cukup2 menyampah.
sampai dah tak mahu ambil tahu lagi pasal kau..

TAPI aku?
still considered lagi..
boleh lagi kesian dekat kau...

TOLONGLAH berubah~
bukan untuk aku.
bukan untuk orang lain..
tapi untuk diri kau sendiri
tak kemana lah kalau kau nak bermulut jahat.
buat perangai menyakitkan hati orang...

KALAU DAH BENCI SGT DGN orang orang di sekeliling kau.
DIAM JE. XYAH nak cakap benda benda yang menyakitkan hati...
buat tak tahu je..

aku hanya fikir kau BUDAK je lagi..
aku bagi nasihat x masuk,,,
KERAS BETUL hati kau kan...
aku pun pernah la seumur macam kau..

tapi nasib lah perangai aku still under control..
aku sendiri pun degil..
tapi TAK ADA LAH SAMPAI mencabar orang..
mencabar had had kesabaran orang..
buat orang rasa macam nak bunuh kau..
huhuhuhuhu

kau ni psycho lah..
aku rasa kau dah gila.
sorry to say.
lepas ni aku malas lah nak layan orang gila.
orang gila kalau di layan.
bermakna.
kita pun sama je macam orang gila..
duakalilima je kan...

kenapa tak kerja ?

sebab SAYA MALAS ~!

Pengakuan ekslusif dan berani mata.
statement jujur abad ni...

hahaha...
rimas lah orang asik tanya..
TAK KERJA KE ARINI?

bila jawab tak.. lagi nak tnye kenape...
bile aku jawab camtu..
haaaahhhhh terus diam..
padan muka. len kali rajin rajin la tanye...


weyh asal diam?
tanye laa lagi....

tak kan lah sesuka hati mak bapak aku dan kau je aku XKERJA ,,
ye dak?
aku dalam proses mencarila ni..
kalu aku dok mengakang kt umah pun..
makan minum still tanggung sendiri.
xde mintak mak abah kau pnye duit kupang pun...

xde lah plak aku bawak pinggan g umah kau pun mintak makan..
TAAAAAK kan?

so len kali..
mind ur own business. okey

x kan lah aku dah umur cam gini nak melepak je kt umah..
aishh dah puas dah dulu pas spm. bertahun gak menganggur..tp bukan dok saje laaa kan.
tolong gak biz family aku..
sambilan je laaa... 


even ko sebuk2 pasal aku xkeje.
len laaaa kau nak bagi aku keje.....
 

Sunday, June 05, 2011

benci kena tipu...

ouh pejam celik pejam celik dah 3 hari rupanya..
kali ni aku rasa.. dah patut aku ingat sampai maty perbuatan die kali ni..,,
suka suka je nk main main nan aku ea..
amboi.. ko igt senang je nak mintak maaf,.pastu aku lupa kan je?
sorry laaa kawan...

no sorry sorry dah...
no  xsngaje x sngaje..
no maaf maaf...

aku nk simpan dalam hati sampai maty...
kene keras hati dah skg ni...
xleh lembut2 dah.kang orang pijak pala kita plak..
selame ni bnyk kali aku bg peluang...
ikut rentak kau..
tp camni lak jadi nye..

oke sorry,.
n babai..
pas ni.
hal kau
hal kau.
hal aku..
hal aku..
xyah campur aduk dah..
aku nk igt sampai maty.
confirmm.....

oke dah .SILA LUPA KAN AKU..

budak budak skrg..

erm. mana lah pergi nya perasaan MALU?
huhuhu aku pun tak tahu la nak cakap camne lagi..



KAU TAK SEGAN KE KENA TEGUR CAMTU?
ORANG TGK GAMBAR KAU CAMTU?

 " tak pun"

aku pun bukan lah baik sgt.
tp aku dari zaman skulah.
dr zaman kekecik dulu....
kalau kene marah dpn org ramai. aku rase cam
lebih baik aku mati saat tu juga.
tp jarang lah aku kene marah dpn org..
kekok kot nak ngadap muka orang tu ari ari berikutnya.
MALU . teramat malu..

tp budak budak skg ni..
especially ....... .
tah la aku x tahu nk komen camne..
susah.
bukan nak bukak aib orang
tp spender pun MAK kau yg beli kan.
leh plak mengatal nan lelaki..
PMR pun belum amik lagi..
bila kene tegur ngan makcik. pakcik. abg kau.
kau leh gelak2.
bile aku sndiri tanye.
KAU TAK MALU KER?

 selamba badak je jawab TAK?

 aih.. pic pic yg ala ala posing cam pengantin raja sehari snap pic
bergambar kenangan kt pelamin je.
malah ada yg posing lebih dari tuh.
selamba badak je jawab TAK MALU...

apa nak jadi la kan budak2 zaman skg ni..
 pic aku dulu bergambar berdua nan classmate aku time lastday form 5 pon
tersipu2 aku nak berdiri dekat2.. nasib la ade pasu bunga besar kt tgh2.
hahahad an tersipu2 gak nak pndang camera..
kawan yg tukang snap tu .lagilaa dok gelak2 je. hahaha


pic tu pun aku letak bawah2 dalam photo album .
seganlah orang tguk..
cukup la jadi kenangan aku spnjg time time skolah.
tapi budak skg siap publish kt facebook. upload sana sini..
langsung tak ade pasaan malu...

pastu leh plak selamba badak
add pakcik dan mak cik. abg .. sedara. sepupu sepapat..
yg dah confirm2 leh view photo kemesraan kau tuh.. alahai
akal kau letak kt mana ea?

aku???
facebook aku pun aku xadd abg abg aku..
sedara mara aku.
walhal xde ape pon kt facebook aku..
wall pun jarang la aku post status.

aku jadi segan. malu...
cukup la kawan2 yg mengenali diri aku yg jadi fren kt facebook aku.

BERBALIK kpd bebudak skg ni..
bila tegur.
leh gelak2.
apa igt semua orang sporting?
bila kena marah
nangis2 plak..
tapi still igt kat balak die lagi.
yg balak die pun satu hal gak..
spender pun mak sndiri beli kan lagi,
dah pandai dah nak usik anak dara orang..
opss anak dara ke?
tah la,malas nak komen lebih2..


gasak lah..
kau pun dah besar.
kalu x besar. xkan lah da mngatal .. ye dak?
so terpulang lah..
nasib ko x duk nan aku.
jz dtg time time cuti je.
kalau ari ari kt umah nan aku.

silap silap aku plak yg malu dgn pangai kau..
bg nasihat pun xnak dgr..

S0 skrg nieyh..
aku cuma nak perhatikan je,
sampai bila ko nan budak jantan tu?

kalau sampai atas pelamin..
aku bagi hadiah besar punya ,

kalau dah buncit kene tinggal.
aku bg sapu tangan je la.
kesat la airmata ko sambil2 tunggu perot ko meletup.
huhuhuu

.::. geram.. geram sbb jenis xmo dgr cakap.. xmkn nasihat org.. dosa pahala tolak tepi..
aishhh.. gasak ko la semut... lepas ni ape ape ko buat aku malas nk amik tahu... .::.

tak hilang pun..

semalam kusut aku pkir mana nk cari.
YA ALLAH. nasib laaa ..
nasib tak hilang kemana pun.
aku punya la risau..
ermm...

Alhamdullilah... nasib baik..

barang hilang = kusut kepala otak

macam mana boleh hilang?
kenapa itu je yg hilang?
kenapa yg lain lain x hilang sekali?
abes tuh kat mana nk cari?

puas aku pikir.
asal x dapat2 klu juga
cari merata2 pun x jumpe.
ke mana pergi nya..
adui..

hairan tol lah..
kalau hilang semua sekali aku xpelik..

Saturday, June 04, 2011

aku KEKOK sebenarnya...

Hmm ALHAMDULLILAH sekali lagi.
syukur akak dan abg ipar aku dah selamat..
seperti yg dah di  niat kan.
mungkin setelah reda semua nya.
nak buat kenduri sikit..

n aku dan mak dah niat nak puasa bersama..
INSYAALLAH...

aku rasa kekok nk tunjuk kemesraan aku kat akak aku.
sambil mandi. aku terpikir camne nak jumpe die..
nak salam die? cium tgn ?kiss laga laga pipi?

aku ni salam salam orang dalam family aku ni kan
time time hari raya je.
pagi raya je. eyh kadang tghari raya. sbb bangun lambat..
sekali je setahun...

tuh pun yg wajib salam. akak..
n mak je.
kadang nak salam abg abg aku..
tp abg abg aku ni raya pn bantai tidur je.
hey kadang aku pn camtu..tdur gak..
raya da xde erti nya lagi....

DULU...
time abg aku baru *balik....
aku tguk semua salam.. peluk lama. erat pelok.... laga laga pipi..
bila turn aku....
aku keras kan badan aku.
aku xbiasa...
aku kekok...

bila tgn die aku salam. aku siom tgn dia..
ingat dah selesai la kan..
sekali die pelok aku plak heee.
pestime...

hmm.. masa aku sekolah rendah..
abg aku lagi sorang time tu die pn baru *balik...
dia nak solat magrib..dia amik wudhuk..
tetiba die cubit pipi aku...

Arwah Wan aku dgn tegas menegur..

" mana boleh sentuh adik hang... batal ! "

entah lah..
dosa pahala ada di mana mana je kan sebenarnya.
tp macam aku ni?
special case ke ape?
hohohoho
serabut kusut.
aku x ingin semua ni berlaku..

kalau aku follow mak g umah sedara mara  dia,
aku tguk dorang bersalam mesti laga laga pipi..

time aku je.. automatik aku keraskan badan
aku kekok....
tp kadang dorang laga laga pp gak nan aku..
KADANG la kan.. huhuhu

aku suka tguk kemesraaan dorang..
tapi tadik..
aku automatik.
salam n cium tgn akak aku n laga laga pp juga dgn die.
entah lah sampai bila nk rasa KEKOK camni..

ALHAMDULLILAH..

Syukur kepadaNYA..kerana masih memberi kesempatan.
masih memberi peluang...
semoga kisah yg ke berapa belas kali ni
menjadi pengajaran kepada yang lain...

Aku msih teringat dulu masa kecik2..

 Abg aku selalu cakap..

" DAH besar nanti. jgn jadi macam abg "

 TAPi BILA  DAH besar camni,
aku rasa macam aku ni tak jadi apa apa plak
hahahaha.


hidup oh hidup.. bila lah peluang aku nk berubah?
aku kalau boleh tak nak lagi bernafas di sini.
aku nk bernafas dan hidup di bumi yg asing..
suatu tempat yg baru..
yg tak ade insan yg mengenali aku
yg tahu kisah dah sejarah hidup aku
biar aku jadi perahsia..

BILA LAH PELUANG tu akan datang?
aku nak sgt hidup sendiri ..
hadapi semua sendiri..
kat tempat yg baru...

ubah diri menjadi orang lain..
orang asing.. ermm..

surat dia untuk ku..

hee aku tgh text adk ni..
adik bg pendapat dia sendiri..

tetiba aku teringat..
surat dia pernah bagi kat aku dulu..

actually..
aku pun dulu ada gak niat nk pulih kan balik hubungan ni..
aku cakap kat dia dulu

LUAHKAN LAH APA KAU RASA..
AKU PUN LUAH KAN APA AKU RASA.
PASTU KITA TUKAR2..
BIAR SAMA SAMA FAHAM....

aku punya luahan perasaan bersamaan 2 helai kertas a4..
 haha siap typing lagi.
gila baby tol.. panjang berjela..
Inilah  luahan perasaan yg aku anta kt dia masa tu.

surat .. kad raya. kad besday..kad jemputan kahwin..
even kad kecik comel  yg kt wrappers hadiah pun aku still simpan lagi taw...~!!
  
entah bila lah aku nak buang semuanya...
biar xde satu pun akan menjadi kenangan dan sejarah..
ermm....

INI plak surat yg dia bagi.
actually surat ni kene bagi serentak..
bukan aku bg dulu .. die bg kemudian.
cam x adil lah plak kan.
so kitorang BAGI SERENTAK time tu.
2009.. bulan berapa. aku x berapa igt lah plak..



Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kita..
kita hendak menulis apa yang kita ingin kn.


1 ) Kita mahu persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.

2 ) Kita doakan semoga sahabat kita ini hidup dalam keadaan tenang dan selesa.

 3 ) Teringat , semasa kita kecik bermain sama-sama sewaktu hari hujan, main hujan kita pakai baju gaun..pastu hendak keringkan, kibas-kibas.

4 ) Sekiranya, kita sudah berumah tangga kita mahu persahabatan kita tidak terputus di tengah jalan. seandainya ada apa-apa masalah.jangan segan-silu minta pertolongan.

 5) .........., Tunang kita mahu berkenalan dengan ko. bila bila masa ko free kita ajak ko join sekali dengan kita hendak tak?
  - SESUNGGUHNYA TALI PERSAUDARAAN DI DUNIA INI TIDAK AKAN PUTUS IA AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT-

hidup ini kadang-kadang kita lupa, alpa dan lalai . orang akan tengok kita ini kita senang sahaja.. sewaktu kita susah .orang akan gelak kan kita..

Hmm.. AGAKNYA dia pun dah lupa surat ni die bg kat aku ..
pastu dia pernah cakap.
NAK HADIAH KAN aku sesuatu yg sama macam dia..

tapi aku x tagih ape apa pon.
gasak.lantak pergi M..

pendek je.
tapi asek cakap ULANG2 pasal PERSAHABATAN  je.
taik koceng je kan.
huhuhuhu..

dari tunang..
kahwin.
haa skg dah ade baby girl dah.
haha masa.. ohh  masa sekejap je kan.


ADIK SAYA CAKAP :)

yela akak, sbb ape dy bkn cm akak, sebab dy ade org syg, tmbh2 fmly dy ade org bru, mgkn syg dy kt akk tk sekuat syg akak kt dy sbbnye, akak dah tde spe dlm dunia nie, akak cume ade dy, yg byk kenangan selain arwah tok
klo arwah tok ade lg, ite rse mgkin akak tak mcm akak skg..
sbb akak msih de arwah tok
em akak saba byk2 ea,
tatau smpi bile akak nk jd cmnie, nape akka tk face to face je dgn dy
betul cakap ADIK.. 
beruntung jadi dia.
huhuhu
akak bodoh kan...
bodoh teramat bodoh.
sudah lah bodoh. eg0 dah lama jatuh menyembah bumi.
alahai NASIB badan. erm
dah la. biarkan dia hidup tenang dan bahagia..
nak lupakan dia 100%

menunggu..

erm..
aku paling benci.
kalau di suruh menunggu..
pastu aleh aleh...
kena tipuu.

paling meluat tol aku nak menunggu lama lama..
lagi lagi tunggu sms..tunggu CALL..
geramm..
sakit hati..
xkeruan..

lagi2 kalau tgh tgh xde kdit.
rase cam BODOH sgt menunggu..
kalau ade kedit..
mmg dah JADI perang..

pastu t es0k oke alek.
lusa buat lagi..
tulat ok alek.

ADUI hati.
kenapa lah cepat betul lupakan apa perbuatan orang..

ok..PASNI cuba ingat sampai maty plak. huhh..~!

kenapa nak sibuk-sibuk ?

Sibuk je semua ni nak tanya
baby dah balik ke?
girl ke boy?
dah ada kat rumah ke?


abg pun sama,
siap tanya.. dah melawat ke belum ?

 ALAHAI..
aku tak GENG dah la ngan dia.
mmg semalam dia msg aku tgh tgh sakit nak bersalin tuh..

 so AAK? dia dah balik rumah ke belum?
 kan aku da tekad xnak melawat dia..

dorang ni mmg sengaja tawwww..
aku dgn dia dah x rapat agaknya ada lah 3 tahun lebih..
lagi mauu tanya..
huhuhu..

mencik tol..
g lantak lah dia dgn baby dia ke ape..
aku dah malas. 
pesal 2 3 ari ni asik citer pasal dia je.
BOSAN LAH HIDUP aku ni.....

Friday, June 03, 2011

haha

" ni bilik ke stor ? "
tanya abg..
" tuh MUZIUM "

HEHE pas ni
oke janji.
pas ni. aku akan kemas bilik haha..

ruang privacy ni. aku cam malas sgt nk rajin..
adui.. oke oke janji..
pasni mesti kemas. tersusun..
xde habuk.. baju sume lipat lek lok
susun dalam almari..

aku x boleh lah..

hee kawan aku yg bakal melangsung kan perkahwinanannya x lama je lagi..
sebulan lebih je.
ala sebulan lebih tu sekejap je kan..

die tgh sebuk nak mencari rumah sewa..
 aku kan mmg mmg dok sensorang.
dia nk menyewa di rumah aku..

 so maknenye die nak suh aku
pindah ke bilik arwah tok aku.
dan die akan menyewa bilik aku
 bersama suaminya..

 alahai.
aku da tiga tahun aku biar kan bilik arwah kosong..
sebab aku masih terase die ade bersama aku.
malam2 aku xkisah tdur sensorang..
sbb aku merasakan die masih di bilik nya.

sbb tu aku masih x pindah2 bilik arwah..
AKU TAK TERIMA HAKIKAT KE?

ntah lah...

bukan aku x bagi kau nk sewa bilik di rumah aku..
boleh.. sewa lah.. tp bilik yg kat atas.
hee kalau duduk bersama aku di bawah..

susah lah..
 1st.. aku mmg liat sgt nk pindah bilik arwah..
sbb tuh dah 3 tahun lebih bilik tu kosong :)
aku da selesa dok bilik aku..

lagi pun aku xmo lah ada orang bersama aku..
kt bawah..
erk jan la salah anggap..

aku takut KITA TAK SEKEPALA..
kepala aku ni laen laen sikit.
aku suke ikut kepala aku.
aku suke ikut mood aku..

lagipun
kang aku plak yg x selesa.
hee maklum la.. kau kan dah bersuami.
kang x pasal2. aku yg rase kekok di rumah sendiri
heehehe :)


ye laaa. kang terbatas ape pon aku nk buat susah.
mmg la suami kau tu baya baya aku je.
baya baya kita. haha..
tapi die still lelaki kan.
haha abis  la aku kene tutup aurat sepanjang hari dalam umah..

haa
xpe la
semoga kau dapat rumah sewa
yg selesa..


well .. ingat lah..
aku bukan xnak tolong.
tp aku x mau la ade org laen dalam umah aku bersama aku kt bawah ni..
kalau anak2 buah.sedara mara xpe..
ni kawan2.
aku takut kepala x sama.
aku ni moody..
kdang ade masa nak duk sendiri2. xcampur orang,
kdang terlbih ramah..
takut kang elok2 kite hari hari betegur.
kang x pasal2 bermsam muka plak.
oke lah..

 gudluck :)
n sorry :)

kisah semalam juga...

Seingat aku.. aku berbalas sms dgn dia sekitar pukul 6 petang..

tetiba kol 7 lebih camtu..
mak die dtg umah
sembang2 dgn mak aku n kakak ipar aku..

dia khabarkan .die dah berSTATUS nenek..

ouh..betullaaa..
die msg aku tgh tgh sakit BERSALIN tuh.

erm. aku? tak terharu langsung.
rase cam malas nak dgr perkhabaran tu.
rase cam nak terus masuk ke dalam umah ke.
tp nmpak cam kurang ajar plak


well .. ouh aku kan x reti nak kurang2 ajar ngan orang ni..
alahai..
tadah laa telinga mendengar serba sedikit pengalaman masing2. melahirkan anak..

die dpt baby girl..
ouh tahniah lah
amboi bukan maen lagi..
dalam blog TAHNIAH la ape lahh..

kt luar t masam muka lagi..

kekadang aku rase..
aku dgn MAK die yg cam kawan
jumpe kt mane mane. mesti bertegur..
betukar senyuman..
pastu kalau mak die naek moto ke naek kete ke.
nmpak aku mesti horn ..

cam sahabat plak kan.

haha gasak lah..

yg si dia plak tuh..
pagi pagi aku salu nmpak die mesti singgah umah mak aku
jumpe akak aku..
sembang nan akak ipar aku juga.
OMG.. die kawan akak aku ke?
kekadang aku rase cam ..
aku xpernah kenal n kawan nan die plak
SEDANG KAN.aku berkawan nan die ..
dr aku lum skolah TADIKA lagi

GILA lame bersahabat.
tp x sangke. x sangke akhirnya camni.
ouh die dah jd kawan akak n akak ipar aku.

isokay...
JANJI kau bahagia.

haha aku xkejam kan, suke sgt doa kan kebahagiaan kau..
wth..

eeee tah bila laa aku leh lupa kan kau 100%..
kau tau tak,.
kau ni SEMAK..
asek ade dalam pale otak aku.
bila sume ni nak OVER.
aku x suke la asik teringat.terkenang kan kau..
haha cam BERCINTA plak kan.
well. dulu aku bersahabat nan die. dah cam bercinta..
siang SMS. malam jumpe. es0k lepak.
pastu kuar.
pastu stay kt umah die.
pastu g kenduri same same. g kedai same same. g tesco same same
g pasar malam same same.

pastu time time skolah2 plak..
dia alek cuti je, aku terpacak dpn umah die.
die lum turun van bapak die.aku da melambai2 depan pintu umah aku..
die tgh sidai kain.
aku berlari g menyapa die..
die tgh sapu sampah
aku tercegat nak borak nan die.. x sabar2..
hahaha..

die tgh angkat kain jemuran..
aku tukang pegang baju die sambil molot nonstop pot pet pot pet
sembang x hengattttt dunia.

haha tuh la kisah kisah KEBODOHAN ak..

 berkawan cam bercinta je.
hahaha. akhirnya aku gak yg SENSORANG..

xde kawan lagi..
ahhh gasak lak ..

silap JADI KAN sekali jer.
kalau berulang2 kali tuh nampak
SANGAT DAH BODOH PIANG!!!!

Thursday, June 02, 2011

ego dah jatuh ke?

" semoga selamat semuanya.amin "

 haha camne la aku leh sent lagi msg kt kau kan..

pastu laju je kau balas

 " terima kasih **** "


 hey yeah.. aku ni xdelah kejam mane..

kalau aku rindu..
aku stalk fb kau..

aku taw kau  x wape minat mende2 it .. n social networking ni kan..

tapi aku saje la search name penuh kau..

then aku leh tguk wall kau.. pic kau..

bodoh kan aku ni.
EGO aku dah lame jatuh la kan.
cume aku je x sedar..
n still nak pertahan kan nye..


AKU nk ucapkan tahniah..
tahniah kerana kau pandai.
kau kuat..
x macam aku..
lemah selemah2nya..

eg0 aku jatuh ..
 dah lama..
tanpa sedar..

entah lah..
cuma satu aku tekad..
aku xnak visit kau dan baby kau nanti.


kita terus jadi orang asing.buleh kan..

n aku merayu, TOLONG LAH keluar dr pala otak aku
aku xnak igt pasal kau dah.

hanya TUHAN yg tahu ...

bila di kenang.. bila aku pikir kan dua tiga minit nieyh kan..
apa lah sebab nya hubungan kita makin jauh?
aku masih igt time tu kita kt klcc. kau call die. aku snap pic kite brsama sambil kau tgh call die...
hey aku masih ade pic tu ..
aku masih igt aku dan kau lepak atas katil dalam bilik kau baring2 sambil kau sms sesorang..
dan kita same terkejut dan tegelak kuat..sbb NAMA si penghantar sms tu,..

 tup tup tup kita makin jauh.
kau bertunang. menikah .brsanding..
tp sanding je la aku dtg. sbb khemah kau pn da sampai depan pintu umah aku..
xkan la aku xdtg.
tp ekceli aku xnak dtg.
aku g knduri kau pun. x mandi pagi. cuci muka. gosok gigi. pakai baju blouse seluar slack.
haha malas nk iron baju kurung..
sbb aku xPLAN pon nak g.


Sebelum kau kahwin..
 ada lah beberapa kali kau tumpangkan aku g ofis.
jemput aku balik keje.
di sebab kan xmau terhutang budi dah. aku sumbat kan duit tambang bas aku dalam
handbag kau..
tp perasan tak?
SEMUA TU JADI KEKOK. kite bersembang sepatah dua je.
kau tanye aku jawab.
huhu.
 kt mana silap nye hubungan ni?

Aku masih igt .ade satu malam tu.tetiba kau tanya aku.
dapat topap tak?
aku cakap xde pun.. pastu bergegas kau g kedai naek moto ,. dan tetiba aku dpt topap dr kau.. rm 5..
rupanya yg 1st tu kau da tersalah topap kan kt num sape sape tah..
time tu aku bersyukur la. igt kan hubungan kita nak kembali pulih..

Ouh yea. aku rasa aku dah mula ingat..

sbb nya.. aku teka ..
naluri aku kuat sgt.
aku tertanya kat kau...


" KAU dah berjumpa ea dgn si pengirim sms tu ? "

n kau terkejut. kau menyangke kan aku ternampak kereta budak tu tempoh hari..
tp ekceli tu hanya lah tekaan aku semata2..

ahh sekejapnye masa berlalu.
kau dgn dia pun dah setahun bertunang.. nak dekat 2 tahun bernikah. dan kini kau tgh saaraat mengandung.. SEKEJAP KAN MASA BERLALU..

time tuh aku tgh down. aku sensorang tempuh semua nya,
MANE KAU? time tu?
pernah ke nak berkongsi apa aku rase?
hee. kau untung. aku x leh lagi teman kau di rumah
tp bergilir2 SEPUPU sepapat kau dtg dr kg teman kau mlm mlm kt umah.
dr kau bertunang sampai la kau bekawin.
dah tentu2 ade orang teman kau kan..


Aku cume menyesal..
aku bukan xnak maafkan KAU..
tp masalah nye,.
AKU XLEH MAAF KAN DIRI AKU SNDIRI..
 kenape dulu aku terlalu bodoh..
kenapa dulu aku lebih kan kau?
kenapa dulu aku abaikan arwah NENEK AKU?

bila nenek aku meninggal. apa yg aku ada?
kau pun ilang. lesap ..

hahaha terkontang kanting aku kan.
pernah ke kau bertanya?

aku duk dalam umah sensorang..
umah yg sgt menyeram kan.
MANA KAU? TIME TU?
PERNAH KE NAK amik tahu?
 tak kan..

 sedang kan dulu susah senang kita kongsi bersama.
 ah sudah la..

 HANYA TUHAN YG TAHU.
aku x ucapkan kata maaf..

sbb bukan kau yg salah pun.
bg aku . AKU YG SALAH. AKU YG BODOH..
AKU SALAH KAN DIRI SNDIRI..
AKU YG XMAAF KAN DIRI AKU SNDIRI..

 TUHAN je yg tahu. cam ne semua ni leh berlaku
sume dah tertulis..
KAN..

HEY..
aku xlah kejam sgt..

semoga ALLAH permudahkan proses melahirkan anak kau.
semoga KAU DAN BABY kau selamat..
semoga BABY kau mnjadi anak yg berguna soleh dan solehah..
amin amin YA RABBAL ALAMIN..

(kpd org yg bace post ni. tolong la skali tadah tgn dan aminkan doa ku ni)

 APE pun kau nak jugde aku FANA..
sedar lah aku terlalu syg kan kau.
OMG.. ASAL AKU DAH ternanges ni..
damn it..

aku ingat aku dah kuat..
aku ingat pencapaian aku utk keras hati dah bagus..
ahhhhh.. xsuke la camni..
aku xnak dah KENANG PASAL KAU.
aku xnak kenang peristiwa dulu
biar lah kita terus jadi orang asing..

sampai bila nak perang dingin camni,,
baek wat xkenal terus..
bukan buat buat..

MMG MMG real x kenal..
oke tak?

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir