Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Monday, May 09, 2011

selamat pagi

 Hmm.. bangun pagi pagi  membuatkan hari ini aku memikirkan sesuatu yang agak serius. Ohh sampai bila ya? aku nak bangun pagi. online? bangun pagi  terus kemas katil.. bangun pagi terus cuci muka..dan
bangun pagi buka tv.. eh ni sgt jarang aku buat..

 teringin nak macam dulu lagi.. bangun pagi terus capai towel, mandi n siap siap pergi kerja.
haha rushing sungguh..
kalau terbangun awal lagi... or sengaja bangun awal.bolehlah membuat sarapan nasi goreng. cucur kentang. cucur bawang. tu je aa kan sarapan yg aku pernah buat ? hahaha balik balik ulang sarapan yg sama. itu pun kalau mood rajin.

Urm. Aku juga terfikir fikir. apesal lah mulut aku ni ringan sgt nk bercerita kat orang orang. erm. 
 Kalau aku lepak dgn Sue . sampai siap tidur umah die kan.. mesti laju je mulut aku nak cerita itu ini. sampai kan berkali kali aku akan cakap " EH EH .asal aku banyak cakap ni.. eh kau la plak cerita! " hahaha sampai cam tu sekali.. aku sebenar nya risau... risau kekalau rahsia di hati x selama nya menjadi rahsia..

So rasa nya lepas ni. walau ape pon yg terjadi lewat macam mana pun pergi rumah org.. 
PLS PLS jadi 
cam diri yg dulu. dah dah x yah nak tidur tidur umah orang...
hehe aku xpernah tidur umah kengkawan before ni. umah kazen2 penah laa..

 Terimbas kembali masa memula aku belajar tidur umah orang.hahaha
 time tu aku kerja... kat tempat kerja aku ade hostel. hostel untuk orang2 bujang la kan. tapi di sebab kan akak angkat aku  ni laki bini kerja kt company tuh.so die pon secara tak langsung dapat la hostel..
 Apartment.. n dia duk sefamily ngan anak2 dia..

 Ade satu malam..Aku. kak mel n akak angkat aku tuh. dorang datang umah. nak suh aku pack baju nak suh tdur kat hostel.  bawak bantal. hahaha aku pack dengan rasa berat hati.. rasa macam sayu je nak tinggal kan rumah. rasa macam tah bila la aku akan pulang ni. bhabi. hahaha bila da masuk dalam kereta bersama sama beg baju.. ala bawak sehelai dua je. sebab tidur satu malam je. haha tah kenapa.. aku boleh menangis sepenuh perasaaan. menangis macam pergi tak kembali.... eee macam apa je. 


Kakak angkat aku tegur.
" kenapa kau nanges sha? bukan nya jauh mana pun umah akak... kg pandan - pandan indah je  "

hmm tah laa perasaan tu tak pernah aku rasa masa tu.. rasa macam bakal berpisah selama2nya dengan dengan dengan rumah haha.. sayu je nak lock pintu nak tinggal kan rumah sensorang... erm..

Kat hostel tu. aku bukan nya leh tdor malam tu.. aku dok  kat balcony menghadap swimming pool dan berpeluk tubuh. dan menangis lagi. hahaha hati tisu sunggguh.... padahal esok tu nak pergi office..pastu balik la umah sndiri.. n yes. satu malam je.. dah sampai jadi macam tu..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir