Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, May 10, 2011

chummy

Chummy.. nama yg tak mungkin dapat aku lupakan...

 Pada hari jumaat. masa aku berumur 14 tahun.. aku di pertemukan dengan chummy di dalam rumah ku..
 time tu masih pagi lagi.. aku masa tuh terlalu ingin nak membelai nya.. tp aku takut.. ialah kucing baru kenal.aku takut kucing tu garang.. Chummy tersangat la comel.melihatkannya sahaja. aku teringin nak memilikinya..
 Jiran aku yg tolong angkatkan dah serah kan pada ku..

 Aku seronok pegang chummy yang tersangat comel..
berbulu putih gebu. bertelinga hitam dan berhidung sebelah hitam sebelah putih..
ekor nye warna hitam.. tetapi ada satu tompok hitam besar di perut berdekatan dgn kaki kiri nya.. 
aku gelarkan *taik lalat* haha comel laa chummy..-,-

 Segera aku menyorokkan chummy dalam bilik tidur aku.., aku tak kisah
kalau2 die buang air ke.. buat aa ape
pun.saat tu aku xpkir panjang.. aku begitu ingin memelihara nya.. memilikinya.segera aku naik bas pergi
membeli makanan kucing. haha time tu mana ada tesco lagi kt umah ..

 Sampai je di rumah. hampa.chummy tiada dalam bilik.. rupanya dia dah keluar dari tingkap yg xde cermin tu..
 tapi die tak kemana mana.. masih dalam rumah aku.. happynya aku..
tapi aku terpaksa tuk bersiap2 ke sekolah..
 aku sorokkan dia di dalam bilik.. aku bekal kan dia makanan dan air dan bakul supaya dia dapat
berehat dan menanti kepulangan ku dengan selesa..

 *sungguh rindu mengenang saat2 manis bersama chummy*

Hmm di pendekkan cerita. chummy mmg anak kucing yg manjaa gilew. aku sayang dia sangat2. tapi ada jiran aku cakap.. die pernah ternampak chummy di kedai makan. bersama ibu dan adik beradik nya. tp chummy yg terpaling comel..

 Saat tuh kerisauan teramat sgt. aku taw.. amik hak orang.. adalah salah.. tp aku betol2 dah sayang kan chummy.. Arwah tok pun sangat sukaa chummy. Arwah Wan pun sgt sokong aku memelihara chummy..
 Tak sangka tindakan nekad jiran  aku pergi memberitahu pada anak pemilik kedai makan tu.tentang chummy.. Dan malam jumaat tu... Kedatangan anak pemilik kedai makan atau buleh laa jadi bau bau bacang famili arwah Tok aku dtg utk mengambil chummy..

Ya Allah.. saat tu? aku menangis semahu2nya.. baru seminggu aku berkenalan dan memiliki chummy.. tp dah di rampas.. aku xnak jumpa dgn kakak saudara ku itu.. aku duk dalam bilik je..

Esok nya jiran ku dtg mengajak aku pergi bersamanya ke rumah kakak saudara aku tuk melihat ayam serama. die berniat tuk membeli. tp aku berat hati nak pergi.. tp setelah dia beritahu aku buleh melawat chummy.. segera aku ikut tanpa ada rasa malu.. jiran aku ni pangkat makcik2 laa.huhu

 Aku  jumpa dengan saudara aku yg sebaya dgn aku.dia lah yg memiliki ayam serama tu..
 aku tenguk chummy dari kejauhan kat umah dia.. nak masuk umah orang aku segan..sbb aku x rapat pun dgn  famili dorang..chummy duduk di bawak sofa.. bila aku panggil..dia dtg ke arah aku..

 ouhh satu perasaan yg bahagia.. seperti ibu dan anak yg terpisah dan di pertemukan semula.. happy nya dapat peluk chummy..aku berbual dgn saudara yg sebaya dgn ku itu..

 " kalau kau nak kucing.kau buleh amik..tapi jangan amik ayam serama aku "

wahhhh happyy.. hanya tuhan yang tahuuuuu.. sayang sgt kt chummy.. aku memelihara nya..
 chummy tak makan friskies or whiskas ..dia makan brand lain.. mahal.. aku sanggup melabur yg terbaik tuk die.. chummy ada vitamin dia sndiri.. dia ada shampu n ubat mata khas tuk dia..
 aku xnak dia sakit.aku xnak die kurus.. aku xnak dia busuk haha. aku sayang die..

 chummy tidur dgn aku dalam bilik.. dia ada katil sndiri.. kadang2 dia tidur di sofa je..
 pagi pagi tugas chummy ialah kejut aku bangun tidur.. Arwah tok akan bukak kan pintu bilik aku..
 chummy akan mulaaaa mengejut kan aku.. bermacam2 cara . menjilat2.. mengeget2.. memijak2 aku..
kadang aku sengaja buat2 x sedar dari tidur. ohhh die sangat manja..

 *chummy. aku rindu kau teramat sgt,, tersenyum2 aku mngimbas kembali kenangan kita bersama*

Bila aku dah bagi dia makan.baru laa aku akan bersiap2 tuk g sekolah.. tapi aku kena makesure chummy tak ikut aku pergi ke jalan besar.. kerana chummy kerap sgt ikut aku dari belakang.. kadang aku tak sedar.. bila aku toleh je.. tguk tguk je die dah nak ikut sampai ke bustop.
Sweet kan..iskk kalau la time tu buleh bawak pet g skolah..aku sanggup bawak dia.. 
terpaksa la aku hantar dia pulang ke rumah semula.. kadang2 aku kejar je dia. biar dia lari balik sndiri.. malas nak angkat n hantar dia balik. hahaha

Malam2 aku pergi mengaji..lepas magrib n balik dalam pukul 9 lbih. aku taww time time tu. arwah wan n tok aku sedang makan malam kat dapur. tapi aku sengaja juga bg salam kuat2..  aku tahuuuu bukan atok nenek aku yg berlari nk bukak pintu.. tapi chummy .. hehe sweeeeet sgt.. dia akan berlari2 ke pintu. dan mengeluarkan tgn nya di bawah pintu.. cam x sabar2 nak suh aku masuk..

 N aku akan memberi nya  makan.. kemudian aku akan lepas kan dia di luar rumah.sbb dia ni sgt malas nak main2 kat luar.dia lebih suka baring atas sofa. baring atas katil..  aku lepaskan dia dalam tempoh 1 jam tetiap malam supaya dia akan membuang air kt luar.. yess. dia x pernah pun nyusah kan aku. dari hari petama.. dia xpenah pun buang air dalam rumah.. dat y i loveeeeeee chummy..

 Dalam pukul 10 malam aku akan berdiri depan pintu dan menjerit2 memanggil chummy.. berlari2 dia kelam kabut balik rumah..  dia akan membersih kan kaki dan tangan nya d depan pintu sebelum melangkah masuk.. ohhh sangat bijak kan..

 Bila aku buat homework.. chummy suke mengganggu.. bila aku pgg pensel..dia akan bermain dan rampas pensel dari aku. bila aku sedang drawing..dia akan duk kt kertas lukisan aku.. lagi teruk kalu aku sedang mewarna dgn water colour.mmg penuh dgn tapak kaki dia..
kalau aku dah geramm... aku akan gelikan kan kawasan *taik lalat* dia. hahaha time tu mmg die akan terkedek2 kegeliaan dan berlari terus ke luar bilik hahaha. kelakar chummy..
sensitif agaknya kt zon *taik lalat* dia.hahaha.

Dan kami akan tdur bersama.. depends gak.kdang die nak tdur kat ruang tamu.. dalam bilik aku ada dua katil. so satu tuk dia ..satu tuk aku.. tp kadang2. bilaa bangun je. dia ada je kt katil aku.haha
dasar chummy penakut. manjaaaaa ea ;)




*chummy aku jaga kau sebaik mungkin.. bagi kau makanan yg terhebat.. vitamin tuk kesihatan kau..
shampu tuk kau bergaya.. tapi jodoh kita x panjang kan chummy.. kau pergi dulu.... dan aku sehingga ke hari ni tak pernah dapat lupa kan kau.. aku rindu nak usik *taik lalat* kau.."*


 Ade satu hari ni... Tupai abg aku terlepas.. chummy sebuk je kejar nak maen maen dgn tupai tu. aku cuma takut dia kene ggit dengan tupai.. tp aku terpaksa pergi ke sekolah.. Aku tguk die lekaaa mengejar tupai.. tanpa pedulikan aku pergi sekolah.. dalam hati aku  pun rasa lega.. xperlu laa aku risau dia akan ekori aku sampai ke jalan besar lagi..

 Bila pulang dari sekolah.. hati aku x sedapp.. aku melangkah pelahan sewaktu berjalan pulang ke rumah..
xsedap hati sangat.. sampai di muka pintu.. aku melihat arwah tok aku sdang menunggu di pagar..
 Dia cakap.CHUMMY..CHUMMYY


 *taik lalat* macam chummy.. ekor macam chummy. tapi mata , hidung dan telinga dan bentuk muka lain cgt

aku melihat ada bungkusan kain dan surat kabar di depan pintuu.

ouhh TUHAN..saat tu.sedihhh nya hati.. aku melihat chummy tidur teramat lenaa.. keras kaku badan nya.. aku rasa nak pelukk sangat2..
rupa nya.arwah ayah aku terlanggar chummy masa nak reverse kete.. tapi chummy langsung tiada kesan darah... sikit pun tiada..

 Aku hampir seminggu tak hadir ke sekolah.. aku sedih..

sedihh tiada lagi yg mengejut tdur ku dengan manja.. 
tiada lagi yg berlari ke pintu bila aku memberi salam..
tiada lagii yg menyakat aku membuat keje sekulaah.
 tiada lagi yg menemani tdor aku..
 tiada lagi yg mengekori aku ke bustop..


 
 macam chummy..tp chummy lagii comel dari  ini..


 *chummy aku rindu kau gegilaa la.. sampai menanges aku saat ni ermm*

Satu je yg aku harap kan..
aku teringin  nak berjumpa kau lagi... sumpah aku rinduu kauuu.....

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir